Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 22, 2013

DAP bantah swastakan Penang Port, tapi gadai Bayan Mutiara kepada kroni ok !


Kerajaan regim DAP yang membantah cadangan menswastakan pelabuhan P.Pinang kononnya jika dilaksanakan menjejaskan ekonomi negeri adalah satu kenyataan paling BODOH !  Malah mereka mendakwa Penang Port harus dijadikan aset milik negeri

Apa yang menyebabkan ekonomi PP terbantut  ?? Tolong jelas bukti secara terperinci bukannya main cakap tak serupa bikin  .

Nak jadikan aset negeri ???   Yang Guan Eng pergi gadai aset  kerajaan negeri  iaitu tanah  di Bayan Mutiara kepada  pemaju swasta itu apa kejadahnya   .Kenapa tak bangunkan sendiri kawasan itu ?

 Ternyata kerajaan DAP ini hanya cakap tak serupa bikin .



Jika BN kembali memerintah PP ..pelabuhan bebas yang akan wujudkan 100 ribu 
peluang pekerjaan kepada rakyat negeri . DAP perintah dapat apa??? 


Kenyataan KP UMNO mengenai bantahan DAP terhadap penswastaan Penang Port 

Pemuda UMNO Pulau Pinang menyifatkan kenyataan dan bantahan pemimpin2 DAP terhadap penswastaan Penang Port sebagai berniat jahat.

Kenyataan bahawa Penang Port seharusnya menjadi milik negeri kerana penjualan kepada syarikat swasta boleh menjejaskan ekonomi negeri amat danggal kerana ianya datang daripada kerajaan negeri yang secara agresif menjual aset2 bernilai milik rakyat miskin pulau pinang seperti tanah emas bayan mutiara.

Bukankah tanah2 emas milik rakyat miskin pulau pinang yang sepatutnya diperjuangkan oleh kerajaan negeri dengan mengutamakan obligasi sosial berbanding orientasikan keuntungan.

 Pemuda berpendapat rancangan keseluruhan pembagunan Penang Port dan Kompleks CIQ yang dirancangkan diatas tanah tebus guna adalah jauh lebih baik daripada tanah yang di tebusguna di bayan mutiara yang dijual untuk keuntungan pihak swasta.

Peluang pekerjaan sebanyak 100,000 kepada penduduk pulau pinang adalah jauh lebih ikhlas dan terpuji berbanding dengan pembangunan bayan mutiara yang menjual hak rakyat miskin pulau pinang.

Pemuda UMNO Pulau Pinang pada prinsipnya lebih bersetuju Penang Port diswastakan berbanding jika ianya jatuh kepada tangan kerajaan negeri DAP yang rakus mengejar keuntungan sementara dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat miskin pulau pinang berbilang bangsa.

 Pemuda UMNO Pulau Pinang juga menasihatkan Kerajaan Negeri DAP bersihkan dahulu kaedah pentadbiran yang berteraskan keuntungan dan glamour dan tumpukan kepada pembangunan nasib rakyat miskin Pulau Pinang yang semakin terhimpit dengan dasar2 pembangunan yang drastik oleh kerajaan negeri DAP sejak 2008 hingga kini.

Jelas Kerajaan negeri DAP tidak Cekap,Akauntabel,Telus seperti yang selalu diwar-warkan,

 Ir.Shaik Hussein B. Mydin 
KP UMNO PP

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.