Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, February 28, 2014

HARTA KARUN NABI SULAIMAN! BALA TENTERA JIN YANG MENJAGANYA?






BENTENG JAYAPURA STOR KHAZANAH HARTA KARUN NABI SULAIMAN

Simpanan emas bangsa Melayu sememangnya dicemburui oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Di mana sahaja bangsa Melayu menegakkan satu tamadun di situlah melimpah ruahnya kekayaan yang dihasil dan dikumpul oleh bangsa ini.

Samada di zaman kuno Mesir mahupun di tamadun Aztecs, Olmec atau Maya yang merentasi samudera Pasifik dan Atlantik, emas merupakan tanda mercu bukti budaya tinggi yang wujud seiring dengan ketamadunan yang di bawa.

Bahkan setiap kali berlaku penjarahan dan penjajahan di bumi Melayu di Nusantara atau di mana Melayu mencacakkan tiang ketamadunan, antara matlamat utama adalah sasaran kepada simpanan emas yang tidak terhingga banyaknya.

Jika Indonesia pada tahun 1963 boleh menyerahkan 56,000 tan emas kepada Amerika Syarikat sebagai sandaran matawang dolar, bayangkan berapa jumlah sebenar emas yang masih tersimpan di Alam Melayu dari Madagascar ke Hawaii, Nusantara ke Kepulauan Polinesia.

Bayangkan juga betapa jumlah emas yang tersimpan dalam Imperium Melaka apabila Alfonso d'Albuquerque mencuri harta kepunyaan sultan Melaka bernilai lebih 3 bilion dolar Sepanyol ketika itu atau lebih RM3 trilion pada nilai sekarang.

Leluhur Melayu dikatakan mempunyai kaitan darah dengan Nabi Sulaiman a.s., seorang nabi yang dianugerahkan Allah swt bukan sahaja dengan darjat sebagai seorang raja tetapi juga kekayaan yang tiada tolok bandingnya sejak Adam a.s. hingga ke akhir zaman.

Kekayaaan yang dikumpulkan oleh kerajaan Nabi Sulaiman Darul Iman adalah hasil daripada anugerah Tuhan yang diberikan kepada baginda samada di darat mahupun dari dalam lautan yang dalam.Nabi Sulaiman diberikan kekuasaan untuk mengawal makhluk-makhluk seperti angin, api, jin, syaitan dan juga pepohon dan segala jenis binatang yang melata di atas muka bumi dan juga di laut.

Di dalam Al Qur'an di sebut munajat Nabi Sulaiman a.s. kepada Allah swt agar dikurniakan sebuah kerajaan yang besar yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa.

"...dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."

(Surah Shaad 38:35)

Menurut KH Fahmi Fasha, dengan kekuasaan jin dan syaitan inilah Nabi Sulaiman membina mercu tanda yang masih wujud ke hari ini seperti Borobudur di Pulau Jawa.

Dengan izin Allah swt, Nabi Sulaiman mampu memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan struktur yang besar dan hebat termasuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba’.

Malah segala kekayaan yang terkumpul sepanjang kerajaan Nabi Sulaiman masih kekal selamat daripada di sentuh oleh tangan manusia hingga hari kiamat.

Antara kubu rahsia tempat simpanan harta karun dan kekayaan Nabi Sulaiman dikatakan terletak di bawah laut di kepulauan Irian Jaya berhampiran Jayapura.

Ianya adalah dalam bentuk struktur bangunan yang amat besar dan menggerunkan di bawah laut mirip benteng sepanjang 110km dengan dimensi setinggi 1,860 meter dan lebar 2,700 meter.

Kehebatan struktur yang berbentuk dinding atau tembok ini terletak pada seni pembinaan yang begitu lurus dan sempurna sepanjang 110 km yakni tidak ada bengkang bengkok.

Fakta ini lantas menolak sebarang kemungkinan dinding yang dikenali sebagai Benteng Jayapura dibuat oleh peradaban manusia atau mana-mana tamadun di dunia ini.

Bangunan tertinggi di dunia setakat ini adalah Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter manakala ketinggian Benteng Jayapura melebihi dua kali ganda setinggi 1,860 meter!

Koordinat pada google map, meletakkan lokasi benteng ini di Lautan Pasifik di bahagian utara dari Irian Jaya) pada 1 59 46.6s dan 141 29 24.6239e.

Misteri siapa yang membina Benteng Jayapura boleh difahami melalui ayat Al Qu'ran ang menceritakan mengenai peranan jin dan syaitan yang bekerja di bawah perintah Nabi Sulaiman a.s.

"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).

"Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu."

(Surah Shaad 38:37-38)

Dari ayat di atas maka bolehlah dirungkai bahawa Benteng Jayapura juga kemungkinan besar adalah warisan peninggalan Nabi Sulaiman a.s. yang dibina atas perintah baginda.

Maka Benteng Jayapura di bina oleh jin dan syaitan atas perintah Nabi Sulaiman a.s. dan bukan atas daya manusia kerana perlaksanaan pembinaan seumpama itu adalah mustahil.

Guna apa struktur tersebut jika tidak untuk menyimpan sebahagian besar dari khazanah kekayaan Nabi Sulaiman a.s. dalam pelbagai bentuk yang boleh dibayangkan seperti jongkong emas, intan permata, berlian, mutiara dan sebagainya.

Mungkin ramai yang mahu menyelam atau menceroboh Benteng Jayapura tetapi Allah swt telah mengatakan bahawa ia tidak mungkin boleh diambil oleh sesiapa pun kerana dijaga rapi dan ketat oleh bala tentera jin dan syaitan!

Gambar Wanita Bertudung Melutut,Sembahyang dalam Gereja???


Lewat malam semalam sekeping gambar yang memaparkan aksi seorang wanita memakai tudung seperti kebanyakan orang Melayu di Malaysia tersebar di laman media sosial.

Gambar tersebut juga diturut dikirimkan melalui khidmat pesanan whatsapp yang mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.



