Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 17, 2013

Tsunami Cina: Baling Batu Sembunyi Tangan




Dalam pilihanraya umum yang dijalankan pada tempoh hari, DAP menang 38 kerusi Parlimen. Parti tersebut berjaya menang 10 buah kerusi baru sementara mengekalkan semua 28 kerusinya yang sedia ada.

PAS hilang dua kerusi Parlimen (dulu 23 sekarang 21) manakala PKR hilang satu (daripada 31 kerusi pada Mac 2008).

Kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi DAP kali ini dalam PRU13 ialah:

  1. Gelang Patah — keluar mengundi: 88.9%(pemilih Cina: 52%, pemilih Melayu: 34%, Lim Kit Siang menang dengan majoriti 14,762 undi)
  2. Kulai — 89.2%
  3. (C: 56%, M: 33%, Teo Nie Ching, 13,450)
  4. Kluang — 86.6%
  5. (C: 49%, M: 39%, Liew Chin Tong, 7,359).
  6. Raub — 82.9%
  7. (C: 40%, M: 50%, Sakmongkol, 2,814)
  8. Kampar — 77.2%
  9. (C: 61%, M: 29%, Ko Chung Sen, 5,400)
  10. Sibu — 79.7%
  11. (C: 65%, pribumi: 35%, Oscar Ling, 2,841)
  12. Stampin — 77.2%
  13. (C: 73%, pribumi: 26%, Julian Tan, 18,670)
  14. Sarikei — 77.4%
  15. (C: 66%, pribumi: 24%, Wong Ling Biu, 505)
  16. Lanang — 78:6%
  17. (C: 72%, pribumi: 28%, Alice Lau, 8,630).
  18. Sandakan — 75.3%
  19. (C: 53%, pribumi: 46%, Wong Tien Fatt, 1,088)


Sembilan daripada 10 Ahli Parlimen baru DAP adalah orang Cina.

Sabah dan Sarawak: Empat kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di Sarawak – iaitu Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu (sebelum ini dimenangi DAP dalam pilihanraya kecil) – mempunyai 65-73 peratus pemilih Cina.

Kerusi Parlimen yang baru “ini kali lah” dimenangi DAP di Sandakan, Sabah juga majoriti Cina.

Johor: “Ini kali lah” DAP berjaya menembusi tembok BN di kubu Johor dengan memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah, Kluang dan Kulai dengan majoriti besar beserta mengekalkan kerusi Bakri. Kalau bukan atas undi Cina, siapa lagi?

DAP menampilkan 14 orang calon bertanding kerusi DUN di Johor.

Mereka ialah Tan Chen Choon (Jementah), Lim Eng Guan (Bekok), Ee Chin Li (Tangkak), Chua Wee Beng (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Gan Peck Cheng (Penggaram, Tan Hong Pin (Mengkibol), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Chen Kah Eng (Stulang), Cheo Yee How (Pengkalan Rinting), Dr Boo Cheng Hau (Skudai), Wong Shu Qi (Senai), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas). Kesemua-semua 13 calon Cina menang.

Hanya seorang sahaja calon DAP kalah di DUN Johor, iaitu Shanker a/l Rengganathan di Paloh.

Statistik PRU13

Sejumlah 11,054,577 undi dibuang dalam pemilihan peringkat Parlimen PRU13.

Pakatan meraih undi popular sebanyak 50.9 peratus, yakni 5,623,984 undi. BN hilang sokongan popular dengan mencatat 47.4 peratus / 5,237,699 undi.

Umno parti yang mendapat undi terbanyak, yakni 3,241,286 atau 29.3 peratus undi.

DAP memperolehi 1,736,267 undi, iaitu 15.7 peratus berbanding 882,538 undi (7.98%) yang dipungut MCA. Secara kasar berdasarkan kiraan undi popular, prestasi DAP dua kali ganda lebih baik pencapaian MCA.

