Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, February 9, 2013

KONDO PARK AVENUE BATU CAVES


Planning Approval vs Development Order ... Ronnie BUNUH KARIER Khalid Isu Kondo Batu Caves




Musykil sama ada Exco Selangor Ronnie Liu bodoh bengap atau sememangnya teramat cerdik apabila cuba menjadi jagoan isu pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.

Gayanya seperti mahu tanam Khalid Ibrahim hidup-hidup di Selangor.



Seperti tulisan rakan blogger THE UNSPINNERS, tidak perlu lakukan kerja bodoh untuk menyelamatkan ponggong Khalid Ibrahim.

Barangkali menyangka rakyat boleh dipermainkan dengan terma perkataan Kebenaran Merancang (Planning Approval), maka kesalahan bulat-bulat diletakkan kepada BN sebagai kunci kepada segala pembinaan.


Mengapa tidak disebutkan mengenai Perintah Pembangunan (Development Order - DO) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

Kebenaran Merancang (Planning Approval) hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan. 

Kebenaran Merancang (Planning Approval) bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Jawatankuasa Majlis Perbandaran Selayang akan mengadakan mesyuarat sebelum mengeluarkan Perintah Pembangunan (Development Order) bagi pembangunan dan pembinaan bermula.

Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan sewaktu Pakatan Rakyat menguasai Selangor.

Dan ini yang tidak disebutkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin ... Perintah Pembangunan (Development Order).

Atas dasar itu, Karpal Singh tampak lebih rasional dalam menghentikan kebodohan Pakatan Rakyat dan Ronnie Liu ... yang nyata tembak diri sendiri.

Ahli parlimen Jelutong itu turut menggesa kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menghentikan plemik politik serta menyalahkan satu sama lain dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan projek pembinaan kondominium itu - KLPOS, 30 Oktober 2012.

Kerana itulah Khalid Ibrahim dengan pantas mengeluarkan kenyataan untuk menutup kebodohan Ronnie Liu dan Pakatan Rakyat yang mahu terus menerus bermain dengan isu pembinaan kondominium ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - KLPOS, 30 Oktober 2012.


Mengapa perlu projek kondominium ini dihentikan buat sementara waktu? 

Perlu apa ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bebas ... melainkan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan ...

Bukankah Khalid Boleh mengarahkan projek kondominium dihentikan terus dengan satu surat dari pejabat Menteri Besar ...

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.