Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 19, 2013

KARPAL : DEWAN NEGARA PERLU DIMANSUHKAN

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini berkata perlembagaan persekutuan perlu dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara.


 
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.

"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.

"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahwa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya.





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.