Kedudukan kerusi Parlimen:

Umno — 88
DAP — 38
PKR — 30
PAS — 21
MCA — 7
MIC — 4
Gerakan — 1

Kesan pengaruh undi Cina

Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai segelintir sahaja penduduk Cina, masing-masing 3.4% dan 2.6%. Intipatinya pemilih Cina tidak mengenakan apa-apa impak mendalam terhadap kutipan undi di kedua-dua negeri pantai timur tersebut di mana PAS menongkah arus dengan pencapaian yang memuaskan.

Kesan tsunami Cina paling ketara di Johor. Pada tahun 2008, pembangkang menang satu kerusi Parlimen (Bakri) dan empat kerusi DUN.

Dalam PRU13, pembangkang menang lima kerusi Parlimen di Johor — Bakri, Gelang Patah, Kulai, Kluang (semua DAP) beserta Batu Pahat di mana Puad Zarkashi, calon Umno mesra Perkasa yang dipandang sebagai seorang Melayu ultra, telah tewas kepada calon PKR. Batu Pahat ialah sebuah kawasan 45.6 peratus pemilih Cina.

Seterusnya DAP kalah tipis di Labis dan Bentong.

LABIS
  • Peratus mengundi: 84.91% (berbanding 71.82% tahun 2008)
  • Pecahan kaum: M: 36.5%,  C: 46.5%,  I: 15.1%
  • Undi: MCA: 15,821  DAP: 25,568  Majoriti: 353


BENTONG
  • Peratus mengundi: 84.51% (berbanding 72.69% tahun 2008)
  • Pecahan Kaum: M: 44.9%,  C: 43.9%,  I: 9.12%
  • Undi: MCA 25,947  DAP: 25,568  Majoriti: 379


Keputusan di Labis dan Bentong menunjukkan bahawa undi Cina telah berpindah secara besar-besaran kepada DAP dan pembangkang.

Seorang fellow di badan pemikir Penang Institute Dr Wong Chin Huat  berpendapat bahawa undi Cina akan amat kuat pengaruhnya jikalau orang Cina melaksanakan strategi mengundi secara bersatupadu (“vote as a bloc”). Telahan Chin Huat – yang juga seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih – telah dibuktikan sebagai begitu tepat sekali.
[Nota: Penang Institute ialah sebuah think-tank yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng; CEOnya ialah Zairil Khir Johari.]

Voter turnout memberangsangkan

Mengikut laporan Sin Chew pada 29 Mac 2013, pemilih berdaftar Cina berjumlah 3.94 juta orang ataupun hampir 30 peratus daripada pecahan pemilih kesemuanya.

Mengikut kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya, 84.84 peratus pemilih keluar mengundi pada 5 Mei 2013.

Voter turnout secara am sebanyak 85 peratus (angka dibulatkan) adalah amat tinggi. Besar kemungkinan di kalangan hampir 4 juta pemilih Cina itu, voter turnout boleh mencecah 90 peratus ataupun lebih.

Kawasan-kawasan yang dimenangi DAP semuanya menrekodkan peratusan voter turnout yang tinggi. Di Gelang Patah ianya 88.9%, Kulai 89.2%, Kluang 86.6% dan Bakri 86.7%. Maksudnya orang Cina berduyun-duyun keluar memberi sokongan kepada DAP.

 Twitter rajiv4malaysiaBack in City Harvest Church

Screenshot atas: Tweet oleh Rajiv Rishyakaran, pembantu peribadi Hannah Yeoh yang berjaya dilantik menjadi Adun Bukit Gasing, Petaling Jaya “ini kali lah”

 PRU13parlimen2008x

Tambahan undi kepada Pakatan

Pada tahun 2008, Pakatan memperolehi 653,120 undi di Selangor. Dalam pilihanraya tahun ini, undi Pakatan ialah 1,044,758. Tambahan undi kepada Pakatan di Selangor ialah sebanyak 391,638.

Sementara itu, peningkatan undi bagi BN di Selangor dari tahun 2008 ke 2013 hanya  sebanyak 163,411.

DAP amat giat mengusahakan kempen mendaftar pengundi baru. Pada tahun 2008, DUN Subang Jaya mempunyai 33,412 orang pemilih manakala pada tahun 2013, jumlah pemilih kawasan tersebut telah meningkat hampir dua kali ganda kepada 61,688.

