Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 12, 2014

[ Video ] Tahu Kenapa Anwar Bermatian-matian TAK Nak Shafee Abdullah Jadi Pendakwaraya Rayuan Kes Liwat Saiful...? Anda Tonton Video Klip Ini Sebagai Bukti Jawapannya...





Bagaikan orang yang terlalu takut terserempak dengan hantu...!

Ibarat seorang pencuri takutkan polis...!

Tak ubah seperti seorang murid sekolah yang ponteng terserempak dengan guru besar...!

Itulah diantara persamaan untuk kita lihat gelagat Anwar Ibrahim yang 'all out' dan bermati-matian TAK nak Tan Sri Shafee Abdullah mengetuai team Pendakwaraya dalam perbicaraan rayuan kes liwat Saiful.

Shafee kenal Anwar 'luar dan dalam'. Dalam tangan Shafee juga sudah ada pelbagai bukti bukti yang kukuh untuk membuktikan Anwar memang ada meliwat Saiful....


JOM saksikan video klip dibawah ini;





Siapakah sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?


Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya.




Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan pasukan peguambela, R. Sivarasa Rasiah yang menyifatkan Shafee gagal mengemukakan bukti bersabit dakwaan ke atas afidavit yang dibentangkan oleh pasukannya.

Sivarasa selain itu mendakwa Shafee pernah menjadi penasihat undang-undang ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Barisan Nasional.

Shafee bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas sama sekali.

"Seperti yang saya sebut, bila saya bawa kes Umno, saya cakap atas kepentingan kes tersebut, tapi apabila kes itu habis, habislah...Saya tiada kepentingan Umno, saya sudah buat kes untuk MCA, Gerakan malah pernah mewakili PAS.

"Saya sangat profesional, dalam kes ini tiada konflik kehendak yang berkepentingan macam mana yang mereka katakan," katanya tadi.

Shafee dalam pada itu berkata barisan peguambela juga gagal membawa satu bukti untuk dikemukakan dalam afidavit yang dibentangkan kepada barisan panel hakim.

"Bukan saja afidavit yang tidak bersesuaian, malah tidak ada satu isi padu dan tidak ada satu pun keterangan saya terbabit dengan dakwaan mereka.

"Kalau betul Mat Zain cakap, kenapa beliau tidak datang mahkamah? Ini tidak, dah macam sembang di kedai kopi, selepas itu awak masukkan sahaja apa yang awak dengar daripada kedai kopi," katanya.

Malah beliau menegaskan jika benar beliau menerima habuan besar daripada pihak tertentu, mengapa beliau sanggup jadi peguam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada seketika dulu.


"Dulu saya pernah ada kes dengan SPRM, saya menang kes tersebut, adakah saya dapat habuan masa kes Teoh Beng Hock?," soal beliau.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.