Namun dari tinjauan yang dibuat, tidak dipastikan dimana gambar tersebut diambil. Cuma persoalan yang dibangkitkan dalam ruangan komentar mempertikaikan mengenai tindakan wanita tersebut.

Adakah gambar berkenaan tulen atau telah di edit? Wallahualam.

Wednesday, February 26, 2014

Anwar Untuk MB Selangor – Siapa Redzuan Yang Memperkudakan ‘UMCEDEL”?


Suatu Pendedahan – Ahli Akademik Atau Balaci Anwar 

5 hari yang lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan momokan melalui kajian oleh pihak UMCEDEL. Mengikut kenyataan tersebut difahamkan pihak UMCEDEL yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman menyatakan rakyat Selangor cenderung memilih Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

 


Mengikut dua contoh infografik peratusan UM Poll yang dilaksanakan oleh UMCEDEL, Anwar Ibrahim dipersetujui ramai oleh rakyat Kajang untuk menggantikan Khalid Ibrahim bagi kerusi Menteri Besar Selangor.

Ironi sungguh keputusan kajian tersebut yang dikatakan telah dijalankan kajian secara bersemuka dengan semua bangsa di 16 kawasan derah mengudi Kajang secara rawak melalui soalan kaji selidik berstruktur.

Nampak bias dan tidak telus kajian tersebut jika diteliti semula. Persoalannya, siapa yang menjadi pengarah dan pelakon dalam satira kaijan perihal Menteri Besar Selangor ini? Kenapa isu Menteri Besar dimainkan walhal sepatutnya isu PRK Kajang yang lebih serius diperbincangkan?


Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman - UMCEDEL Atau ABIM? 

Dia merupakan seorang Dekan bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang juga pensyarah di Jabatan Sejarah di Fakulti Tersebut. Banyak jawatan lagi yang dia pegang selain Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Calon Staf Akademik Universiti Malaya (Punca ramai pembangkang dalam UM).


Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Redzuan juga terlibat dalam gerakan menukar TNC HEP bagi Universiti Malaya kerana yang sedia ada dikatakan Pro-UMNO. Sesuka hati buat Universiti macam Anwar yang punya!

Apa yang dirahsiakan daripada kita adalah tentang hubungan baik Redzuan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada zaman mahasiswa lagi. Dia pernah memegang jawatan SUA PMIUM ketika era mahasiswa lama.

Dia juga merupakan Exco Antarabangsa bagi PKPIM ketika Anwar Ibrahim masih lagi bersama ABIM. Inilah manusia yang menjadi boneka Anwar dengan kepimpinan Universiti Malaya. Malahan dia juga orang penting dalam menghasut Ghauth Jasmon yang menarik hati Anwar Ibrahim.

Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab membuka pintu kepada Nurul Izzah untuk menjadi panel dalam forum-forum anjuran dalam Universiti Malaya. Apakah keputusan kajian itu telus setelah kita tahu bagaimana hubungan mereka terjalin?

Kajian – Bias dan Tidak Adil? – Zaid Ibrahim 


Kajian yang dilakukan hanya melibatkan sampling yang telah dianggap mewakili keseluruhan rakyat merupakan satu perkara yang was-was. Ia hanya sesuatu yang dibuat berdasarkan atas kertas sahaja. Bayangan tidak mencerminkan realiti.

Tidak boleh dinafikan melalui dispilin akademia namun kebenaran yang kemungkinannya berubah mengikut musim serta sifat bias tidak boleh digunapakai. Zaid Ibrahim sendiri yang mendedahkan hubungan Anwar Ibrahim dengan Redzuan yang turut sama-sama berjuang dalam ABIM suatu ketika dahulu.
Khalid Ibrahim Sangkal Dakwaan Kajian Redzuan! 


Khalid Ibrahim yang kini masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan merupakan Pengarah Pilihanraya untuk PKR menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kajian yang dijalankan.

Orang sedang memegang takhta kerusi itu sendiri menjadi pelik dan hairan. Khalid sendiri mempersoalkan kesahihan kajian UMCEDEL tersebut. Gambaran yang diberikan hanya bersifat akademik yang ditinta atas kertas sahaja tanpa mengikut kehendak rakyat.


Kajian yang memutar belitkan itu mengikut kenyataan Khalid hanyalah satu status bukan fakta. Dahulu pun UMCEDEL pernah keluarkan kajian yang tidak tepat dan masuk akal juga.



Bancian Blog – Mana lebih tepat?


Dari bancian blog 
The Unspinners

Sah mengatakan tiada satu pun harapan pembangkang untuk menjadi calon Menteri Besar dipersetujui oleh rakyat. Bagaimana kajian yang UMCEDEL keluarkan boleh kata rakyat nak tukar Menteri Besar?

Kajian UMCEDEL hanya di Kajang tidak mewajahkan rakyat Selangor secara keseluruhan. Permainan kajian tidak berasaa ini sudah lapok. Ketahuilah orang yang buat semua benda ini terdiri daripada konco-konco Anwar juga. 

Air Selangor : Bukti Pembangkang Gagal Malahan Anwar Bakal Pandu Selangor Ke Gaung Kehancuran

khalid anwar

Pakatan pembangkang mempunyai kepakaran mencipta provokasi dan fitnah.  Namun mereka GAGAL sebagai  pentadbir yang memegang amanah rakyat di beberapa buah negeri yang dibawah kuasa mereka seperti Selangor, Pulau  Pinang dan Kelantan.  Pembangkang sebenarnya tidak layak mentadbir walaupun sebuah kampung pun kerana mereka tidak mempunyai kepakaran urustadbir melainkan membangkang dengan alasan-alasan “bodoh” sekadar mencetuskan  kesangsian.
 
Bakat membangkang segala perancangan terbaik  yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya mengundang “bala” kepada rakyat .  Namun rakyat  Selangor sepatutnya sedar bahawa kesalahan mereka mengundi pakatan pembangkang sebagai pemerintah Selangor  akhirnya memberi natijah yang buruk  dan mereka terpaksa telan walaupun pahit hakikat ini.
 
