Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, December 31, 2012


GUAN ENG SAHUT CABARAN PELUK ISLAM DEMI 'KALIMAH ALLAH?'



Sesiapa juga yang berhasrat menggunakan kalimah “ALLAH”  selain daripada  orang Islam hendaklah memeluk agama Islam.

Pandangan ini datangnya dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Huruf atau perkataan Allah itu adalah eksklusif dan hanya dikhaskan untuk  Islam dan penganut-penganutnya sahaja. Manakala  selain daripada orang Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu disebabkan ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri dalam  negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan di setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah."

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Tegas beliau, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan kepada bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Jika orang Kristian gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.

 



Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.  

Reaksi yang sama turut dilontarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Semalam, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.