Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, May 30, 2013

Gunting sudah keluar lipatan

Ketuanan Melayu is DEAD


The Star masih lagi bertekad untuk menegakkan benang basah dengan menafikan tsunami Cina.

Suratkhabar pro-DAP itu kelmarin melaporkan bahawa kempen pilihanraya yang berteraskan perjuangan kaum serta agama telah gagal kerana kini kian ramai orang Malaysia yang sudah menyingkirkan pendekatan kolot yang sedemikian.

Lihat rencana Si Gunting bertajuk ‘Campaign for survival of race, religion failing as more Malaysians reject it‘ (The Star, 28 Mei 2013).

The Star melaporkan sokongan orang Malaysia terhadap politik perkauman semakin luntur. Suratkhabar itu juga melaporkan dapatan sebuah forum di mana beberapa orang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak telah menyatakan bahawa Ketuanan Melayu sudah mulai ditolak khalayak umum.

Kumpulan pensyarah Unimas tersebut turut membidas bahawa telah berlaku “tsunami Cina”, kata The Star lagi. Suratkhabar tersebut memetik sebuah kertas kerja berjudul ‘Multiracial Tsunami’ yang mengatakan ‘Ketuanan Melayu’ yang nyawa-nyawa ikan hanya dilanjutkan kerana orang Melayu takut hilang kuasa politik.

Rumah kata pergi kubur kata mari

Kata rencana The Star tersebut, mengikut Dr Ahmad Nizar Yaa’kub yang membentangkan kertas kerja ‘Multiracial Tsunami’ itu, hanya tinggal puak konservatif dalam Umno sahaja yang masih cuba mempertahankan ‘Ketuanan Melayu’.

The Star memetik seorang ahli panel forum sebagai berkata bahawa Ketuanan Melayu sudah basi di kalangan para pemilih berfikiran moden yang menghayati konsep Malaysia.

Nyata akhbar ini tidak lagi menyembunyikan kiblat sebenarnya.

The Star semalam memetik Dr Ahmad Nizar sebagai berkata:

  • “In this general election, we saw that whenever Umno’s candidate lost, those constituencies were picked up by Malay candidates from PAS or PKR. As a result, this time, there is actually more Malay MPs. So this idea of Malays losing power is not happening.” 
  • Nizar said despite the persistent attacks from Umno against Pakatan Rakyat “on the context of the survival of race and religion”, voters in developed states like Selangor gave PAS thumping victories.
  •  Nizar called PAS the real winner in the Selangor government, having gained seven seats.
  • Racial politics was also being diluted by the fact that parties viewed as almost exclusively Chinese fielded Malay candidates who went on to win, the academic added.
  •  … PAS taking over Umno’s role through the election. It was also not about DAP or any other party taking over the role of Umno.
  •  The election results indicated a multiracial urban tsunami with trends cutting across communal support, he said, adding Barisan leaders should consider that it lost heavily to PAS in many Malay majority areas. 

Butir-butir yang disebarkan oleh The Jerusubang Star adalah palsu.

(1) “there is actually more Malay MPs” – PALSU!

Pakatan mempunyai 43 orang MP Melayu pada 2008 dan hanya 38+1 (*Zairil Khir Johari) orang MP Melayu pada 2013.

Di pantai barat, PAS telah hilang antaranya kerusi-kerusi Parlimen Sik, Jerai, Pendang, Baling (Kedah) beserta Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Titiwangsa.

PKR telah hilang kerusi-kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dan Merbok (Kedah) beserta Bagan Serai (Perak).

(2) “voters in developed states like Selangor gave PAS thumping victories” – gambaran menyeleweng

Yang memenangkan PAS di Selangor ialah tsunami Cina.

Nama besar PKR Mohd Nor Monutty telah kalah di Bagan Serai, sebuah kawasan 75.7 peratus Melayu.

Statistik menunjukkan pola para calon Melayu PKR dan PAS kalah di kawasan yang ramai Melayu dan menang di kawasan yang sebelum ini tidak pernah mereka menang, umpamanya Pandan (kawasan MCA).

Maka Melayu PKR telah menang kawasan Cina MCA (Pandan) dan pada masa yang sama PKR Melayu telah menyerahkan kerusi Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang kepada PKR Cina.