Perangai “bodoh sombong” pembangkang yang  menentang Projek Langat 2 semata-mata keegoaan melampau sekadar untuk menyatakan bahawa mereka tidak perlukan kerajaan Barisan Nasional  ini telah meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang paling bodoh.    Kepentingan rakyat  telah mereka perjudikan dan persendakan.
 
Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 . Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 yang  tidak dapat dipenuhi.Ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di   Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.
 
Sebelum ini Kerajaan pakatan  Selangor  telah memilih 17 buah lombong yang sesuai dijadikan sumber air alternatif kononnya kerana  kos rawatan air kolam bekas lombong itu adalah lebih murah,  lebih rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpalan mendakan.  Kononnya  kolam bekas lombong ini boleh diintegrasikan dengan aliran banjir air sungai bagi menambah isi padu kolam kerana apabila  hari hujan, air akan dialirkan masuk ke dalam kolam. Apabila musim kering air kolam digunakan sebagai sumber bekalan air.
 
Dan  pada 14 Julai 2012, Kerajaan pakatan Selangor juga  asyik menyalahkan syarikat konsesi Syabas kononnya tidak berkemampuan  Mereka  melenting apabila Syabas mahu membuat catuan apabila paras air terawat di kolam takungan (bukan empangan) kurang 20 %. Mereka juga enggan mewartakan pelarasan tarif sebagaimana perjanjian konsesi dengan alasan air mentah di tujuh empangan memang cukup.
Akhirnya  Khalid Ibrahim mengakui wujudnya masaalah paras air di Selangor.  Dalam waktu yang sama Khalid tidak boleh berdolak dalih dan mengelirukan rakyat tentang isu air ini. Sebelum ini Menteri Besar Selangor ini kerap kali menepis hakikat kebenaran kekurangan air di Selangor. Kononnya bekalan air mencukupi untuk rakyat Selangor.  Akhirnya juga  pakatan di Selangor “menghargai” dalam keterpaksaan  peranan yang dijalankan oleh SYABAS dalam situasi yang cukup meruncing ini.  SYABAS lah yang akan mengagihkan catuan air ke tempat-tempat yang bermasalah.
 
Keengganan Khalid untuk melaksanakan Projek Langat 2  membawa akibat yang cukup buruk. Sepatutnya  Projek Langat 2 telah dilaksanakan  dapat  meningkatkan keupayaan pengagihan air disamping  mengurangkan kadar  kehilangan air  sebagai  “non-revenue water”. Pembangkang gagal sebagai pemerintah Selangor  untuk  menjalankan tanggungjawab  mengawal dan membekalkan air kepada  syarikat konsesi yang menguruskan Loji Rawatan Air.
 
Ironi nya juga apabila Khalid telah menuduh SYABAS tidak  memberi  jadual  pengagihan air  sedangkan  jadual tersebut telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari.   Ini berikutan dengan penutupan Loji Batu 11 Cheras and Bukit Tampoi yang telah dibentangkan kepada kerajaan Selangor pada 18 Februari. Ini lah akibatnya apabila sikap memutarbelit fakta sentiasa ada dalam diri pembangkang. Mereka akan terdorong dengan sendirinya untuk menipu.
 
Kini  kedengaran ura-ura Anwar mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Sekurang-kurangnya Khalid ada latar belakang korporat sebelum ini. Anwar ini hanya berkelulusan sastera Melayu sahaja. Kepakaran paling nyata beliau ialah “mengayat” rakyat dengan tujuan menipu sehingga rakyat yang  tidak mampu berfikiran waras terbawa-bawa  dengan ideologi jahat Anwar Ibrahim.  Hancur lagi lah Selangor jika Anwar jadi MB.   Rakyat bakal ditabur dengan janji indah dan mimpi bulan bintang sedangkankan hakikatnya Anwar bakal memandu Selangor ke dalam gaung kehancuran. 

Rafizi Bongkar Ketidak Telusan Dan Kronisme Pakatan Pembangkang?

kroni1

Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan  ketidak telusan di dalam operasi pakatan pembangkang.  Sebelum ini  mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional kononnya  mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega  dan pentadbiran.


Baru-baru ini  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  telah  mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan. Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu.  Dalam tempoh pendek lebih setahun Zaid Ibrahim  menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

Menurut pengakuan Rafizi sendiri,  beliau   sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor  pernah didatangi   oleh  Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau .  Rafizi  juga  turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Begitu juga dengan amalan kronisme yang kononnya di amalkan oleh Barisan Nasional.  Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah Barisan Nasional ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam pentadbiran mereka sendiri.




Sebelum ini  Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008. Beliau juga turut mendakwa mempunyai  butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.
Pada Ogos 2008, Khalid Ibrahim  mengumumkan  kononnya  Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak yang  bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan.  Pada 2009 pula RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah  mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah.

 
Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya. Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanya lah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk  berjuang demi rakyat dan untuk rakyat.  Maka para pengundi PRK Kajang perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak pakatan pembangkang yang hanya menabur racun kepada rakyat Selangor. 

Azmin Ali Saman Suara Keadilan?

Azmin Ali merajuk

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dilaporkanan memulakan tuntutan saman ke atas akhbar partinya Suara Keadilan berikutan beberapa artikel yang dikata “menyerang” beliau. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah politik negara apabila seorang pemegang jawatan besar menyaman akhbar partinya sendiri.
Menurut Malaysiakini.com, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah melantik Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nor Manuty mengetuai jawatankuasa menyiasat dakwaan mengenai tindakan Azmin tersebut. 

SAMAN RM2 JUTA: Bab Duit, PAS Tak Cikai… Bab Maruah Jer, Bukan Cikai Lagi Bahkan BONCAI!


Saman RM2 juta yang dibuat oleh Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang merupakan antara intipati perbualan di kalangan para penyokong PAS Bandar Baru Bangi, serta di tempat-tempat juga benda yang sama menjadi isu yang seronok diperbualkan.

