Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 3, 2013

Anwar - Perniagaan Mereka akan di Rampas - Mereka akan dipenjara




Oleh rmf

Belum lagi mendapat kuasa, sikap diktator nya kian terserlah, tiada siapa yang boleh menghalang  sekutu Israel ini dari melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya. Ini lah wajah sebenar PKR dan Anwar Ibrahim.

Jika sesuatu perkara itu melibatkan dirinya, pelbagai pihak akan diperslahkan termasuk Mahkamah, Peguam, Penjawat awam, Keselamatan.Sikap ini mengingatkan kita bagaimana kedegilan Israel  didalam menolak semua undang undang yang termaktub, Mereka kan melanggar apa sahaja yang menggugat kepentingan  mereka.

Begitu juga dengan PKR yang diketuai oleh Anwar, Ianya telah ditunjukkan secara jelas didalam BERSIH dimana semua anggota keselamatan di persalahkan, sehinggakan ada yang disepak ditendang dihina pihak keselamatan  juga yang diperslahkan.

Sikap diktator ini kini telah ditunjukkan secara jelas oleh Anwar melalui ucapannya, dimana dia akan merampas semua perniagaan yang dimiliki oleh individu dan memenjarakan mereka yang dia fikirkan perlu.
Jesteru itu, saya amat berminat  untuk melihat Anwar Ibrahim menangkap dan merampas dan memenjarakan individu dibawah ini..

Datuk Ibrahim Abdul Rahman, mempunyai kepentingan perniagaan yang besar mewakili Anawar dengan menjadi lembaga Pengarah lebih daripada 50 syarikat dan pemegang saham hampir 20 syarikat. Beliau terus menjadi atau telah pada lembaga syarikat awam tersenarai sewaktu Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri seperti:

  1. Pengkalen Holdings Bhd,
  2. Pengkalen Capital Bhd,
  3. OI Corporation Bhd,
  4. Pan Malaysia Industries Bhd,
  5. Nissan Industrial Oxygen Bhd.
  6. Zaitun Bhd
  7. Boral Concrete (Malaysia) Sdn. Bhd;
  8. Holdings Sdn Ibrus. Bhd;
  9. MS Pembinaan dan Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd;
  10. PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd;
  11. Metromix Sdn. Bhd
  12. Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.
  13. PPH Development (M) Sdn. Bhd.
  14. PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.
  15. Dan PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.
  16. Dibawah ini pula merupakan senarai Syarikat syarikat yang mana Bapa Anwar Ibrahim merupakan pemegang saham yang besar dalam sesebuah syraikat:
  17. Nissan Oksigen Perindustrian Diperbadankan Berhad (3032500 saham);.
  18. Par Con Corporation (900,000 saham);.
  19. Perumahan Muhibah Sdn. Bhd (510,000 saham);.
  20. Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000 saham);
  21. Westaflex Sdn. Bhd (200,000 saham).
  22. Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000 saham).

Dulu Akta ISA dicanangkan sebagi satu akta yang kejam, tetapi kini  percakapan dan akan melakukan penindasan terhadap rakyat Malaysia yang akan datang adalah lebih kejam lagi. Selalunya sikap yang demikian adalah diwarisi oleh  mana man pihak yang berpaksikan komunisme dan berfahaman diktator.

Saya berani menyatakan bahawa ini lah wajah PKR dan Anwar yang sebenarnya.
Bagaimanapun sifat-sifat ini nampaknya tidak ada pada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Belum menang dan dengan rasminya dilantik menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengumumkan senarai siapa yang patut meminta maaf daripadanya.

Beliau mahu TV3 dan Utusan meminta maaf. Mereka juga akan diarahkan untuk bersedia mewawancaranya mengenai kemenangannya. Pelik seorang bekas pemimpin gerakan Islam kini menyerlahkan sisi pendendamnya dan juga keangkuhan yang luar biasa. Klik di sini

Sebenarnya keangkuhan Anwar ini adalah di luar batas undang-undang. Jika Anwar terlalu marahpun dengan mana-mana pihak dan menuntut mereka memohon maaf kepadanya, beliau harus menggunakan saluran yang betul.

Perkara mencari hukuman setimpal kerana berasa diri difitnah harus diuruskan oleh Mahkamah, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin. Tuntutan pampasan atau permohonan maaf mesti ditentukan oleh mahkamah.

Soalnya, benarkah Anwar akan jadi perdana menteri? Jawabnya, sekalipun beliau benar-benar jadi perdana menteri, beliau harus menghormati undang-undang. Belum duduk sudah mahu berlunjur. Bayangkan jika Anwar memerintah kelak tidakkah beliau akan “beraja di mata dan bersultan di hati”?

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi  menyatakan tindakan yang bakal diambilnya “apabila’ menjadi perdana menteri, termasuk terhadap Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Anwar berkata beliau akan mengambil tindakan terhadap anak Mahathir tetapi secara bersindir berkata dia tidak  akan masukkan Mahathir ke dalam penjara kerana tak ada  “siapa nak jaga dia.”

Anwar semakin membuat kenyataan-kenyataan angkuh dengan empat hari lagi menjelang hari mengundi PRU ke 13.Dua hari lalu Anwar berkata, apabila berkuasa, beliau akan menuntut maaf daripada Utusan Malaysia dan TV3 serta mengarahkan stesen televisyen itu untuk menemuramah beliau.

Hari ini Anwar berceramah di Putrajaya. Majlis itu menerima sambutan hambar dengan hanya kira-kira 1,000 hadirin, kebanyakan penyokong tegar PAS daripada luar Putrajaya.

Dalam ucapannya, Anwar mensasarkan “pelan tindakannya” untuk bekas Menteri Kewangan Tun Daim dan Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri untuk 22 tahun sebelum bersara pada 2003.Anwar berkata sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat. Beliau tidak menyatakan bagaimana tindakan sebegitu akan diambil.

Anwar sendiri terpalit dengan tuduhan pemberian projek dan saham ratusan juta ringgit kepada sahabat dan ahli keluarga  semasa menjadi Menteri Kewangan ( Klik di sini ). Beliau tidak pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu. Sebaliknya beliau memaparkan dirinya “penyelamat” negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar berkata apabila berkuasa, beliau akan “maafkan” Mahathir dengan tidak menghantarnya ke penjara.”Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa… jangan… jangan. Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Anwar berkata tindakan akan diambil  untuk merampas  perniagaan milik anak Mahathir. “Monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta,( Klik di sini )” kata Anwar.
Mahathir sering menyifatkan Anwar sebagai seorang yang rakus kuasa dan tidak mempunyai kewibawaan moral untuk menjadi perdana menteri.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.