Di Pulau Pinang, Pakatan memperolehi sejumlah 492,863 undi dalam PRU13 berbanding 331,771 dalam PRU12. Tambahan undi kepada Pakatan di Pulau Pinang ialah sebanyak 161,092.

Sementara itu, peningkatan undi bagi BN di Pulau Pinang dari tahun 2008 ke 2013 sekelumit sahaja, iaitu 19,691.

Pola yang perlu diperhatikan ialah peningkatan undi yang begitu banyak bagi Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Perkembangan ini dipupuk dengan usaha-usaha mencuci otak menerusi pendedahan tepu kepada media rasmi negeri Selangor TV, Media Selangorku, Selangorkini, Selangor Times dan The Star Metro.

Sekiranya dikaji negeri-negeri yang diperintah BN, tidak terdapat peningkatan jumlah pemilih yang mendadak. Di Pahang contohnya, BN mendapat 337,596 undi dalam PRU13 berbanding 268,288 dalam PRU12, iaitu pertambahan sebanyak 69,308 undi.

Mengikut banci yang dijalankan pada tahun 2010, Pahang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,500,817 dan Pulau Pinang seramai 1,561,383.

Pahang dan Pulau Pinang mempunyai jumlah penduduk yang dekat-dekat sama (1.5 juta) tetapi di Pahang hanya 611,766 orang pemilih keluar mengundi (tidak termasuk undi rosak) berbanding di Pulau Pinang 727,244 (undi sah) dalam PRU13.

Perbandingan Pahang (negeri BN) dan Pulau Pinang (negeri DAP) menunjukkan penyokong parti DAP lebih mengambil berat penglibatan yang aktif dalam politik.

Kesimpulannya DAP sangat cekap dan agresif dalam menanam naluri fanatisme politik dalam sanubari para pengikut mereka.

Pertambahan undi Cina

Dalam PRU13, sebanyak 5,623,984 undi diberikan kepada Pakatan. Dalam PRU12, Pakatan telah mendapat 3,746,028 undi.

Bermakna Pakatan memperolehi tambahan sebanyak 1,877,956 undi.

Tambahan undi kepada Pakatan adalah paling banyak di:
  • Selangor: peningkatan sebanyak 391,638 (naik daripada 653,120 kepada lebih satu juta)
  • Johor: peningkatan 306,617
  • Perak: 175,151
  • Pulau Pinang: 161,092
  • Sarawak: 151,915
  • Wilayah Persekutuan: 125,422
Pulau Pinang

DAP menang semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya di Pulau Pinang.

PKR pula mengetengahkan calon-calon berikut:
  1. Syed Mikael Rizal Aidid (Bertam) — kalah
  2. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Pinang Tunggal) — kalah
  3. Norhayati Jaafar (Telok Ayer Tawar) — kalah
  4. Afif Bahardin (Seberang Jaya) — menang
  5. Norlela Ariffin (Penanti) — menang
  6. Lee Khai Loon (Machang Bubuk) — menang
  7. Ong Chin Wen (Bukit Tengah) — menang
  8. Law Choo Kiang (Bukit Tambun) — menang
  9. Maktar Shapee (Sungai Bakap) — menang
  10. Badrul Hisham Shaharin (Sungai Acheh) — kalah
  11. Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) — menang
  12. Jayabalan A Thambyappa (Batu Uban) — menang
  13. Mohd Rashid Hasnon (Pantai Jerejak) — menang
  14. Abdul Malik Abdul Kassim (Batu Maung) — menang
  15. Mohd Tuah Ismail (Pulau Betong) — kalah
  16. Abdul Halim Hussain (Teluk Bahang) — kalah
Semua calon Cina PKR menang di Pulau Pinang.

Enam calon PKR Melayu di Pulau Pinang kalah:

  • Bertam (pemilih Melayu: 61.9%)
  • Pinang Tunggal (M: 70.2%)
  • Telok Ayer Tawar (M: 65.4%)
  • Sungai Acheh (M: 68.7%)
  • Pulau Betong (M: 59.1%)
  • Teluk Bahang (M: 60.4%)
Pola pengundian menunjukkan bahawa Pakatan ditolak di kawasan-kawasan Melayu pekat di Pulau Pinang.