Menerusi perbualan dengan sahabat-sahabat dari PAS itu, penulis dapat merumuskan satu sahaja perkara iaitu, PAS sebenarnya tidak gusar dengan RM2 juta yang perlu dibayar kepada Shamsul Mohd Amin yang perasan, pengedar pil kuda yang dikatakan oleh Hadi Awang adalah dirinya. Bahkan kalau saman RM200 juta pun, PAS tidak kisah pun.

Yang dikisahkan sekarang adalah MARUAH PARTI. Presiden PAS adalah maruah PAS. Apatah lagi dengan gelaran Tok Guru yang diberikan kepada Abdul Hadi Awang, memerlukan perhatian yang bukan kecil. Memang benar seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, RM2 juta bukannya banyak mana. PAS bukannya secikai yang difikirkan. PAS bukannya marhein dan PAS juga bukanlah papa.

Kalau Mahfuz Omar tak cakap pun, semua orang tahu, PAS memang kaya. Hampir setiap malam, tabung dan pot tin milo PAS bergerak menjana pendapatan buat parti tersebut hasil daripada meminta sedekah daripada ahli-ahlinya. Lagipun dengan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah sebelum ini, tentu sekali RM2 juta tidak ubah seperti meminta 20 sen daripada seorang yang sedang memegang uncang wang emas.

Apatah lagi sekarang ini, sudah ada beberapa orang tokoh korporat dan VVIP dari UMNO yang sanggup membuat pembayaran bagi pihak Abdul Hadi Awang. Justeru, RM2 juta bukannya masalah besar pun.

Mungkin kalau yang menyaman Hadi Awang adalah Presiden parti atau pemimpin-pemimpin besar parti, tidaklah menjadi soal. Apatah lagi isu yang jadi pertikaian pula adalah isu PENGEDAR PIL KUDA. Isu tersebut adalah isu jenayah yang seharusnya menjadi kes polis. Namun ketidaksanggupan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri untuk membuat laporan polis sekalipun Hadi Awang menyatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan individu tersebut adalah pengedar pil kuda, sememangnya menunjukkan kecetekan pandangan politik mereka.

PAS dan PKR walaupun berada dalam satu kem iaitu Pakatan Rakyat, ibarat warna hitam dengan putih. Terlalu besar perbezaan antara PAS dengan PKR. Apatah lagi PKR sendiri merupakan sebahagian daripada barah, bisul, tokak dan kudis dalam UMNO yang memisahkan diri kerana sedar, mereka tidak akan pergi ke mana-mana melainkan mereka menentang UMNO sendiri. Sedangkan PAS yang bermodalkan Islam sebagai penjana kempen politik mereka pula, adakalanya lebih keras tindak-tanduk mereka berbanding Wahabi dan Kaum Muda, manakan boleh berlembu dan bertoleransi dalam banyak hal.

Dek kerana itulah, apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada LGBT dan pemurtadan umat Islam, apabila PAS secara sembunyi-sembunyi memberikan sokongan kepada PKR dalam isu-isu tersebut, PAS menjadi sasaran kemarahan sehingga akhirnya PAS kehilangan Kedah yang mereka kuasai secara selesa pada tahun 2008. Beitu juga dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen PAS berpindah kepada UMNO.

Semuanya kerana sokongan PAS kepada PKR yang tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS sendiri.

PAS mungkin boleh bayar saman tersebut tanpa perlu bersusah payah. Namun imej Hadi Awang sebagai Presiden parti, telah tercalar teruk. Lebih-lebih lagi menjelang PRK DUN Kajang di mana kebanyakan Melayu-Islam di DUN Kajang, merupakan penyokong tegar PAS dan undi mereka amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, peratusan Cina sebagai pengundi di DUN Kajang juga melebihi 40%.

Para sahabat dari PAS yang penulis temui semalam, lebih memberatkan isu maruah. PKR kata mereka perlu diajar. Rayuan untuk mengurangkan jumlah saman tersebut, tidak sepatutnya dilakukan. Bahkan bayaran perlu dibuat sesegera mungkin. Namun pada masa yang sama juga, PAS perlu mengajar PKR agar tidak memperlekehkan dan memperbudak-budakkan PAS. PRK DUN Kajang kata mereka lagi, seharusnya dijadikan sebagai pemangkin kepada gerakan tersebut. Biar selepas ini, bekas-bekas ahli UMNO yang mempunyai pelbagai masalah peribadi itu sedar diri bahawa yang benar-benar memerlukan sokongan adalah PKR, bukannya PAS.

Cuma satu sahajalah yang penulis dapat katakan, semangat yang berkobar-kobar dan cakap yang berdegar-degar itu, sekadar sesama sendiri sahaja. Apabila di hadapan orang PKR, bukan kata lembik, bahkan tak disuruh pun orang PAS akan menjilat telapak kaki orang PKR dengan rela hati walaupun terpaksa menanggalkan serban dan jubah yang dipakai! 

PANAS BERAPI! SYARIKAT DAWAMA YANG HAMPIR MUFLIS DISAMBUNG KONTRAK LAGI OLEH KERAJAAN???


DAWAMA! Nama pelik sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh DBP untuk mencetak, mengedar dan bermacam lagi. Tujuan asal dibuat untuk membantu pengusaha Bumiputra tetapi entah dimana silapnya ianya menjadi satu bala bencana pulak untuk pengusaha bumiputera.

Apa yang aku cerita ni adalah apa yang aku baca di blog G'Mei Awakening, KLIK SINI

Benda yang sama juga dinukilkan oleh blogger Flying Kick  dan Parpukari di blog mereka.

Dawama Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Oktober 1999, sejurus sebelum bekas Ketua Pengarah DBP, Aziz Deraman menamatkan tugasnya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Entah apa mandrem dan mantera yang digunakan, Dawama yang jelas tidak menggunakan modal, diberikan pelbagai keistimewaan, termasuklah pejabat, stor, kilang mencetak, bahkan kakitangan, bangunan dan peralatan menulis.