(3) “Nizar called PAS the real winner in the Selangor government” — dimenangkan tsunami Cina

Di antara tambahan tujuh kerusi DUN yang “ini kali” dimenangi PAS, Dusun Tua mempunyai 37.4 peratus pemilih Cina, Seri Serdang (36.1% Cina), Taman Templer (34.6% Cina), Paya Jaras (30.4% Cina), Tanjong Sepat (28.1% Cina) dan Morib (21.8% Cina).

Seri Serdang juga mempunyai 46.1 peratus sahaja pemilih Melayu. Mungkin PAS mencipta sejarah dengan menang di kawasan yang kurang separuh daripada pemilihnya kaum Melayu. Kalau tidak ada tsunami Cina, apa nasib PAS?

(4) “Racial politics was also being diluted by the fact that parties viewed as almost exclusively Chinese fielded Malay candidates who went on to win” — ini bab lawak Jerusubang

DAP meletakkan Zairil Khir Johari di kawasan 73.8 peratus pemilih Cina. Kalau DAP boleh menang di kawasan Melayu baru saya akan percaya akan kelunturan politik perkauman.

(5) “… PAS taking over Umno’s role through the election. It was also not about DAP or any other party taking over the role of Umno.”  — Ini nak tipu hidup-hidup

Bagaimana PAS boleh mengambil alih peranan Umno sekiranya PAS lingkup di Kedah dan Umno menjadi tunjang kerajaan negeri Perak (Umno pegang 30 kerusi daripada 31 kerusi BN)?

(6) “The election results indicated a multiracial urban tsunami with trends cutting across communal support” – multiracial KEPALA HOTAK THE STAR LAH !!

Yang mengambil alih ialah DAP di Johor menggali kubur MCA.

MCA yang hidup segan mati tak mahu mesti dipertanggungjawabkan atas kegiatan-kegiatan menggunting yang sedang giat diusahakan oleh jentera media evangelisnya.

Pasti dan janji survival parti-parti komponen BN akan terjejas jika dibiarkan Si Gunting terus menjadi api dalam sekam.


Nota:

Melayu (43)

PKR 2008


1. Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh)

2. Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak)

3. Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)

4. Ahmad Kasim (Kuala Kedah)

5. Amran Abdul Ghani (Tanah Merah)

6. Azan Ismail (Indera Mahkota)

7. Fuziah Salleh (Kuantan)

8. Johari Abdul Ghani (Sungai Petani)

9. Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang)

10. Azmin Ali (Gombak)

11. Yusmadi Yusoff (Balik Pulau)

12. Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai)

13. Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

14. Rashid Din (Merbok)

15. Saifuddin Nasution Ismail (Machang)

16. Dr Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

17. Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)

18. Dr Zainal Abidin Ahmad (Hulu Selangor)

19. Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu)

20. Zuraida Kamaruddin (Ampang)


PAS 2008


1. Abdul Hadi Awang (Marang)

2. Halim Rahman (Pengkalan Chepa)

3. Che Uda Che Nik (Sik)

4. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

5. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

6. Kamarudin Jaffar (Tumpat)

7. Khalid Samad (Shah Alam)

8. Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa)

9. Mahfuz Omar (Pokok Sena)

10. Mohd Firdaus Jaafar (Jerai)

11. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

12. Dr Mohd Hayati  Othman (Pendang)

13. Nasir Zakaria (Padang Terap)

14. Muhammad Husain (Pasir Puteh)

15. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

16. Nasharudin Mat Isa (Bachok)

17. Roslan Shaharum (Bukit Gantang)

18. Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)

19. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

20. Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang)

21. Taib Azamudden Taib (Baling)

22. Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu)

23. Ibrahim Ali (Pasir Mas)


Bukan Melayu (39)

PKR 2008


1. Tian Chua (Batu)

2. Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya)

3. Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)

4. Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

5. Dr Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

6. N. Gobalakrishnan (Padang Serai)

7. R. Sivarasa (Subang)

8. S. Manikavasagam (Kapar)

9. Tan Tee Beng (Nibong Tebal)

10. Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

11. William Leong Jee Keen (Selayang)


DAP 2008


1. Charles Santiago (Klang)

2. Chong Chieng Jen (Bandar Kuching)

3. Chong Eng (Bukit Mertajam)

4. Chow Kon Yeow (Tanjong)

5. Er Teck Hwa (Bakri)

6. Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

7. Fong Po Kuan (Batu Gajah)

8. Gobind Singh Deo (Puchong)

9. Dr Hiew King Cheu (Kota Kinabalu)

10. John Fernandez (Seremban)

11. Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

12. Lim Guan Eng (Bagan)

13. Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

14. M. Kula Segaran (Ipoh Barat)

15. Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

16. Lim Lip Eng (Segambut)

17. M. Manogaran (Telok Intan)

18. Nga Kor Ming (Taiping)

19. Ngeh Koo Ham (Beruas)

20. Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong)

