Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 22, 2013

PANAS! @RafiziRamli Terlepas Cakap. Rahsia Gelap Anwar Ibrahim Terbongkar!


Sebelum ini didedahkan bagaimana Rafizi silap percaturan menuduh UMNO dan Tun Mahathir menjadi dalang Azzimudie Kiram menjadi rakyat Malaysia dan warganegeri Sabah pada tahun 1975 di sini :
http://mymassa.blogspot.com/2013/03/rafizi-tuduh-umno-bagi-ic-azzimuddie.html

Sebagai ulangan, pada tahun 1975, Tun Dr. Mahathir hanyalah seorang Menteri Pelajaran (dari tahun 1974-1978). Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir dilantik oleh Tun Abdul Razak sebagai Senator (1973) selepas kemasukan kembali beliau dalam UMNO pada tahun 1972. Pembaca harus mengikuti sejarah hidup Tun Mahathir untuk memastikan anda tidak ditipu oleh Rafizi yang buta sejarah.


Tun Dr. Mahathir ketika menjadi Menteri Pelajaran tahun 1974-1978

UMNO pula memasuki Sabah pada tahun 1991. Pada 15 Julai 1975, Naib Presiden USNO, Haris Salleh dan Tun Fuad menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Tun Fuad (nama baru Donald Stephens yang memeluk Islam pada tahun 1971) kemudiannya meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri untuk memimpin BERJAYA. Ketika itu parti yang kuat di Sabah adalah USNO di bawah kepimpinan Tun Mustapha. Namun setelah wujudnya BERJAYA, pada pilihan raya negeri bulan April 1976, USNO memperoleh 20 kerusi dan BERJAYA mendapat 28 kerusi dan Tun Fuad dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah kali ke-2. Jadi tak tahulah dari buku sejarah mana Rafizi baca sehingga dia boleh mengaitkan UMNO dengan Azzimudie pada tahun 1975.



Itu baru permulaan. Oleh kerana Rafizi Ramli mengimbau sejarah tahun 1974-1975, MyMassa ingin berkongsi dengan pembaca, SIAPA SEBENARNYA MUSUH NEGARA PADA TAHUN TERSEBUT. Bukan Azzimudie kerana dia adalah ADO ketika itu. Jika disemak dalam sejarah negara, peristiwa besar berlaku pada tahun tersebut adalah DEMONSTRASI BALING TAHUN 1974. Siapa dalang dalam demonstrasi tersebut? Cuba tengok gambar di bawah.

Cuba teka siapa TAIKO dalam gambar ni?
Inilah dalang yang mengkucar-kacirkan negara sejak tahun 70an lagi. Lebih hina lagi, dalang di atas mereka cerita bahawa penduduk mati kelaparan kerana Kerajaan gagal membela nasib rakyat. Apabila disiasat oleh Zainuddin Maidin (wartawan Utusan Melayu ketika itu) ternyata kematian tersebut hanya fitnah semata-mata untuk membuatkan pelajar universiti marah kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan pada 5/6/7 Januari 1975 setelah dijalankan operasi di sekitar daerah Baling hingga ke pendalaman Kampung Weng Dalam dan TanjungPari, tiada kedapatan seorang pun rakyat Baling mati kebulur.Penolong Perubatan Daerah Baling Dr Tan Ah Hock dalam laporannya mengakui memang ada faktor kemiskinan dikalangan rakyat tetapi untuk sampai ke tahap mati kebuluran dia menafikan dakwaan

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.