Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 25, 2013

WONG TAK DAN BANG NON JADI 'BIAWAK SIKAT'???



Hah! Korang pernah dengar nama 'Biawak Sikat' ni? SH sendiri pun baru kali pertama dengar nama spesis biawak tu selama SH hidup. Sebelum ni, tak de pulak orang cerita.

Dan dengar cerita spesis 'Biawak Sikat' ni pun boeh bercakap. Wah!!! Hebat tu. Kita ingatkan hanya spesis biawak macam Si Biawak Guang Eng tu je boleh bercakap.

Rupanya ada lagi spesis biawak yang boleh bercakap ye? Ini biawak sikat namanya. Biawak yang suka 'berubah rupa' bila dalam keadaan tertentu.

Di Malaysia setakat hari ini ada dua ekor biawak sikat yang berada dalam keadaan terancam. Satu nama gelarannya Si Ketua Penipu dan satu lagi Si Kahak Hijau Wong Tak.

Itu lah 'PERUMPAMAAN' yang diberikan kepada dua makhluk yang suka bercakap berbelit - belit depan rakyat. Sekejap cakap lain, lepas tu tukar pulak. Itu la biawak sikat namanya.

Kena jelaskan sikit perkataan 'Perumpamaan' tu. Nanti takut ada pulak spesis lain dari jenis yang sama ni tak paham. Duduk Malaysia dah lama. Tapi, bahasa Malaysia pun tak reti.

Jenis Biawak Sikat ni muncul bukan ada tujuan lain. Tapi demi untuk mendapatkan undi dan sokongan dari kalangan pihak tertentu. Diorang buat semua tu untuk diri diorang sendiri. Bukannya untuk rakyat sangat pun!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!!

MARAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan  Yaakob menempelak pembangkang dengan  mengumpamakan mereka sebagai ‘biawak sikat’, yang sering mengutarakan ‘cerita lawak’ hingga menjadi bahan ketawa rakyat semata-mata. “Sekali nak tutup Lynas, ini tak jadi pula tutup Lynas, nak buat ‘inquiry’ baru. Ini biawak sikat ni, ya... ‘cameleon’,” tegas Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan ketika merujuk kepada pendirian yang berubah-ubah oleh kepimpinan tertinggi parti itu berkaitan projek pemprosesan tanah jarang Lynas di Gebeng, Kuantan. Dalam temubual dengan portal berita berpangkalan di Australia – The Sydney Morning Herald baru-baru ini, ketua pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah menyebut mengenai kesediaan beliau menyokong projek tersebut jika siasatan awam yang mahu dibuat semula, mengesahkan kilang itu selamat. Ini bertentangan sama sekali dengan ucapannya pada Himpunan Hijau di Kuantan tahun lepas, membantah operasi kilang itu sambil memberi jaminan akan menghentikannya jika pembangkang menguasai Kerajaan kelak. Begitulah kerasnya pendirian tersebut hinggakan soal mengenai memansuhkan projek itu ada tersebut dalam manifesto pilihanraya mereka yang telah diumumkan tidakpun beberapa lama sebelum ini. Pendirian yang sama turut dikongsi oleh Encik Wong Tack – calon yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri, yang akan bertanding di parlimen Bentong atas tiket parti itu, pada pilihanraya umum kali ini.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.