Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 30, 2012

MAT SABU DEDAHKAN : ANWAR LULUS LESEN JUDI


KENANGAN 16 TAHUN MENJADI PELAKON HANDALAN
GAMBAR KIRI : ANWAR SEDANG MEMBACA KHUTBAH DI MASJID GOMBAK
GAMBAR KANAN : ANWAR SEDANG MENARI DENGAN ANAK LIM GOH TONG ANAK TAUKEH JUDI GENTING

1998 Ketika di wawancarakan oleh Ahmad Lutfi Othman (sekarang Ketua Pengarang Harakah) dan Suria Janib dengan Mohamad Sabu (sekarang Timbalan Presiden Pas) yang diambil daripada majalah Tamadun, Julai 1998 Mat Sabu    ( sekarang Timbalan Presiden PAS) mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak melulus dan menambah jumlah lesen Judi di Malaysia sepanjang menjadi Menteri Kewangan dan  Timbalan Perdana Menteri. Berikut ada teks wawancara berkenaan:




MAT SABU INSAN PERTAMA DEDAH ISU HOMOSEKSUAL
ANWAR DAN ISU ANWAR LULUS LESEN JUDI

Menurut Mat Sabu "Saya menjadi Ahli Parlimen sudah lapan tahun... pada masa saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda.Dahulu ada tiga tempat jadi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menemui bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. 

               
Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini . 


Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

Malah Anwar sendiri juga telah mendesak kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan. Anwar pernah menghentak meja dan membuang fail bagi membuat desakan itu sewaktu kerajaan Sabah diketuai Datuk Yong Teck Lee.

Anwar nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan. Yong dilantik sebagai ketua menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi timbalan perdana menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998.

ANWAR DAN LESEN JUDI SABAH

 Rakyat di Semenanjung Malaysia khususnya generasi “Y” mungkin tidak tahu 'Sejarah Hitam' yang ditinggalkan Anwar Ibrahim di Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' 


YONG TECK LEE :"SAYA DIPAKSA ANWAR LULUS LESEN JUDI"

Menyedari desakan rakyat Sabah untuk mengurangkan perjudian di Sabah, Yong dan Kabinet Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen perniagaan Diriwan Corporation yang menjalankan operasi perjudian enam pertaruhan seminggu, berbanding tiga sebelum ini. 
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. 
Walaupun Lesen Perjudian di Negeri Sabah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pertaruhan Pool 1967 yang telah dipanjangkan ke Sabah pada 1992, tetapi lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di Sabah. 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, ketika itu Datuk Lajim Haji Okin telah mengeluarkan surat pembatalan lesen perniagaan milik Diriwan Berhad menjadikan anak syarikat Olympia itu beroperasi secara haram; sehingga akhirnya Pengarah Urusan Diriwan, Datuk Lee Sheong Mai dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah. 
Tindakan Lajim dan Kabinet Negeri Sabah ini menyebabkan Anwar marah dan mendesak Yong agar menarik balik pembatalan lesen perniagaan Diriwan; tetapi Kabinet Negeri Sabah tetap dengan keputusan awal sekalipun Kementerian Kewangan Malaysia yang diterajui Anwar meneruskan penyambungan lesen Diriwan. Seterusnya di Merung Mahawangsa

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.