Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 30, 2013

Analisa PRU13: Perwakilan Melayu Pakatan menyusut berbanding 2008

Pakatan mempunyai 43 orang Ahli Parlimen Melayu dalam Dewan Rakyat yang lepas (8 Mac 2008) – rujuk senarai penuh nama di nota kaki.

Pakatan hanya mempunyai 38 orang Ahli Parlimen Melayu* sekarang dalam dewan (5 Mei 2013) — senarai penuh nama ada juga di bawah.


Sebaliknya bilangan Ahli Parlimen Pakatan bukan Melayu pula telah meningkat daripada 39 orang kepada 50 orang kesan daripada tsunami Cina.


KuasaMelayu2


*Kalau hendak dikira Zairil Khir Johari sekali, maka Pakatan mempunyai 39 orang MP Melayu.

Namun, nama sah anak buah Guan Eng itu yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya tak mempunyai ‘bin’ dalam nama ‘Zairil Khir Johari’ itu. Nama Zairil yang didaftar sebagai seorang pemilih di DUN Pulau Tikus, Pulau Pinang tidak juga ber’bin’.

Seorang lagi Ahli Parlimen Melayu DAP ialah Sakmongkol di Raub, Pahang.

Bilangan MP Melayu PKR menyusut daripada 20 orang (2008) menjadi 16 orang sahaja pada masa kini. PAS mempunyai 21 orang MP dalam Parlimen 2013 berbanding 23 orang MP dalam Parlimen 2008.

Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS telah menukar warna Kedah menjadi biru daripada hijau.


Kerusi Parlimen di Kedah 2013
Kerusi Parlimen Di Kedah 2013

Kerusi Parlimen di Kedah 2008
Kerusi Parlimen Di Kedah 2008

Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS juga telah memenangkan Umno di Perak. Dalam pilihanraya tahun 2008, BN telah kehilangan negeri Perak.

Sebaliknya tsunami Cina berjaya mengukuhkan kedudukan Pakatan di negeri-negeri masyarakat majmuk yang diperintah mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang, BN lagi mundur dalam tahun 2013 berbanding prestasi mereka pada 2008.

Pakatan89

Dalam pilihanraya tahun ini, Pakatan berjaya “ini kali” mendapat majoriti dua-pertiga dalam DUN Selangor dan DUN Pulau Pinang.

Kesan tsunami Cina
Selangor (kerusi DUN)
  • 2008: Pakatan 36, BN 20
  • 2013: Pakatan 44, BN 12

Pulau Pinang (kerusi DUN)
  • 2008: Pakatan 29, BN 11
  • 2013: Pakatan 30, BN 10


Manakala itu, DAP mencipta ‘rekod sempurna’ di negeri-negeri Chinese belt.

Di DUN Pulau Pinang, DAP bertanding 19 kerusi, menang 19.

Di DUN Perak, DAP bertanding 18 kerusi, menang 18.

Di DUN Selangor, DAP bertanding 15 kerusi, menang 15.

Di DUN Negeri Sembilan, DAP bertanding 11 kerusi, menang 11.

Di DUN Pahang, DAP bertanding 7 kerusi, menang 7.

DAP mencapai perfect score – jadual lengkap di sini - di negeri-negeri tersebut.

Di DUN Johor, DAP bertanding 14 kerusi, menang 13. Kesemua 13 calon Cinanya menang di Johor. Yang kalah hanya seorang sahaja calon DAP keturunan India.

Di kalangan 19 Adun DAP di Pulau Pinang, tidak ada seorang yang Melayu.

Di kalangan 18 Adun DAP di Perak, tidak ada seorang yang Melayu.

Di kalangan 15 Adun DAP di Selangor, tidak ada seorang yang Melayu.

Di kalangan 11 Adun DAP di Negeri Sembilan, tidak ada seorang yang Melayu.

Di kalangan 7 Adun DAP di Pahang, barulah ada seorang Melayu kerabat di-raja – Tengku Zulpuri Shah.

Tsunami Cina telah menambahkan jumlah bilangan perwakilan Pakatan di DUN daripada 196 kerusi kesemuanya dalam 2008 kepada 229 kerusi dalam 2013. (Ada sejumlah 505 kerusi DUN di seluruh negara tidak termasuk Sarawak).

Dari segi kekuatan, DAP adalah parti pembangkang yang paling berkuasa sekali.


PieChartSeatShareGE13
DAP - PKR - PAS - BN

Kesan sampingan tsunami Cina

Tsunami Cina berjaya memenangkan beberapa orang calon Melayu baru PAS dan PKR di kerusi campur serta membantu calon-calon Melayu yang lain mempertahankan kerusi mereka.

Contohnya, Rafizi Ramli (PKR) menang di kawasan 48.2 pemilih Cina di Pandan, Selangor; Mohd Idris Jusi (PKR) di kawasan 45.7 pemilih Cina di Batu Pahat, Johor dan Shamsul Iskandar Akin (PKR) di kawasan 40.8 pemilih Cina di Bukit Katil, Melaka.

Calon PKR Mansor Othman menang kerusi Nibong Tebal (37.3% Cina) di Pulau Pinang, dan calon-calon PAS Che Rosli Che Mat dan Mohd Hanipa Maidin masing-masing menang di Hulu Langat (34.3% Cina) dan Sepang (34.0% Cina), Selangor.

Para calon PKR yang memenangi kerusi-kerusi yang mempunyai lebih satu-pertiga pemilih Cina adalah Mohd Imran Hamid di Lumut, Kamarul Baharin Abbas di Telok Kemang, Zuraida Kamaruddin di Ampang dan Fuziah Salleh di Kuantan.

Calon PAS Dr Siti Mariah Mahmud menang di kerusi Kota Raja, Selangor yang mempunyai 45.4 peratus calon bukan Melayu — baca ‘Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS‘.

Dalam pada itu, orang Melayu pantai barat telah memberi reaksi balas kepada asakan Cina DAP dengan berbalik kepada Umno. Akibatnya PAS tidak mampu menang di kawasan Melayu pekat di negeri-negeri pantai barat.

Menyimpang dari sejarah dan tradisi, PAS kini lebih berjaya di kawasan yang mempunyai jumlah besar pemilih Cina di kerusi-kerusi campur.

Walaupun Pakatan sekarang ini sangat kuat di Selangor Darul Dakyah (24/7 propaganda Selangor.tv, Media Selangorku, Selangor Times, Selangorkini dan banyak lagi), prestasi PAS telah jatuh di ibunegeri Melayu Selangor. (Shah Alam ialah sebuah kawasan 69.9% peratus pemilih Melayu, 14.9 peratus pemilih Cina dan 14.2 peratus pemilih India.)

Majoriti undi yang diperolehi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad di Shah Alam tidak banyak meningkat — 9,314 undi (PRU12) berbanding 10,939 undi (PRU13).

Namun undi yang diberikan kepada lawannya telah meningkat banyak. Abdul Aziz Shamsuddin (Umno) telah mendapat 24,042 undi di Shah Alam dalam 2008.

Zulkifli Nordin, walaupun hanya dicalonkan pada saat-saat terakhir, tetapi masih berjaya meraih 38,070 undi berbanding 49,009 undi bagi Khalid Samad.

Bermaksud undi yang diperoleh oleh BN-2013 mengatasi undi yang diperoleh oleh BN-2008 sebanyak 14,028 undi. Gejala ini mencerminkan backlash Melayu terhadap Pakatan, memandangkan Zul Nordin seorang last minute candidate yang bukannya anak jati Selangor pun.


Baca Seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.