Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 26, 2014

Rafizi Bongkar Ketidak Telusan Dan Kronisme Pakatan Pembangkang?

kroni1

Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan  ketidak telusan di dalam operasi pakatan pembangkang.  Sebelum ini  mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional kononnya  mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega  dan pentadbiran.


Baru-baru ini  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  telah  mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan. Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu.  Dalam tempoh pendek lebih setahun Zaid Ibrahim  menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

Menurut pengakuan Rafizi sendiri,  beliau   sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor  pernah didatangi   oleh  Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau .  Rafizi  juga  turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Begitu juga dengan amalan kronisme yang kononnya di amalkan oleh Barisan Nasional.  Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah Barisan Nasional ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam pentadbiran mereka sendiri.




Sebelum ini  Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008. Beliau juga turut mendakwa mempunyai  butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.
Pada Ogos 2008, Khalid Ibrahim  mengumumkan  kononnya  Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak yang  bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan.  Pada 2009 pula RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah  mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah.

 
Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya. Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanya lah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk  berjuang demi rakyat dan untuk rakyat.  Maka para pengundi PRK Kajang perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak pakatan pembangkang yang hanya menabur racun kepada rakyat Selangor. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.