Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 25, 2013

HANGAT DARI UM!! @NajibRazak @saifuddinabd @khalednordin @BraderJai @mymassa @tunfaisal PENDEDAHAN GHAUTH JASMON SOKONG ANWAR IBRAHIM:UM SILA JAWAB!!!



Kami baru sahaja mendapat maklumat dari seorang whisleblower yang telah mendedahkan tentang kepincangan yang melanda orang-orang kuat Universiti Malaya yang dilaporkan merupakan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sehingga diberi mandat untuk menyingkirkan mana-mana ahli akademik yang tidak menyokong Anwar Ibrahim. Di bawah ialah maklumat yang dihantar kepada kami melalui e-mail. Sebagai institusi pendidikan yang paling lama bertapak di Malaysia, kami inginkan jawapan dari mereka yang terlibat bagi membersihkan nama mereka dari cengkaman Anwar Ibrahim.

Masalah Kekacauan Pentadbiran Di Universiti Malaya

Dr Ghauth mula menjadi VC kira-kira 4 tahun lalu selepas Dato Rafiah Salim. Setelah itu,banyak dasar UM yang menyebabkan mahasiswa dan staf menjadi benci pada kerajaan. Antaranya beliau menghapuskan dewan makan di kolej kediaman kesembilan,menghalang pelajar berhutang dari ambil peperiksaan,penguatkuasaan undang-undang merokok yang amat ketat serta campurtangan jelas dalam PRK 2012 yang mana pada awalnya beliau hampir setuju dengan PRO M untuk undi semula.

Dalam satu mesyuarat tertutup antara inner circle VC iaitu antaranya dihadiri Prof. Dr. Mohd Hamdi Bin Abd Shukor ( TNC Akademik ) dan Prof. Dr. Awg Bulgiba Bin Awg Mahmud ( TNC Penyelidikan ) serta Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman ( Sahabat baik Anwar dari zaman gerakan mahasiswa ), Prof Hamdi menyuarakan pendapat penstrukturan semula UM seperti menghapuskan Jawatan TNC HEP yang berada dibawah kawalan MENTERI KPT agar HEP diletakkan dibawah TNC Akademik,berlaku perbincangan akan tetapi tiada penyelesaian kerana mereka sedar tidak akan mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti selagi Tan Sri Arshad Ayob masih Pengerusi. Hal ini sebabkan Prof Hamdi yang kecewa keluarkan kenyataan - selepas ini tukar kerajaan PR lebih mudah kita ubah UM ni.

Malah turut dibincang agar jawatan pengetua kolej yang menjadi hak TNC HEP dihapuskan agar pengetua kolej berada dibawah lantikan VC dan menjadi staf tetap kerana sekarang pengetua adalah secara sukarela dari kalangan pensyarah yang aktif. Malah mereka mahukan hapuskan program di Kolej Kediaman dengan alihkan ke fakulti yang mana diketuai ramai dekan yang cencerung kepada VC.

Ada surat dari KPT kepada UM menghalang mana-mana staf dan ahli akademik dari terlibat dengan mana-mana parti,surat ini digunakan VC untuk menghalang apa program atau gerak kerja yang membantu kerajaan kerana dikatakan partisan menyebabkan banyak program kerajaan tersekat.



Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon
 







Prof Hamdi boleh dikatakan rapat dengan PMIUM malah pernah hadiri Terapi Ilmu Buat Mahasiswa Oleh Prof Hamdi anjuran PMIUM. Antara kenyataan beliau "Ikut Usrah yang diadakan kerana dalam Usrah ia akan membentuk diri kita, peribadi kita. Ikut program-program yang dianjurkan oleh PMIUM".


Prof. Dr. Awg Bulgiba Bin Awg Mahmud

Bekas Pusat Perancangan & Strategi Global – laporan audit PPSG menunjukkan banyak kepincangan dan kegagalan pentadbiran Prof Awg akan tetapi tetap dilantik VC senagai TNC.

 Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman


Semenjak penganjuran forum yang menjemput panel-panel ahli politik semalam antaranya Nurul Izzah dan portal-portal berita milik pembangkang, nama Professor ini semakin meniti di bibir 'aktivis' mahasewel apabila beliau dengan lantangnya menempelak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kata-kata bongkak: "Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Mempunyai hubungan baik dengan Anwar dari zaman mahasiswa. Pernah memegang jawatan SU PMIUM masa zaman mahasiswa. Dikatakan menjadi orang tengah antara Anwar dengan kepimpinan UM. Beliau adalah orang bertanggungjawab beri kelulusan benarkan Nurul Izzah jadi panel dalam forum bersama Dato Saifuddin Abdullah.

Dengan pendedahan ini, JK rasa KPT wajar berhati-hati dengan Universiti Malaya, sebuah institusi pendidikan tertua di Malaysia yang objektifnya untuk melahirkan cendikiawan-cendikiawan terbilang, bukannya ahli politik yang kemaruk mahu merampas Putrajaya untuk kepentingan sendiri sehinggakan mahasiswa pun digunakan. Mereka kerap melaungkan merekalah pemangkin politik matang, matang apanya jika pagar universiti dirempuh, gambar pemimpin dipijak dan dibakar, berdemonstrasi di jalanan dan penyebaran risalah-risalah berbaur hasutan!



~ sumber ~ 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.