Dan kesemua itu disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerja Dawama ialah mengambilalih semua kerja-kerja mencetak, memasarkan dan mengedar buku-buku terbitan DBP. Dan keistimewaan terbesar Dawama adalah mereka mendapat bahagian terbesar dalam penerbitan dan percetakan buku-buku teks untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Sepatutnya secara logik, syarikat yang tidak memerlukan sebarang modal sebaliknya diberikan modal terpijak, mencatatkan keuntungan yang sangat besar dan tidak boleh rugi. Tidak ada syarikat penerbitan dan percetakan yang menerbit dan mencetak buku teks rugi kecuali Dawama. Lebih malang lagi, Dawama yang sepatutnya mengembangkan lagi ekonomi Bumiputera terutama yang bergiat dalam industri percetakan dan penerbitan, tidak mampu berbuat begitu. Sebaliknya yang wujud hanyalah syarikat-syarikat percetakan yang berurusan dengan Dawama, kini diambang kemuflisan kerana perkhidmatan mereka tidak dibayar.

Dawama diberikan konsensi selama 12 tahun bermula dari tahun 2002. Sepatutnya syarikat yang mencatatkan kerugian besar seperti Dawama tidak lagi diberikan sebarang keistimewaan bahkan syarikat tersebut PERLU DIHALAU SEPERTI ANJING BURUK KEPALA kerana mereka tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menunjukkan bagaimana tidak mampunyai orang Melayu berniaga kerana gelap mata dan mudah sangat terdorong untuk menyeleweng.

Pada akhir 2010, Dawama gagal menjalankan kerja percetakan buku teks Kementerian Pendidikan sekaligus memberikan gambaran buruk syarikat Bumiputera gagal melaksanakan projek bernilai RM120 juta setahun. Pada November 2012, Dawama gagal membayar hutang kepada pengusaha Melayu dan akhirnya tunggakan tersebut dibayar oleh DBP namun masih ada pihak yang terlibat belum mendapat bayaran.

Sudah kedengaran ura-ura kononnya konsensi untuk Dawama akan disambung. Kalau benarlah itu yang akan dilakukan oleh kerajaan, sesungguhnya kerajaan hanya mencari masalah. Isu Dawama dan kerugian yang sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan perkara sebenar, bukannya isu kecil. Bahkan mendapat perhatian dan hebat diperkatakan di kalangan pencetak dan penerbit Bumiputera di Malaysia.

Timbul persoalan, bagaimanakah sebuah syarikat yang telah mencatat kerugian besar selama beberapa tahun berturut-turut masih lagi diberikan kepercayaan dan konsensi untuk menerbit, mencetak, memasar dan mengedar buku-buku teks keluaran DBP?

Apakah sudah tidak ada syarikat-syarikat lain yang mampu melaksanakan tugas tersebut sedangkan selama ini, syarikat-syarikat kecil itulah yang menyelesaikan kebanyakan kerja-kerja Dawama sepertimana yang berlaku pada tahun 2010 apabila Dawama gagal menyiapkan pesanan buku-buku teks.

Mengapa terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada syarikat yang dinamakan DAWAMA yang nyata sekali TIDAK BERGUNA LANGSUNG kepada ekonomi Bumiputera?

MP: Malang sekali kalau kontrak DAWAMA disambung semula. Apa perlu bagi pada syarikat yang memang sudah ada track rekod yang buruk? Untuk apa? Takkan nak jaga seseorang sampai nak bunuh pengusaha bumiutra yang lain? Aku tak boleh terima la macam ni.

Aku harap PM akan dapat buat sesuatu dan seterusnya pada pandangan aku diberikan semula kepada DBP untuk uruskan hal percetakan, pengedaran dan sebagainya. Tak perlu lagi nak bagi kat syarikat bodoh nak mampos yang merugikan seperti DAWAMA ni.

Aku tak faham la, macamana DAWAMA boleh rugi beb? Terang-terang tanpa modal dan semuanya disuap dan dapat profit sampai 120 juta setahun pun masih boleh rugi? Meniaga apa ni? Dalam 10 taun dah berbiliun dibuat syarikat ini dan masih boleh nak jadi muflis? Tak masuk akal betul.

Lagi tak masuk akal bile kontrak mereka ni mahu disambung. Tolonglah wahai pihak yang bertanggungjawab. Satu siasatan terperinci wajib dibuat terhadao syarikat ini dan jangan bagi mereka apa-apa kontrak lagi. Aku cukup simpati dengan pengusaha Bumiputera yang lain.  

Monday, February 17, 2014

#PRKKajang: @NajibRazak DIFITNAH LAGI! KINI GAMBAR DALAM GEREJA PULAK!!


Nampaknya semakin biadap dan bangsat kerana kehabisan modal puak-puak pembangkang ini.

Wajah PM memberikan ceramah di Gereja adalah fitnah! Diatas ada saya uploadkan bukti surat jemputan kempen Anwar.

P/S: Penjilat Tegar Anwar memang Bangsat  

Friday, February 14, 2014

KURANG AJAR..TEKS KHUTUBAH JUMAAT HARI INI DIJADIKAN BAHAN BERITA OLEH MALAYSIAKINI SEBELUM IANYA DISAMPAIKAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir

Hebat betul Malaysiakini..Sampai ke teks Khutubah Jumaat untuk hari ini pun disiarkan mereka..Untuk tujuan apa teks khutubah ini disiarkan?? Untuk membolehkan rakyat yang bukan beragama Islam mempertikaikan teks khutubah ini..



Kalau sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mempertikaikan isi kandungan khutbah Jumaat yang telah disampaikan di masjid kononnya Islam sebuah agama yang rasis dan beranggapan buruk terhadap Kristian dan tindakan mereka ini telah dikritik hebat oleh umat Islam di Malaysia..

