Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 22, 2013

SIAPA PEMBERI RASUAH PALING BESAR DI MALAYSIA?



Apabila seseorang bersuara lantang menentang rasuah, maka persepsi ramai adalah dia bersih dari rasuah dan demikianlah anggapan orang ramai terhadap media yang paling lantang mendedahkan penyelewengan kerajaan dan rasuah pemimpin-pemimpin politik.

Untuk itu akhbar-akhbar di Malaysia sanggup menggadaikan nyawa ribuan manusia bagi menutup bahaya terbang dengan sebuah  syarikat penerbangan yang paling tidak selamat di Malaysia.

Akhbar-akhbar di Malaysia adalah juga penerima rasuah untuk menutup keburukan syarikat-syarikat besar. Bagaimana? (Akan menyusul tulisan saya nanti mengenai rasuah besar dari Air Asia kepada media cetak).

Demikianlah juga bagaimana akhbar-akhbar Cina menutup perihal orang Cina yang merupakan pemberi rasuah paling besar kepada orang Melayu.

Oleh kerana kerajaan yang ada sekarang didokong oleh orang Melayu, Raja Melayu, Perdana Menteri Melayu, KPN Melayu, KSN Melayu dan lain-lain kuasa Melayu, maka persepsi umum terutamanya bukan Melayu; yang menerima rasuah ialah orang Melayu, tetapi pada hakikatnya siapakah yang menggalakan rasuah dan mampu memberi rasuah di negara ini?

Saya percaya 99% yang memberikan rasuah ialah orang Cina, tetapi mereka tidak memberitahu apa yang mereka dapat, kemudahan yang dinikmati, harta dan wang berbillion sehingga melempah  keluar negara.

Tidak ramai Cina yang kaya dengan secara jujur, tetapi kerana kebijaksanaan mereka memberikan rasuah, melakukan penyelewengan, penipuan dan sebagainya. Cina yang jujur tetap miskin.

Apabila persaingan berlaku antara mereka untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan, maka yang gagal akan membuat fitnah untuk menunjukkan yang jahat ialah Melayu atau Bumiputra seperti apa yang mereka lakukan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Apabila pecacai seorang ahli politik Cina membunuh diri kerana tidak dapat lagi menutup pekong ketuanya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), maka  SPRM telah dituduh membunuhnya dan telah dijadikan isu perkauman.

Apabila seorang pegawai tinggi Kastam dibunuh kerana bersikap tegas dan mahu membantu menegakkan kerajaan yang bersih, parti Cina DAP tidak menghebohkan tentang kebaikkan pegawai ini seperti mudahnya mereka memburukkan pegawai SPRM dan membuat konklusi pecacai itu tidak berdosa, walaupun penyiasatan belum selesai.

Kenapa mereka tidak boleh segera membuat konklusi bahawa pegawai ini telah mati kerana enggan menerima rasuah dari orang Cina? Sila baca di sini

Inilah politik prejudis yang dimainkan oleh DAP selama ini.

KETUA PENGARANG THE STAR TERUSKAN MISI POLITIKNYA


Akhbar The Star hari ini (21 Mei) melaporkan  berita tentang Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa lapan orang telah tidak dapat mengundi dalam pilihan raya 5 Mei lalu, kerana orang lain telah mengundi bagi pihak mereka.

Adakah akhbar The Star bersifat profesional dalam soal ini?

Apakah tidak terfikir oleh The Star sesiapa juga boleh membuat dakwaan yang begitu mudah. UMNO atau MCA juga boleh mencari orang untuk membuat dakwaan demikian. Kenapa The Star cepat percaya kepada laporan yang tidak berasas dan terus melaporkannya.

Kalau bukan wartawan pun boleh nampak kelemahan asas berita ini, maka apakah The Star buta?

Oleh kerana laporan ini dibuat oleh seorang Melayu, The Star tidak seharusnya memperkecilkan keupayaan orang Melayu untuk melihat ini sebagai permainan perkauman yang bertujuan  untuk menghakiskan keyakinan orang Cina terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), salah satu institusi yang menjadi matlamat DAP.

The Star tentu tahu dalam keadaan sekarang jika laporan seumpama itu dibuat oleh UMNO atau MCA, tidak akan dipercayai, tetapi apa juga pembohongan yang dibuat oleh pembangkang, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ketika pengikut-pengikutnya berada dalam keadaan lupa diri tentunya diterima tanpa usul periksa.

Dan dalam hal ini sumbangan The Star cukup besar.

The Star bukannya berusaha untuk membantu memantapkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang telah dipilih dengan sah tetapi menggunakan kuasa beritanya untuk membantu pembangkang menimbulkan keraguan rakyat kepada semua institusi kerajaan.

Dan dia cuba membodohkan Datuk Seri Najib dengan bermain wayang kulit dengan menonjolkan usaha untuk pemulihan keyakinan dan perpaduan.

PENGHINAAN YANG TIDAK ADA TARANYA TERHADAP TUNKU ABDUL AZIZ


Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mengungkit perihal bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim menerima pencen bulanan sebagai Senator atas ikhsan DAP.

Karpal mengungkit perkara ini kerana, katanya Tunku Aziz memilih untuk menikam DAP dari belakang secara berterusan setelah meninggalkan DAP.

Dia menolak sebagai salah tafsir dari Tunku Abdul Aziz mengenai demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring yang dianjurkan oleh Penasihat DAP Seumur Hidup, Dr. Chen Man Hin. 

Ini adalah suatu penghinaan Karpal Singh terhadap Tunku Abdul Aziz, seolah-olah Tunku Abdul Azi tidak boleh hidup tanpa bergantung kepada pencen kurniaan DAP, seolah-olah pemberian itu terlalu besar bagi seorang profesional seperti Tunku Abdul Aziz.

Sedikit sebanyak ungkitan ini tentunya menyentuh perasaan Tunku Aziz, kerana ungkit mengungkit bukanlah peradaban Malaysia. 

Kepada orang Melayu:

Pisang mas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.

Tetapi kepada DAP dan ceti keturunan Benggali:

Jika hutang tak dibayar,
diburu dicincang sampai mati



Dulu Guan Eng hendak merasuah  RM50,000  bagi mengekalkan Tunku Abdul Aziz  dalam DAP dan sekarang Karpal Singh pula mengungkit apa yang hak bagi Tunku Abdul Aziz.

Betapa rendahnya pandangan Cina DAP dan Benggali DAP terhadap orang Melayu.

Teruskan Membaca : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.