Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 20, 2013

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE. BAGAIMANA ISU INI BERMULA?


Pendahuluan
Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah ALLAH merupakan KALIMAH SUCI yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah menjadi KEWAJIPAN bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.
Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama Allah dalam versi bahasa Melayu
Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama “Allah” dalam Alkitab versi bahasa Melayu
Ini kerana sehingga kini, penganut Kristian bermati-matian menuntut agar kalimah ini dibenarkan untuk diguna pakai di dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu (ALKITAB). Apa sebenarnya MOTIF puak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di setiap gereja? Adakah mereka membuatnya saja-saja? Atau hendak melihat sejauh mana KEPEKAAN atau SENSITIVITI orang Melayu yang beriman di bawah naungan Islam.
Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”
Punca perdebatan kalimah "Allah" bermula semasa permohonan memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan
Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu
Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD”untuk versi bahasa Melayu. Ekoran timbul rasaketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :
Sebelum Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic WeeklyPaderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”.Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad”mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah "Allah"?
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?
Semasa Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2009Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
  • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
  • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
  • Pada 5 Januari 2010Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
  • Pada 6 Januari 2010Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
  • Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan,  Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam isu kalimah "Allah"
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”
Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :
Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng adalah pencetus kepada polimik kalimah "Allah" secara nyata
Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng yang meminta dibenarkan penggunaan kalimah “Allah” secara terbuka adalah PENCETUSkepada POLIMIK semasa di kalangan masyarakat
Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan politik membantah permintaan Lim Guan Eng
Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan ahli politik dalam membantah permintaan Lim Guan Eng
Mufti-Mufti mendesak agar semua pihak AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam
Mufti-Mufti pelbagai negeri mendesak agar semua pihak AKUR terhadap Fatwa yang menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam
  • Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
  • Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 4 Januari 2013Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
  • Pada 8 Januari 2013Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESALdengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 8 Januari 2013Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Pada 11 Januari 2013Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
  • Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang)  PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kesimpulan
Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepadaRubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Jangan kita biarkan kalimah "Allah" dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK LAYAK dan beriman kepadaNya menggunakannya. ALLAH
Jangan kita biarkan kalimah “Allah” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMANdan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya
Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama “Allah” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR sama sekali, bahkan jika dilihat di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama “ALLAH” bagi merujuk kepada God atau Lord samada dalam pertuturan, penulisan atau filemWa’allahu’alam……. 

Sebarkanlah risalah ini demi agama tercinta.
Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121228/dn_03/Hentikan-polemik-mahu-guna-kalimah-Allah
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-sultan-selangor-kesal-permintaan-guan-eng-1.119178
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-hormati-keputusan-majlis-fatwa-1.115437
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dap-mahu-pusat-benar-guna-kalimah-allah-1.115162
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-tuntutan-terus-dicemuh-1.115481

> megat panjialam  20/01/2013

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.