Kini..untuk mengelakkan pemimpin DAP terus dikecam kerana mencampuri urusan orang Islam, portal tali barut DAP iaitu Malaysiakini pula memainkan peranan dengan mengeluarkan isi kandungan teks ucapan khutubah Jumaat sebelum ianya dibaca pada solat Jumaat tengah hari ini.. Tujuannya supaya rakyat boleh mengkritik dan mempolitikkan isi kandungan teks khutubah Jumaat itu..

Kalau tak percaya..cuba baca di ruangan komen.. KLIK SINI Bukan setakat orang bukan Islam..orang Islam pun turut serta mempertikai isi kandung teks khutbah Jumaat yang telah disediakan dan mempolitikkan isi kandungan tersebut..

Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat melihat perkara ini dengan serius sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk dan tidak diingini berlaku..

Jangan sampai nanti ada yang pergi solat Jumaat dengan hati yang kotor pula, bukan untuk mendengar dan jadikan isi kandungan teks khutubah sebagai pengajaran dan panduan tetapi dijadikan perbandingan dan bahan gossip...wallahualam..

Fikir-fikirkan..

**DAP dan Malaysiakini memang cekap..


Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.
“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpamaValentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.

Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.

“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.

“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”

Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Hari Kekasih diraikan di banyak negara di seluruh dunia pada 14 Februari (hari ini) setiap tahun. 

Minta Maaf Dengan Melayu? Tak Payahlah Buang Masa

guan eng teresa

Isu Teresa Kok masih belum selesai. Malah berdasarkan kepada kes-kes lalu, kes ini juga akan menjadi satu lagi kes lapuk yang penuh misteri dan tidak dapat diselesaikan. Alasan mudah yang diberikan oleh Teresa Kok bahawa dia tidak didakwa atau polis terlalu bodoh kerana memaksanya memberi keterangan di balai ialah, dia tidak menyebut nama sesiapa di dalam klip video Tahun Baru Cinanya.

Itu jugalah alasan yang diberikan oleh supremonya, Lim Kit Siang yang lebih berpengalaman dalam bab baling batu sembunyi tangan. Hampir 45 tahun lalu, Lim Kit Siang berjaya menghuru-harakan negara ini dengan kempen-kempen mahu menghapuskan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Konon-kononnya Malaysia adalah hak semua rakyat Malaysia dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan perbuatan jahat yang mendatangkan kezaliman kepada warganegara bukan Melayu-Bumiputera.

Perlembagaan Persekutuan digubal sebelum merdeka dan sebelum persetujuan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu SDmenerima 1 juta orang bukan Melayu-Bumiputera menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 24 jam sahaja. Pada ketika itu, para pemimpin masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, tidak merungut langsung. Mereka seolah-olah tidak peduli pun tentang masa hadapan mereka di negara ini. Hanya masyarakat Cina Peranakan menerusi Tan Cheng Lock yang sedikit berbunyi tentang perkara itu.  Selebihnya berasakan, mereka akan diambil dan dibawa oleh British pulang ke negara Eropah itu. Dan kerana itulah, apabila program Jus Soli dibuat pada peringkat awal, mereka bersikap acuh tak acuh. Hanya setelah mendapat kepastian bahawa British tidak mahukan mereka, manakala Negara China pula sudah lama menolak mereka sebagai pengkhianat walaupun pemerintahan di Negara China telah bertukar dari Kerajaan Beraja kepada Kerajaan Nasionalis dan akhirnya Kerajaan Komunis.

Begitu juga semasa mereka diberikan kerakyatan beramai-ramai. Tidak ada sebarang rungutan atau komplen tentang hak istimewa Melayu-Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, generasi yang berusia beberapa tahun atau awal belasan tahun ketika Jus Soli memberikan mereka kerakyatan, menjelang 1963, mula menyatakan tidak puas hati kerana mereka tidak mendapat keistimewaan kerakyatan seperti orang Melayu. 1964 sehinggalah 1969, mereka semakin lantang dan aktif. Mereka terus mempersoalkan tentang mengapa mereka tidak boleh berkongsi keistimewaan Melayu-Bumiputera sedangkan mereka juga adalah rakyat Malaysia, bahkan sesetengah daripada mereka dilahirkan di negara ini.

Kalau pada tahun 1969, Lim Kit Siang yang merupakan antara pencetus utama tragedi berdarah 13 Mei tidak pernah berniat memohon maaf, bahkan menyalahkan pihak lain, malah tidak cukup dengan itu, ‘mengupah’ pula Kua Kia Song menulis buku sejarah tentang peristiwa mengikut perspektif chauvanis dan merupakan satu-satunya buku sejarah 13 Mei 1969 yang menentang punca sebenar tragedi tersebut, mengapa pula Teresa Kok yang merupakan generasi seterusnya perlu memecahkan tradisi tersebut dan meminta maaf kepada Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini?

Perasaan bangga, besar diri dan bersikap angkuh sudah sebati dengan puak ini. Mereka tidak akan peduli dengan apa-apa pun yang berlaku malah mereka sanggup menjadi pengkhianat sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghalang kemasukan pelaburan dari Taiwan ketika di Hong Kong dengan pelbagai cerita yang hanya sendiri yang tahu bila berlaku. Sebelum Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang juga melakukan perkara yang sama, juga di Taiwan dan Hong Kong sehingga suatu ketika pernah diusulkan agar diwujudkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas makhluk-makhluk perosak seperti itu.

Ramai yang beranggapan, kesalahan telah dilakukan dari awal lagi apabila terlalu banyak toleransi dan tolak ansur diberikan kepada puak ini terutama sekali pemberian kerakyatan secara pukal dengan hak-hak mengundi sama rata dengan kaum Melayu-Bumiputera. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang telah memberikan kerakyatan secara pukal seperti yang kita dapat lihat pada tahun 1955-1957.

Disebabkan kemurahan hati menerusi pemberian kerakyatan secara pukal itulah, sekarang ini Malaysia sedang melihat perangai hodoh sebahagian daripada masyarakat tersebut yang berasakan mereka boleh melakukan penjajahan secara lebih besar, meluas dan tidak terhalang.