Perak dan Selangor

Kerajaan negeri Perak 2013 dibentuk oleh 30 orang Adun Umno dan seorang Adun MCA. Calon-calon Gerakan (4), MIC (3) dan PPP (1) semua tewas.

Calon-calon Pakatan yang menang di DUN Perak ialah DAP (18), PKR (5), PAS (5).
DUN Perak dipisahkan mengikut garis pihak pemerintah Melayu di satu belah dan puak pembangkang Cina di belah yang lain.

Di Selangor, kekuatan ketiga-tiga komponen Pakatan adalah setara dengan DAP 15, PAS 15, PKR 14 kerusi DUN dipegang masing-masing.

Pemimpin DAP dan Dapster menguar-uarkan bahawa pemilih mengundi mengikut “urban-rural divide”, yakni orang bandar termasuk kaum Melayu dan generasi muda memilih Pakatan manakala orang kampung memilih BN.

Rumusan ini nampaknya boleh diterimapakai di Selangor. Sudah tentu sekali Melayu yang memilih pembangkang adalah peminat tegar The Star!

Ruj. carta pai: Sebanyak 25 peratus pembaca The Star ialah orang Melayu.

 http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1
http://adqrate.com/newspaper/details?id=32&type=1

Johor dan Sarawak

Terdapat pertambahan besar penyokong Pakatan di Johor dan di Sarawak. Di kedua-dua negeri ini, DAP yang menang besar.

Di Johor, DAP menang 13 kerusi DUN kali ini berbanding 4 pada tahun 2008. PAS menang 4 kerusi DUN di Johor dan PKR satu. Bermakna undi bagi pembangkang di Johor adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.

Di Sarawak, DAP menang 5 kerusi Parlimen kali ini berbanding satu pada tahun 2008.
PKR menang satu kerusi Parlimen Sarawak dan PAS sifar. Bermakna undi bagi pembangkang di Sarawak adalah kebanyakannya undi untuk Cina DAP.

Tahap sokongan Cina bagi DAP

Seputeh

Cuba kita tengok pada kerusi Parlimen Seputeh. Ia kawasan 89.69% pemilih Cina, 5.62% Melayu dan 4.54% India.

Teresa Kok menerima 61,500 undi dan lawannya Nicole Wong 9,948 undi.
Katakan undi golongan pemilih India dibahagikan 50:50. Maka DAP dan MCA masing-masing mendapat 1,631 undi India.

Katakan juga Teresa mendapat undi Melayu 30 peratus (sebenarnya 30% ini satu anggaran yang agak tinggi; sebagai perbandingan, hanya 5 peratus sahaja kaum Cina yang mengundi BN di Selangor mengikut dapatan maklumat oleh pengarah pilihanraya BN Selangor Mohd Zin Mohamed).

Maka kita anggarkan bahawa Teresa Kok telah mendapat 1,212 undi Melayu.
Jadi undi yang terima oleh Teresa daripada pemilih Cina ialah (61,500 undi semuanya tolak 1,631 undi India tolak 1,212 undi Melayu =) 58,657 undi Cina.

Sejumlah 71,859 undi telah dibuang di Seputeh. Dengan menggunakan formula nisbah kaum, lebih kurang 64,450 orang Cina, 4,038 orang Melayu dan 3,262 orang India telah keluar mengundi pada 5 Mei.

Mengikut kiraan yang kita buat tadi, Teresa Kok mungkin mendapat 58,657 undi Cina. Kita telah menganggarkan tadi bahawa 64,450 orang Cina keluar mengundi (voter turnout 83.6% daripada 85,976 orang pemilih berdaftar di Seputeh).

Maka kita boleh buat unjuran bahawa Teresa Kok – yang menang dengan majoriti pecah rekod 51,552 undi – telah berjaya meraih sekurang-kurangnya 91 peratus sokongan pemilih Cina.

Kalau bukan tsunami Cina apa lagi?

