Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 27, 2014

Jangan sampai taksub dengan Ketuanan Rakyat

[ketuanan-rakyat-284x300.png]


1. Ketuanan Rakyat! Begitulah propaganda pembangkang untuk mendapat sokongan rakyat. Ketuanan Rakyat dijadikan dasar 'perjuangan' rakyat untuk menuntut hak. Hak yang bagaimana? Rakyat di Malaysia pelbagai kaum dan berbeza agamanya.

2. Ketuanan Rakyat tidak lain tidak bukan adalah satu konsep demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu Malaysian Malaysia. Aneh bukan, Melayu juga menyokong Ketuanan Rakyat.

3. Konsep demokrasi dibelakang Ketuanan Rakyat ini sungguh 'celaka' (pinjam perkataan Karpal) kerana pemimpin perlu mengikut kehendak rakyat sepenuhnya semata-mata untuk terus berada di persada kepimpinan.

4. Rakyat di Malaysia berbeza agama. Bayangkan jika Ketuanan Rakyat kukuh di Malaysia, apa akan jadi jika bukan Islam meminta kepada pemimipin Ketuanan Rakyat kesamarataan dengan Islam? Saya yakin pemimpin begini akan menurut kehendak rakyat.

5. Proses kesamarataan ini sudah lama berlaku. Yang paling menjengkelkan ialah tuntutan IFC. Anda sebagai umat Islam sanggupkah agama Islam yang suci dipermain-mainkan? Allah bagi akal, gunakan.

6. Demokrasi berdasarkan hak dan sama rata tidak diterima di Malaysia. Keadilan tidak semestinya kesamarataan. Di Malaysia Islam adalah agama bagi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan secara bebas tanpa halangan tetapi tidak boleh berdakwah kepada umat Islam, terutamanya yang jelas orang Melayu kerana Melayu itu Islam.

7. PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP bersama perjuangkan Ketuanan Rakyat. PAS sepatutnya keluar dari 'pakatan' yang menjahanamkan niat mereka untuk membentuk negara Islam acuan mereka.

8. Islam menganjurkan perpaduan. Perpaduan umat Islam yang kuat akan mengukuhkan kedudukan agama Islam di Nusantara khususnya Malaysia. Hakikatnya Islam itu memang kukuh kerana dipelihara Allah S.W.T. Namun sebagai manusia yang dijadikan khalifah di muka bumi ini, kita perlu menjaga agama Islam dengan cara antaranya berpadu sesama kita bersaudara agar agama Islam tidak diperkotak-katik oleh kafir.

9. PAS mempunyai pilihan untuk berpadu dengan siapa sekarang (UMNO atau DAP+PKR). Terletak pada pucuk pimpinan PAS untuk membuat keputusan. Saya doakan ia yang terbaik untuk Melayu, dan anda tentu faham impian saya.

10. Namun jika PAS masih berkerjasama dengan DAP+PKR, mereka perlu dikalahkan di Bukit Gantang. Jika PAS menang, ini bermakna Ketuanan Rakyat makin subur dan pimpinan bukan Islam a.k.a kafir harbi di dalam DAP & PKR akan makin tegak tocang mereka.

11. Jika kafir harbi kuat, tuntutan IFC yang masih belum mereka dapat laksanakan akan dilaksanakan. Ini kerana mereka akan melaksanakan 'hak' rakyat yang dituntut oleh rakyat. Fikirkan lagi sekali, di Malaysia rakyat bukan hanya bangsa Melayu, tapi termasuk kaum Cina & India, yang berbeza agama. Apa jadi jika tuntutan bukan Islam adalah untuk menguatkan kedudukan agama mereka dan sama rata seperti Islam?

12. Bagaimana pula dengan sikap pemimpin ulung DAP+PKR+PAS iaitu Anwar Ibrahim? Anda tahu jawapannya. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.