Justeru, sebenarnya tidak perlulah diharapkan kepada permohonan maaf daripada manusia seperti Teresa Kok mahupun mana-mana pemimpin chauvinist. Mereka sudah melihat betapa murahnya hati orang Melayu-Bumiputera, jadi, mereka juga tahu, kemurahan hati Melayu-Bumiputera itulah juga yang menyebabkan perbuatan mereka dilupakan, bahkan Melayu-Bumiputera pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain biarpun kesalahan tersebut dilakukan oleh YOWTAI seperti Teresa Kok. 

TAHUKAH ANDA, CINA KOMUNIS PERNAH CUBA BUNUH TOKOH ULAMA KEDAH DI GUAR CHEMPEDAK KERANA DENDAM?


Ramai yang langsung tidak tahu tentang isu ini. Mungkin kerana tidak belajar dari sejarah atau memang menganggap sejarah merupakan satu kenangan yang sepatutnya hanya layak menjadi bahan cerita sebelum tidur semata-mata.

Haji Hussain Che Dol (1904-1967) merupakan seorang tokoh politik dan ulama terkenal di negeri Kedah. Dalam bidang agama, dia adalah pengasas dan Mudir Madrasah Al-Akhlak al-Islamiah, Guar Cempedak dan dalam kegiatan sosial, dia adalah Yang Dipertua pertama Persatuan Ulaam Kedah yang ditubuhkan pada 9 Februari 1949.

Dalam bidang politik pula, dia merupakan tokoh pertama yang dilantik sebagai Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah yang ditubuhkan pada 18 Februari 1946, serta Naib Yang Dipertua PAS (Kawasan Utara) setelah PAS ditubuhkan pada 24 November 1951. Selepas itu, dia terlibat pula dalam parti UMNO (1954-1959) dan menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah. Namun akhirnya dia kembali semula ke dalam parti PAS sehinggalah meninggal dunia.

Nama Haji Hussain Che Dol telah termasuk dalam senarai mereka yang hendak ditangkap, diseksa dan dibunuh oleh Cina-Cina Komunis ini. Di Kedah, keganasan Cina-Cina Komunis meliputi kawasan-kawasan berdekatan dengan Guar Cempedak seperti Teroi, Bukit Jenun dan Kampung Setoi.

Apabila tersebar berita, Haji Hussain Che Dol akan ditangkap, ribuan orang Melayu yang lengkap dengan senjata-senjata tradisional, telah berkumpula di Guar Cempedak. Meskipun yang akan mereka tentang nanti adalah gerombolan yang dilengkapi dengan senjata api, sedangkan mereka pula sekadar berkeris, berparang, bergolok dan bertombak, namun semangat serta jumlah mereka telah menggerunkan Cina-Cina Komunis tersebut.

Tanpa sempat berbuat apa-apa, Cina-Cina Komunis tersebut telah melarikan diri.

Mungkin ada yang kata, itu semua sudah berlalu. Dah jadi sejarah tetapi sejarah seringkali berulang, sama ada dalam bentuk yang sama atau dalam bentuk yang berlainan tetapi bermotif serupa.

Kita sedang melihat bagaimana DAP sedang mengumpulkan, membina dan menyebarkan pelbagai persepsi untuk memburuk-burukkan tokoh-tokoh pemimpin Melayu. Mereka seringkali melaung-laungkan kononnya mereka akan mengambil tindakan menghukum para pemimpin tersebut dan mengembalikan segala hak rakyat kepada rakyat.

Itulah laungan dan psywar yang digunakan oleh Bintang Tiga dari tahun 1930 dahulu namun apabila mereka berkuasa, apa yang mereka lakukan ialah, membunuh kesemua pemimpin Melayu yang dirasakan dapat menyatukan Melayu dan menghalang mereka. Tidak itu sahaja, Bintang Tiga  turut merampas segala harta dan wang ringgit, malahan anak-anak perempuan untuk dijadikan pemuas-pemuas nafsu komrad mereka di tengah-tengah hutan, sekaligus menimbulkan ketakutan luar biasa di kalangan rakyat.

DAP sedang menggunakan pendekatan yang sama. Bezanya sekarang ini, senjata-senjata yang mereka miliki, tidaklah mereka gunakan atau tunjukkan secara terang-terangan seperti komunis tetapi idea dan penyebaran ideologi sudah hampir serupa benar. Apatah lagi, semakin ramai pula Melayu-Bumiputera yang cukup tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh DAP walaupun pada masa yang sama, pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan DAP dan para pemimpinnya. 

Wednesday, February 12, 2014

[ Video ] Tahu Kenapa Anwar Bermatian-matian TAK Nak Shafee Abdullah Jadi Pendakwaraya Rayuan Kes Liwat Saiful...? Anda Tonton Video Klip Ini Sebagai Bukti Jawapannya...





Bagaikan orang yang terlalu takut terserempak dengan hantu...!

Ibarat seorang pencuri takutkan polis...!

Tak ubah seperti seorang murid sekolah yang ponteng terserempak dengan guru besar...!

Itulah diantara persamaan untuk kita lihat gelagat Anwar Ibrahim yang 'all out' dan bermati-matian TAK nak Tan Sri Shafee Abdullah mengetuai team Pendakwaraya dalam perbicaraan rayuan kes liwat Saiful.

Shafee kenal Anwar 'luar dan dalam'. Dalam tangan Shafee juga sudah ada pelbagai bukti bukti yang kukuh untuk membuktikan Anwar memang ada meliwat Saiful....


JOM saksikan video klip dibawah ini;





Siapakah sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?


Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya.




Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela, R. Sivarasa Rasiah yang menyifatkan Shafee gagal mengemukakan bukti bersabit dakwaan ke atas afidavit yang dibentangkan oleh pasukannya.

Sivarasa selain itu mendakwa Shafee pernah menjadi penasihat undang-undang ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Barisan Nasional.

Shafee bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali.

"Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes Umno, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah...Saya tiada kepentingan Umno, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.

"Saya sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan macam mana yang mereka katakan," katanya tadi.

