Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, April 21, 2013

ANALISIS PRU-13: Musang berbulu ayam terperangkap!


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak memberi isyarat yang cukup jelas bahawa tidak ada ruang bagi pembelot di dalam BN. Isnin ini pemimpin ibarat `Musang berbulu ayam' itu akan menerima surat pemecatan mereka.

Tindakan tegas Najib itu pastinya memerangkap Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar dan mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam parti. Kamilia meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.

Ketika Najib duduk untuk menikmati jamuan tengah hari bersama-sama jentera BN Parlimen Pekan di perkarangan rumah pusaka peninggalan bapanya, dia memang kelihatan sugul. Beliau mungkin menjangka terdapat protes di kalangan pemimpin BN berikutan beberapa pemimpin lama yang digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya kali ini. Mungkin beliau tidak menyangka ada yang senekad itu.

Najib berkali-kali menyebut mereka yang tidak terpilih supaya tidak merajuk terlalu lama, kerana ini bukan bermakna sumbangan mereka tidak dihargai atau mereka dianggap sebagai gagal menunaikan tugas.

Sebaliknya ia hanyalah semata-mata untuk memenuhi kehendak rakyat yang mahukan majoriti muka baru di dalam saf kepimpinan parti yang memerintah itu.


Selaku pemimpin yang membawa transformasi sama ada di dalam bidang ekonomi dan politik negara, dengan rakyat didahulukan, Najib memang mengotakan janjinya untuk menerajui era baru di dalam UMNO dan BN keseluruhannya.

Kamilia sepatutnya tidak mendengar bisikan-bisikan "jahat" yang mahukan dia mengkhianati parti yang selama ini meletakkan beliau di puncak dan menikmati segala kesenangan daripadanya atau memang beliau seorang `Musang berbulu ayam' yang selama ini memang tidak ikhlas berjuang di dalam parti dan pada bila-bila masa akan menunjukkan wajahnya yang sebenarnya. Wajah tamak serta mabukkan kuasa.

Tidak menjadi calon bukan bermakna masa hadapan menjadi gelap, Najib sendiri memberitahu beliau cukup menghargai pengorbanan yang diberikan oleh para pemimpin lama dan mereka tidak akan diabaikan.

Najib telah menggariskan misi yang jelas pada pilihan raya kali ini iaitu untuk menang dengan majoriti lebih besar iaitu dua pertiga bagi membentuk kerajaan yang kuat. Apabila BN kembali berkuasa dengan lebih kuatn dan lebih banyak orang dapat dibantu.

Memang wajarlah BN menyingkirkan seorang dua pemimpin yang begitu mementingkan diri sendiri daripada dia menyebabkan seluruh parti ditimpa bencana.


Baca seterusnya :sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.