Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, February 24, 2013

2 PEMIMPIN ISLAM YANG DITIPU PULUHAN TAHUN, AKHIRNYA ALLAH KESIAN DAN BUKA JALAN KELUAR

Sebenarnya manusia yang dahagakan islam mudah ditipu dengan gaya dan rupa bentuk islam yang dipamerkan oleh sesebuah pergerakan yang kononnya memperjuangkan islam. Itulah yang berlaku kepada 2 pemimpin islam yang selama ini bergerak atas platform yang dikatakan bercita-cita tegakkan syiar islam.Dua orang ini ialah satu dari PAS, Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi dari Jemaah Tabligh, Prof Dr Nasoha Saabin yang merupakan bekas Ketua Tabligh, Syura Jemaah Tabligh Malaysia.

Mereka berdua ini antara insan yang selama ini tertipu dengan manusia yang bertopengkan agama dan disangka ikhlas mahu tegakkan syiar islam walhal sebaliknya berlaku.


Sepanjang menjadi Syura Jemaah Tabligh Malaysia selama 30 tahun, Prof Dr Nasoha gigih bangunkan usaha jemaah tabligh di Malaysia sejak kepulangan beliau setelah tamat pengajian di Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1980. Kegigihan beliau dalam bangunkan usaha dakwah atas platform Jemaah Tabligh kepada orang-orang islam di Malaysia mendapat tentangan hebat dari pemimpin Jemaah Tabligh India setelah kematian Ketua Jemaah Tabligh Dunia, Maulana Inamul Hassan rah.

Pada tahun 2008, apabila beliau mulakan dakwah kepada orang bukan islam di sekitar Kuala Lumpur beliau mendapat kecaman lebih hebat lagi dari semua pemimpin Jemaah Tabligh terutamanya dari pemimpin Jemaah Tabligh dari India. Satu peristiwa berlaku pada tahun awal 2009 di perhimpunan tahunan terbesar di Tongi, Bangladesh dimana beliau telah dikelilingi oleh hampir 30 ulama Jemaah Tabligh. Kesemua mereka menggesa Prof Dr Nasoha berhenti dari menjalankan dakwah kepada orang bukan islam dan mereka bersepakat menarik jawatan dan tidak membenarkan beliau berceramah dalam semua perhimpunan Jemaah Tabligh di Malaysia termasuk di markas tabligh Malaysia di Sri Petaling.

Prof Dr Nasoha tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam kerana selama 30 tahun beliau dalam Jemaah Tabligh, usaha inilah yang beliau cari dan merayu kepada Allah agar dimulakan kembali setelah semua orang islam tinggalkan dakwah kepada orang bukan islam secara ijtamie(berjemaah di setiap masjid) seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan sahabatnya di Masjid Madinah.

Oleh kerana beliau tidak sanggup tinggalkan usaha dakwah kepada bukan islam, beliau sanggup hilang jawatan dalam Jemaah Tabligh dan tinggalkan Jemaah Tabligh Malaysia pada Julai 2009. Dengan peristiwa itu, barulah beliau sedar bahawa pemimpin Jemaah Tabligh selama ini menipu umat islam seluruh dunia bahawa mereka jemaah dakwah buktinya tidak mahu buat perintah Allah yang paling utama iaitu dakwah manusia kepada Allah, yang bukan islam diajak kepada islam dan yang sudah islam diajak jalankan kerja dakwah seperti apa yang Nabi Muhammad saw dan sahabat lakukan. Jemaah Tabligh hanya berminat untuk tambah ahli dan berbangga dengan ahlinya yang ramai yang mencecah jutaan orang di seluruh dunia


Sama juga apa yang berlaku pada Datuk Dr Hassan Ali, beliau ditentang hebat oleh pemimpin PAS sendiri apabila beliau berusaha membawa PAS kembali ke landasan yang betul setelah banyak tindakan PAS yang menunjukkan telah memberi kepatuhan dan ketaatan sepenuhnya kepada DAP yang menentang syiar islam ditegakkan di negara ini. Kerana beliau membongkar pemurtadan orang islam di DUMC beliau ditentang oleh pemimpin PAS. Kerana beliau menentang penjualan arak di Shah Alam, beliau ditentang oleh pemimpin PAS habis-habisan. Setiap tindakan beliau yang menegakkan syiar islam beliau dikecam dan dibenci sehinggalah apabila beliau menolak himpunan 901 semasa keputusan perbicaraan kes liwat Anwar baru-baru ini, beliau telah dibuang dari PAS.

Sebenarnya wahai Prof Dr Nasoha Saabin dan Datuk Dr Hassan Ali, bukan kamu dibuang sebenarnya tetapi kamu diselamatkan oleh Allah swt dari pergerakan islam yang menipu ribuan dan jutaan umat islam selama ini. Berapa banyak Jemaah Tabligh dan PAS mencetus porak poranda dalam masyarakat Islam.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.