21. Dr P. Ramasamy (Batu Kawan)

22. Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

23. Karpal Singh (Bukit Gelugor)

24. Sim Tong Him (Kota Melaka)

25. Tan Kok Wai (Cheras)

26. Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

27. Teo Nie Ching (Serdang)

28. Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)


***  ***  ***


Melayu (38)

PKR 2013


1. Johari Abdul Ghani (Sungai Petani)

2. Azman Ismail (Kuala Kedah)

3. Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak)

4. Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)

5. Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota)

6. Fuziah Salleh (Kuantan)

7. Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang)

8. Azmin Ali (Gombak)

9. Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

10. Anwar Ibrahim (Permatang Pauh)

11. Zuraida Kamaruddin (Ampang)

12. Mansor Othman (Nibong Tebal)

13. Rafizi Ramli (Pandan)

14. Shamsul Iskandar Akin (Bukit Katil)

15. Mohd Idris Jusi (Batu Pahat)

16. Mohamad Imran Abd Hamid (Lumut)


PAS 2013


1. Abdul Hadi  Awang (Marang)

2. Izani Husin (Pengkalan Chepa)

3. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

4. Kamarudin Jaffar (Tumpat)

5. Khalid Samad (Shah Alam)

6. Mahfuz Omar (Pokok Sena)

7. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)

8. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh)

9. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

10. Ahmad Marzuk Shaary (Bachok)

11. Idris Ahmad (Bukit Gantang)

12. Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian)

13. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

14. Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang)

15. Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)

16. Mohamed Hanipa Maidin (Sepang)

17. Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas)

18.Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)

19. Raja Kamarul Bahrin Shah (Kuala Terengganu)

20. Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun)

21. Nasrudin Hassan (Temerloh)


DAP 2013


1. Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub)

2. Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) — ???


Bukan Melayu (50)

PKR 2013


1. Tian Chua (Batu)

2. Wong Chen (Kelana Jaya)

3. Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)

4. Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

5. Dr Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

6. N. Surendran (Padang Serai)

7. R. Sivarasa (Subang)

8. G. Manivannan (Kapar)

9. Sim Tze Tzin (Bayan Baru)

10. Tan Kee Kwong (Wangsa Maju)

11. William Leong Jee Keen (Selayang)

12. Gooi Hsiao-Leung (Alor Setar)

13. Michael Teo Yu Keng (Miri)

14. Ignatius Dorell Leiking (Penampang)


DAP 2013


1. DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming (Serdang)

2. Charles Santiago (Klang)

3. Chong Chieng Jen (Bandar Kuching)

4. Sim Chee Keong (Bukit Mertajam)

5. Ng Wei Aik (Tanjong)

6. Er Teck Hwa (Bakri)

7. Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

8. A. Sivakumar (Batu Gajah)

9. Gobind Singh Deo (Puchong)

10. Jimmy Wong Sze Phin (Kota Kinabalu)

11. Wong Tien Fatt (Sandakan)

12. Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

13. Lim Guan Eng (Bagan)

14. Thomas Su Keong Siong (Ipoh Timor)

15. M. Kula Segaran (Ipoh Barat)

16. Teo Kok Seong (Rasah)

17. Lim Lip Eng (Segambut)

18. Nga Kor Ming (Taiping)

19. Ngeh Koo Ham (Beruas)

20. Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong)

21. P. Kasthuriraani (Batu Kawan)

22. Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

23. Karpal Singh (Bukit Gelugor)

24. Sim Tong Him (Kota Melaka)

25. Tan Kok Wai (Cheras)

26. Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

27. Teo Nie Ching (Kulai)

28. Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

29. Lim Kit Siang (Gelang Patah)

30. Liew Chin Tong (Kluang)

31. Seah Leong Peng (Teluk Intan)

32. Ko Chung Sen (Kampar)

33. Oscar Ling Chai Yew (Sibu)

34. Alice Lau Kiong Yieng (Lanang)

35. Wong Ling Biu (Sarikei)

36. Julian Tan Kok Ping (Stampin)


Baca seterusnya :Di sini



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.