Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, October 25, 2013

137 Wakil Rakyat Islam Siapa Yang Tidak Sokong Hudud



Salam kepada semua penyokong-penyokong pembangkang Pakatan Rakyat!

Tak perlu ragu-ragu lagi bahawa DAP tetap menentang pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud biarpun Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya. Sudah diduga Karpal Singh tetap dengan pendirian tegasnya sejak dahulu lagi.

Cuma pemimpin PAS sahaja buat-buat tak faham. Pemimpin utama PAS sengaja menyembunyikan masalah ini kerana mahu bersama DAP menumbangkan kerajaan BN. PAS sanggup mengubah dasar perjuangan PAS kerana mahu bersubahat dengan DAP dan PKR menggulingkan kerajaan pemerintahan orang Melayu.

PAS sedar bahawa PAS bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS sedar bahawa jika menang sekalipun PAS tidak akan dapat menukarkan perlembagaan persekutuan. Untuk menukarkan perlembagaan persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 2/3 dari ahli-ahli parlimen. Sedangkan jumlah calon PAS sendiri pun tidak melebihi 2/3 dari jumlah keseluruhan calon Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS bukan tidak tahu perhitungan itu semua.

Dasar perjuangan PAS telah berubah kerana menjaga hati kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat. PAS semakin bertolak ansur dalam perjuangan untuk mempertahankan kedudukan Islam yang sedia ada. PAS pentingkan kuasa politik. PAS tetap akan meneruskan agenda menjatuhkan kerajaan Malaysia yang diiktiraf dunia sebagai sebuah negara Islam contoh. PAS mahu berpakat dengan DAP dan PKR kerana pemimpin PAS sayangkan kedudukan jawatan yang mereka pegang sekarang ini. Cakap-cakap PAS memperjuangkan Islam cuma cakap-cakap politik semata-mata seperti kata TG Nik Aziz suatu masa dahulu.

Sebenarnya kedudukan dalam parti dan kerajaan menjadi keutamaan mereka. Dengan sebab itulah TGNA tidak mahu melepas jawatan dalam politik dan kerajaan PAS di Kelantan. TGNA merupakan MB paling lama dalam dunia. TGNA pernah menyindir Dr. Mahathir yang mahu memegang jawatan PM begitu lama. Tapi apa yang dikatakan oleh TGNA sudah terkena kepada dirinya sendiri. Beliau hanya melepaskan jawatan MB selepas PRU 13 yang lalu.

Untuk mengekalkan kedudukan itu, PAS sanggup menukarkan perjuangan sebuah negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. PAS mementingkan persahabatan dengan golongan DAP kafir untuk menjatuhkan negara Islam. PAS menolak persahabatan sesama bangsa dan seagama kerana mahu menggulingkan kerajaan UMNO/BN melalui pakatan dengan parti DAP kafir harbi.

Ustaz Kazim selaku pendakwah bebas telah menegur perjuangan PAS dengan berani melalui ceramah-ceramahnya. Katanya, perkembangan Islam yang terlaksana pada hari ini perlu dipertahankan. Jika ada kelemahan dan kekurangan boleh kita tampung-tampungkan bukan memusnahkan keseluruhannya. Katanya lagi, yang akan ganti belum tentu baik, entah lebih teruk lagi dari apa yang kita lihat sekarang. 

Ustaz Kazim bercakap atas dasar perjuangan Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Beliau melahirkan kebimbangan dasar perjuangan PAS yang kelihatan semakin membawa kehancuran kepada kedudukan bangsa Melayu dan agama Islam yang masih dapat dipertahankan ketika ini melalui kerajaan sedia ada. Marilah kita semua orang-orang Islam terutama penyokong-penyokong PAS dan PKR agar dapat kembali kepada jalan Allah SWT. Buangkan sedikit sikap ketaksuban melampau kepada pemimpin-pemimpin. Itulah antara sebab utama pemikiran penyokong-penyokong PAS begitu tertutup untuk mencari kebenaran bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Wallahu alam


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.