Kupasan butir-butir data pilihanraya di atas memberi gambaran kukuh bahawa telah berlaku tsunami Cina dalam PRU13.

Lagipun bukankah DAP telah berkempen bermati-matian di kalangan orang Cina? Ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan raksasa yang menggegar alam di Johor, Pulau Pinang, Perak dan tempat-tempat lain semuanya dibanjiri lautan peserta Cina, bukan?

DAP juga begitu galak menggesa orang Cina yang bekerja di Singapura dan lain-lain negara asing supaya pulang untuk mengundi, sehinggakan perjalanan pulang mereka telah menimbulkan kesesakan lalulintas di Tambak Johor.

Umno yang menang undi Melayu

PAS meletakkan calon di 73 kerusi Parlimen dan yang menang 21. Kawasan-kawasan di mana PAS bertanding adalah kawasan majoriti Melayu. Lantaran itu, kekalahan PAS menggambarkan Pakatan hanya mendapat sambutan suam-suam kuku daripada kaum Melayu, terutamanya di pantai barat.

Pengundi Cina paling tinggi nisbahnya di:
  • Pulau Pinang (53.4 peratus)
  • Wilayah Persekutuan (52.2 peratus)
  • Johor (38.8 peratus)
  • Perak (37.7 peratus)
  • Selangor (34.0 peratus)
Pakatan meraih undi popular paling tinggi di Pulau Pinang (67.8%) dan Wilayah Persekutuan (63.1%). Ini bermakna Pakatan paling popular di dua buah negeri ini yang mempunyai peratusan pemilih Cina yang paling tinggi.

Lantaran itu, kita boleh mengandaikan bahawa sokongan tahap fanatik telah diberikan kepada Pakatan (baca: DAP) oleh kaum Cina.

Kalau Pakatan lebih popular di kalangan orang Melayu, tidak masuk akal PAS akan kehilangan negeri Kedah. Juga Umno menang di negeri Perak atas undi Melayu yang amat mantap.

Kajian oleh Paraman Subramaniam, seorang penganalisa Hindraf, mendapati 15 swing seats yang dimenangi BN kali ini (yang gabungan itu kalah tahun 2008) semuanya kerusi Parlimen majoriti Melayu purata 79.3% dengan pemilih Cina pada purata 11.8%.

Umno telah menang balik 9 kerusi yang BN kalah dahulu. Bermakna BN mendapat balik sokongan swingback orang Melayu.

Sementara itu, Pakatan menang 22 swing seats yang dahulunya milik BN. Sebelas daripada kerusi yang Pakatan menang kali ini mempunyai purata 42.73 peratus pemilih Cina.

Tidak lain dan tidak bukan TSUNAMI CINA !!

Jadi kenapa sekarang ini DAP pula menafikan kejayaan sendiri selepas mereka puas bertungkus-lumus dan berhempas-pulas untuk mencetuskan satu Pemberontakan Cina? Ish, ish, ish. Lembu punya susu hendak diberikan nama kepada sapi gak.

Lagipun MCA, Gerakan dan SUPP sudah bungkus. Bukankan lingkupnya ketiga-tiga parti Cina ini kesan tsunami yang digerakkan DAP?

Malah dua orang calon MCA di Pulau Pinang telah hilang deposit — Lau Chiek Tuan di Berapit and Loke Cheang Gin di Pengkalan Kota.

Fakta-fakta yang dikupas di atas serta kemenangan besar DAP di depan mata mengesahkan bahawa sememangnya telah terjadi tsunami Cina.

Penafian DAP sebagai langkah damage control (mengawal keadaan) memandangkan wujud backlash kemarahan orang Melayu hanya membayangkan sifat hipokrit evangelista DAP yang membaling batu tetapi cuba menyembunyikan tangan.

DAP sekadar mahu menipu dengan penafian bodoh sepetnya bahawa tsunami Cina tidak pernah terjadi.

Apa lagi Cina mahu? Cina mahu agar Melayu senantiasa lurus bendul serta telan bulat-bulat segala dolak dalih yang dikeluarkan politikus putar belit evangelis DAP 3.0 mereka.


Baca seterusnya : Di sini


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.