Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 25, 2013

Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS



Pertama sekali, kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang telah menunjukkan tahap komitmen yang teramat tinggi untuk keluar mengundi.

Voter turnout

Pakatan telah menang 89 kerusi Parlimen. Di 76 kawasan dalam senarai tersebut, voter turnout melebihi 80 peratus. Malah di Gelang Patah, seramai 89.1 peratus pemilih telah keluar untuk membuang undi mereka. (Lihat jadual di bawah)


PRU13parlimen1 
PRU13parlimen2
PRU13parlimen3
PRU13parlimen4
PRU13parlimen5
PRU13parlimen6
PRU13parlimen7


Tidak ada satu pun kawasan Parlimen pembangkang yang mana ‘voter turnout’nya kurang daripada 70 peratus. Penyebab utama voter turnout boleh begitu memberangsangkan ialah faktor pendesak “ini kali lah”, jom Ubah.

Mengikut tradisi, voter turnout kawasan luar bandar PAS memang selalunya tinggi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Yang berbeza ini kali ialah di kawasan bandar di mana DAP menang kerusi baru yang tidak pernah atau kurang lazim dikebas parti tersebut.

Contohnya di Kulai, Johor voter turnout adalah setinggi 89.3 peratus dan di Serdang, Selangor, 88.9 peratus.

Sokongan tepu daripada puak Cina

Lima kawasan Cina pekat yang dimenangi DAP mengandungi lebih 80 peratus pemilih Cina, iaitu Bandar Kuching (90.9%), Kepong (90.3%), Seputeh (89.7%), Tanjong (85.2%) dan Cheras (84.1%).

Calon-calon DAP menang dengan majoriti yang terlampau besar: Teresa Kok (51,552 undi), Tony Pua (44,672), Sim Chee Keong (43,063), DOCTOR (PhD) Ong Kian Ming (42,206) dan Karpal Singh (41,778). Undi-undi yang melambak inilah tonggak kepada kelebihan “undi popular” yang diraih Pakatan.

Sebagai perbandingan, PAS menang di Bachok mengalahkan calon Umno Awang Adek Hussin dengan majoriti teramat tipis yakni 201 undi.

Di Kuala Nerus, Terengganu, PAS menang dengan majoriti 610 undi sahaja dan di Bukit Gantang, Perak dengan majoriti 986 undi. Jauh bumi dari langit jika diukur mengikut prestasi hebat DAP di kawasan-kawasan Cina.

Sebenarnya pengerusi DAP Karpal Singh telah bertanding di kawasan 74.5 peratus pemilih Cina manakala “muka Melayu DAP” Zairil Khir Johari diletakkan di kawasan 73.8 peratus pemilih Cina, iaitu Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Jelas sekali para calon bukan-Cina DAP terpaksa berharap dan berpaut kepada sokongan Cina setia terhadap parti mereka.

Pola pemilihan PRU13 menunjukkan bahawa masyarakat Cina ini kali pangkah pada lambang roket dengan tanpa banyak usul-periksa tentang latar perkhidmatan yang pernah (atau langsung tidak) disumbang oleh calon kepada penduduk setempat.

Contohnya DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming menyertai DAP pada lewat Ogos 2012. Bermaksud menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, DOKTOR Ong hanya sempat menjadi ahli parti selama sepanjang tempoh 8 bulan.

Namun gelombang Ubah di kawasan Serdang telah menghadiahkan sebanyak 79,238 undi kepada anggota baru parti evangelis DAP 3.0 tersebut — mencerminkan ianya jenama roket yang berjaya dijaja dan terlalu laris di kalangan orang Cina.

Kuasa Cina, apalagi

Tiga puluh kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang adalah merupakan kerusi majoriti outright Cina di mana kaum Tionghua dengan berdiri sendiri sudah melebihi 50 peratus pemilih.

Sebanyak 42 buah kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang mempunyai pecahan pemilih Cina mengatasi pemilih-pemilih kaum lain. Bermakna 47.2 peratus kejayaan Pakatan digalas bahu Cina.

Daripada 89 calon Pakatan yang menang, 30 orang daripada mereka telah menewaskan calon MCA. Bermaksud satu-pertiga daripada kekalahan BN harus dipertanggungjawabkan kepada kepincangan parti Cina itu.

Calon Cina BN yang mewakili Gerakan di semenanjung, SUPP di Sarawak dan PBS serta LDP di Sabah pun turut kalah juga.

Daripada calon-calon BN yang kalah, seramai 45 orang adalah calon keturunan Cina. Bermaksud lebih separuh daripada beban kekalahan BN harus ditanggung oleh golongan Cina.

Selain DAP, calon-calon PKR yang menang merangkumi wakil Cina parti di bandar-bandar Cina juga, iaitu: Michael Teo di Miri (57.4 peratus pemilih Cina), Sim Tze Tzin di Bayan Baru (48.5% Cina), Lee Boon Chye di Gopeng (46.0%), Wong Chen di Kelana Jaya (41.7%) dan Hee Loy Sian (41.5%).

Calon-calon Melayu PKR yang menerima imbuhan daripada gelombang “Ini Kali Lah” adalah, di antaranya Rafizi Ramli di Pandan (kerusi 48.2 peratus pemilih Cina) dengan menumpaskan MCA, Mohd Idris Jusi di Batu Pahat (45.7% Cina) mengalahkan seorang calon Umno mesra Perkasa yang tidak disukai kaum Cina dan Shamsul Iskandar Akin di Bukit Katil (40.8% Cina).

