Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 1, 2014

WARDINA 'GILA DAN MENGHINA' BUAT FITNAH TERHADAP DBKL!!!


Andaikata sesiapa yang terbaca status Si Wardina tu dalam laman media sosial Facebook milik dia dah tentu - tentu mereka akan turut bersetuju dengan apa yang dinyatakannya.

Dah tentu - tentu diorang akan anggap kenyataan Si Wardina tu benar. Diorang pun mesti terpengaruh dengan dakyah yang cuba hendak disebarkan oleh Si Wardina tu sebelum ini.

Walhal, kenyataan Si Wardina tu bukannya berlandaskan kepada bukti atau penjelasan yang sewajarnya oleh pihak DBKL sendiri. Maka, tak salah kalau kita kata yang Si Wardina tu memang sengaja nak buat fitnah.

Sepatutnya, sebagai seorang yang bertanggungjawab, Si Wardina ni perlu mencari pengesahan mengenai berita yang dia dengar dari mulut orang sebelum ianya disebarkan dalam laman media sosial.

Sepatutnya, sebagai seorang yang bertanggungjawab, Si Wardina ni perlu mencari penjelasan yang betul dari pihak berkenaan sebelum dia nak sebar dakyah songsang ikut sedap hati dia je.

Tapi malangnya, Si Wardina ni lebih suka mengambil jalan mudah dan terus melulu membuat tuduhan terhadap DBKL sehingga akhirnya ianya menjadi fitnah terhadap pihak tersebut.

Nah! Sekarang, apa yang Si Wardina tu nak buat? Adakah dia hanya akan mendiamkan diri atau dia akan memohon maaf diatas kekhilafan yang telah dilakukannya? 

Tak jatuh imej seorang selebriti kalau mintak maaf ni Wardina oi!!! Tu pun kalau dia seorang yang bertanggungjawab. Kalau tidak, kita tau la dia jenis manusia yang macam mana!!! Jangan sibuk nak 'Gila dan Menghina' orang lain sedangkan diri sendiri pun tak berapa betul!!!



Penjelasan dari DBKL

Baca apa kata SemutHitam

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.