Shafee dalam pada itu berkata barisan peguambela juga gagal membawa satu bukti untuk dikemukakan dalam afidavit yang dibentangkan kepada barisan panel hakim.

"Bukan saja afidavit yang tidak bersesuaian, malah tidak ada satu isi padu dan tidak ada satu pun keterangan saya terbabit dengan dakwaan mereka.

"Kalau betul Mat Zain cakap, kenapa beliau tidak datang mahkamah? Ini tidak, dah macam sembang di kedai kopi, selepas itu awak masukkan sahaja apa yang awak dengar daripada kedai kopi," katanya.

Malah beliau menegaskan jika benar beliau menerima habuan besar daripada pihak tertentu, mengapa beliau sanggup jadi peguam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada seketika dulu.


"Dulu saya pernah ada kes dengan SPRM, saya menang kes tersebut, adakah saya dapat habuan masa kes Teoh Beng Hock?," soal beliau.


Hujah Sains Lawan Hujah Konspirasi Anwar

Yuktes Vijay – Segalanya menjadi sesuatu yang luar biasa apabila watak Anwar Ibrahim terlibat di dalamnya…misalnya, bab DNA dan forensik…
Kajian sains membuktikan DNA sperma boleh diswab daripada dubur dan DNA boleh kekal sampai 72 jam…aplikasi sains alaf baru ini digunakan dalam kes liwat Anwar Ibrahim…satu spesimen ‘higher rectal swab‘ iaitu swab di penghujung rektum dalam dubur Saiful telah berjaya kesan satu spesimen DNA yang dinamakan “Profil Male Y”…ianya adalah satu profil bersih..bermaksud spesimen tidak tercemar…
Apabila dibandingkan dengan Profil DNA Anwar yang diperoleh melalui 3 barang yang ditinggalkannya dalam lock up, Profil Male Y disahkan adalah sama dengan DNA Anwar…dalam bahasa mudah, sperma Anwar telah diswab daripada dubur Saiful…bagaimana sperma Anwar boleh didapati di situ?
Seperti biasa Anwar menunding jari terhadap UMNO…kononnya DNA-nya diambil selepas dia pengsan kena tumbuk dan disimpan oleh kerajaan daripada tahun 1999…yang kurang berakal dan ada fobia membaca dan kaji lebih terus mempercayainya…tapi itu memang teori mustahil..
Hakikat sebenarnya satu spesimen DNA ada hayatnya iaitu “521 year half life“…selepas satu tempoh masa DNA akan mula melalui satu proses yang dipanggil “degradation“…melalui proses ini, kita boleh ketahui “usia” DNA sampel tersebut…cara inilah yang digunakan untuk kenal pasti bila dinasour wujud dan tahun bila sesuatu artifak itu didapati..
DNA Anwar dalam dubur Saiful tidak melaui proses degradation…erti kata lain, sperma itu baru dipancut ke dalam dubur Saiful…bukti DNA ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana barang-barang yang diperoleh daripada lokap yang menjadi sumber untuk profil DNA Anwar telah diambil tanpa kebenaran Anwar…ini kerana undang-undang berkaitan DNA telah menyatakan sampel DNA harus diperoleh dengan kebenaran dan sampel DNA yang diambil tanpa izin individu berkaitan DNA itu tidak boleh digunapakai…
Faham kenapa Anwar takut nak buat ujian DNA ? Hujah sains bukan konspirasi !

Tamrin pergi ceramah tentang rasuah pakai kereta mewah? Kah kah kah ...


Tengok kereta Tamrin....lepas beri ceramah di Kajang.

Kereta macam gini nak cakap pasal memperjuangan rakyat? Pasal rasuah? Cerita sekali Kelab Rahman Putra yang dia beli mahal-mahal masa Chairman MARA...

Sudahlah Tamrin ... kamu ni opportunist saja. Kamu baca UMNO nak jatuh dan ingat PR naik. Jadi kamu lompat untuk cari peluang pula.

Dia marah UMNO pasal peluang dah tak semewah dahulu. Kerajaan mutakhir tak lagi kasi peluang pada dia. Dah kenyang.

Duit tak pernah cukup. Orang macam kamu yang jahanamkan UMNO.

Eloklah kamu masuk PAS. Boleh bantu jahanamkan PAS.  



Ini pun sama ...

Rahman Maidin dulu banyak masyukk zaman Anwar TPM dan Ketua Perhubungan UMNO PUlau Pinang. Masa tu Anwar kunun tubuh Yayasan Bumiputera Pulau Pinang tapi mamak macam ni yang dok sapu.

Satu masa dia Chairman MRCB... masa Realmild diambilalih dari kumpulan 4 budak Melayu yang mana 3 dari 4 adalah orang Anwar Ibrahim. 

Bila dah terlepas jawatan Pengerusi, tu yang dok meroyan.... 

Lesen Niaga Naik Kaw-Kaw Kat Selangor!! Ni Apa Cerita?


Ohh time diaorang sesukahati bagi naik, macai diaorang kata ohh, itu perlu kerana keadaan sekarang memang kena naikkan, naik sampai 300%, ohh itu dianggap kecil kenaikannya, sambil sengeh kera menjawab hal tersebut dan paling best, macai kerang siap berdansa, alah naik pun peduli apa, UMNO je tak boleh naik, kami je boleh, ada faham semua?
Ada macai tiga suku jawab, kita perlu lihat dulu perjanjian dalam lesen tersebut, Adakah ia berkait dengan perjanjian kerajaan yang terdahulu, iaitu kerajaan BN masa era 2004-2008!! BINAWEII!!! Apa ko gila apa ker macai? Ini tahun berapa? Pakatan Haram memerintah baru sepenggal ke berapa? Memang bebal bin bahlol gila nak salahkan BNjuga bila mereka naikkan lesen perniagaan.. gila



ps: PakatanHaram dan bebal berpisah tiada beb!! Menyusahkan orang je.. tapi propa dioarang je hero.. kepala bana 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.