Mohd Ali Rustam, mantan Menteri Besar Melaka yang dihanyut tsunami di Bukit Katil telah menyifatkan “sentimen perkauman masyarakat Cina yang begitu tebal” sebagai salah satu punca utama beliau jatuh tersungkur.

Turut menjadi mangsa penolakan keras kaum Cina terhadap parti pemerintah ialah seorang menteri beragama Kristian, Bernard Dompok, di Parlimen Penampang yang mempunyai 32.4 peratus pemilih Cina dan 59.6 peratus pemilih kaum pribumi Sabah yang kebanyakan mereka Kadazan-Dusun (Kristian).

Beliau tewas kepada calon PKR Ignatius Dorell Leiking dengan majoriti yang memeranjatkan, iaitu sebanyak 10,216 undi.

PAS mendapat habuan juga

Seperkara yang jarang berlaku sebelum ini ialah kejayaan calon parti Islam merembat kerusi majmuk.

Wakil PAS Dr Che Rosli Che Mat menang di Hulu Langat dan Mohamed Hanipa Maidin di Sepang, dua buah kawasan yang masing-masing mendaftarkan 34.3% dan 34.0% pemilih Cina.

Sementara itu, Mujahid Yusuf Rawa (PAS, Parit Buntar), Idris Ahmad (PAS, Bukit Gantang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Bukit Raja) menang di kawasan yang kesemuanya mempunyai sesuku jumlah pemilih Cina.

Untuk mengetahui trend pengundi Cina yang kian hari kian rapat kepada pembangkang, sila baca analisa maklumat pulangan saluran di kawasan Parlimen Sungai Siput, SINI.

Di Temerloh pula, penyandang jawatan (incumbent) Saifuddin Abdullah – seorang Umno liberal yang merupakan Timbalan Menteri ketika itu – terkejut kalah kepada seorang ustaz PAS, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Nasarudin Hassan.

Selama ini, kerusi Temerloh telah mampu dipertahankan oleh Umno pada tahun 2008, 2004 dan 1999. Ini kali kalah atas gejala Temerloh diduduki 24.2 peratus pemilih Cina yang dijangkiti penyakit gila talak.

Orang Cina yang memekik lolong “Umno rasis” beserta menuduh BN parti perkauman sekarang ini boleh pula mengalih sokongan mereka kepada PAS yang menang 11 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan mono-racial yang semuanya kurang lima peratus pemilih bangsa lain selain Melayu.

Sebaliknya, atas semangat setiakawan, Umno telah mengetengahkan calon-calon MCA di kerusi Padang Serai yang mempunyai 56.3 peratus pemilih Melayu, Bandar Tun Razak yang 52.6 peratus pemilihnya Melayu dan Alor Setar (61.6% Melayu).

Ketiga-tiga calon MCA tumbang.

Pasti ada pihak-pihak dalam Umno yang berpandangan bahawa nescaya diketengahkan calon Melayu di Padang Serai, Bandar Tun Razak dan Alor Setar, akan besar kemungkinan BN tidak kehilangan kerusi-kerusi majoriti Melayu tersebut.

BN pun boleh tukar angin

Jikalau betul kurang 10 peratus sahaja kaum Cina yang kekal menyokong BN maka perhitungan BN pun wajar di’Ubah’ mengikut selera semasa. Lantaran percaturan BN yang nanti wajar bertukar congak agar sepadan, bukan?

MCA telah habis dilanyak di Seputeh di mana DAP memecah rekod dengan mencatat majoriti paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.

Lawan Teresa Kok, iaitu Nicole Wong Siaw Ting, telah memperoleh sejumlah 9,948 undi — iaitu 14 peratus daripada 71,859 undi yang dibuang dan nasib baik tidak hilang deposit.

Sekiranya Nicole telah mendapat 50 peratus sokongan kaum India (bersamaan 1,631 undi) pada hari itu dan 60 peratus sokongan kaum Melayu (bersamaan 2,419 undi), maka beliau mungkin mendapat (9,948 – 1,631 – 2,423 =) 5,894 undi Cina … paling banyak lah.

Unjuran 5,894 undi Cina yang diperolehi MCA adalah 9.15 peratus daripada undi Cina yang dibuang di Seputeh secara keseluruhannya pada 5 Mei 2013.

Nampaknya tepat juga anggaran dibuat kebanyakan para penganalis yang menjangka bahawa kurang 10 peratus undi Cina telah diserahkan kepada BN di kawasan-kawasan bandar.

(Sila rujuk silang unjuran peratusan undi mengikut etnik di kawasan Seputeh, yang saya telah kirakan sebelum ini.)

Segala data yang dikutip mengesahkan perjelmaan satu tsunami Cina. Akan tetapi masih ada pengamal media penyokong tegar Pakatan yang tak habis berbelit-belit. Asyik hendak menafi dan terus menafi hakikat di depan mata.

Untuk membaca selanjutnya tentang kelompok si pemutar alam ini dan konco-konco mereka, sila klik Chua Soi Lek denies MCA asset-stripping allegation‘.


Credit for :Helen Ang


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.