Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, April 28, 2014

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan! Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Video Setiausaha Kantoi Perah Susu Badan!

Perbuatan pelik ini kantoi apabila setiausaha tersebut tidak menyedari gelagatnya telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di pantri pejabatnya.

Pada mulanya setiausaha tersebut kelihatan bersahaja membuka peti ais, mengambil susu kotak, menuang ke dalam cawan lalu meminumnya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu dia mula menyingkap baju dan memerah susu sendiri ke dalam kotak sebelum mencampurnya ke dalam minuman.


Difahamkan, perbuatan ini membuatkan setiausaha tersebut dibuang kerja.

 -Mynewshub.my


Demi dendam, kumpulan 6 sanggup bohong dan rela BN tumpas di T'ganu


Melihat politik Terengganu sekarang, seorang pemerhati politik berkata, "Hairan saya macam tak ada kerja lain nak kacau MB tertentu. Tengoklah sikit kalau BN tu kuat tak pa lah. GE 14 pun belum tentu lepas. Sementara tu jgnlah keruhkan keadaan....."

Ada pihak yang seolah-olah tidak peduli keadaan politik Terengganu yang perlu bersatu demi mempertahankan negeri tersebut dari jatuh ke PAS. Mereka terus dengan politik cah keting untuk kerjakan MB.

Sementang lah Mat Said itu Anak Pemanjat Kelapa pengumpul gula nipah dan bukan anak seorang yang mampu hantar anak belajar ke Australia tapi akhirnya ijazah diperolehi di USM saja.

Kalau nak dipersalahkan Mat Said kerana terlalu terus terang hingga digambarkan sebagai oleh kolumnis upahan The Star Joceline Tan sebagai degil dan pemarah, sekurang-kurangnya Mat Said bukan orang berpura-pura dan tikam belakang.

Mat Said dikhlas untuk membela rakyat marhaen dan program pro rakyatnya adalah terbaik berbanding dengan negeri-negeri BN dan PR lain.

Sebagaimana ucapannya yang sering mengulangkan harapan yang meyerupai isi dalam doa sembahyang dhuha, bbegitulah apa yang dilakukan. Dengan Mat Said, tiada depan cerita lain dan belakang main lain.

Nampaknya macam ada usaha teratur yang mahu menjatuhkan Mat Said. Bermula dengan ruang pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, ianya disambbut dan digembar-gemburkan oleh penulis upahan seorang YB yang konon menafikan inginkan jawatan.

Penulis upahan telah mendapatkan bantuan portal pembangkang FMT untuk membesar-besarkan kisah ini dan ada cybertrooper berbayar telah dikenalpasti ada bersama. Sundaily yang aga seiring seirama dengan FMT pun turut menyambut.

 
Hari minggu ini, kolumnis The Star Joceline Tan pula menyambut dengan tajuk yang agak kurang ajar bunyinya.

Dalam tulisan "Will he go gently like a gentlemen?", Joceline seolah-olah menggambarkan ianya sidah pasti dan hanya sikap Ahmad Said saja yang akan jadi penghalang.

Jelas sekali Joceline Tan menulis menurut skrip yag disediakan oleh sumber yang hanya disebut sebagai "senior politician" tanpa menyedari calun-calun yang mahu di tawarkan bukan calun yang esuai perwatakan.

Penulis The Star (yang akhbarnya pro DAP walaupun dipunyai MCA) hanya membantu memudahkan negeri tersebut jatuh kepada PAS.

Agak biadap dan kurang ajar komen seorang bernama Dr Azmi yang memandai berkata berikut:



Flying Kick SINI mempersoalkan kredibilit Dr Azmi yang ada kepentingan.

Siapa Dr. Azmi yang memberi ulasan kononnya Mat Said akan menjahanamkan UMNO Terengganu? Kononnya kerana Mat Said terlebih memberikan tumpuan kepada rakyat, maka UMNO Terengganu akan kehilangan penguasaan ke atas negeri tersebut? Siapa Dr. Azmi yang membuat analisa hanya kerana dia ada gelaran Dr. tetapi sebenarnya dia hanyalah macai kepada seorang Exco yang sekarang ini sedang bercita-cita besar untuk menyingkirkan Mat Said dan menggantikan Menteri Besar tersebut.

Kesedian Dr Azmi berkata Terengganu akan jatuh kepada PAS hanya menunjukkan pihak yang mahu menjatuhkan MB sanggup lakukan apa saja. 

Kumpulan 6 yang sering bertemu di hotel TH di Kuala Terengganu ini hanya bertindak atas dendam dan tanggapan salah bahwa Mat Said yang menjatuhkan Idris Jusoh.

Padahal Idris pun tahu, Mat Said hanya menjalankan titah perintah DYMM Sultan dan dia tidak ada memulakan usaha sedemikian.

Ini begitu jelas menunjukkan Joceline Tan memputarbelit cerita yang mana ditambah dengan  pembohongan fakta seperti konon ada janji Mat Said untuk menang 29 dari 32 kerusi dan konon ada janji kekal untuk satu tahun sahaja.

Kalau hal ini Joceline Tan sendiri akui tiada bukti dan surat yang dia sendiri lihat melainkan hanya dilihat kononnya oleh sumber "senior politician", kenapa pula ianya perlu disebut? 

Jelas sekali wartwan veteran ini kembali pada tabiat lama meninggalkan etika kewartawanan apabila ia diperlukan dan sesuai dengan kehendaknya. Joceline tidak malu untuk mengampu jika diperlukan.

Harap Dato Najib jangan tersilap termakan cakap pihak-pihak yang cuba mengembar gemburkan khabar angin dengan tujuan menyediakan persepsi untuk memudahkan pengguguran Mat Said.

Kalau Dato Najib dah silap dengan senarai calun pada PRU13, jangan diulang kesilapan sama dari sumber yang sama.

Nak tadbir Terengganu dan hadapi PAS bukan boleh pemimpin yang lembik-lembik yang pihak sebelah sana cadangkan. Graduan U Penn yang neutral dari Mat Said dan budak Idris Jusoh pun belum cekap dalam sepak terajang politik Terengganu. 

PKR DAN PAS KERAH AHLI TURUN SERTAI DEMO GST 1 MEI? - DAP TEPUK TANGAN!




Nampaknya puak pembangkang dah mula bimbang tak ada yang mahu turun ketika demo membantah GST. Biarpun GST baik untuk rakyat dan negara, puak ini tetap mahu mempergunakan ia sebagai alasan dan menjadikan ahli-ahli mereka sebagai keldai demonstrasi.

Agak mengejutkan apabila dua surat yang telah tersebar di media sosial ini memaksa ahli mereka turun untuk menghuru-harakan keadaaan. Tidakkah mereka tahu akibat berdemonstrasi ini?


Tindakan terdesak mereka ini sebenarnya dilihat oleh DAP dengan hilai tawa dan sorakan tepuk tangan. Melihat bangsa Melayu dijadikan alat untuk berada di jalanan dan puak DAP hanya perlu senyum sahaja.

Himpunan membantah dan menolak usul kerajaan tidak seharusnya dijadikan budaya di negara ini kerana ia tidak memberikan faedah kepada negara malahan memberi kesan buruk dan boleh mengakibatkan huru-hara.

Cuba lihat negara-negara yang sentiasa berdemonstrasi, semuanya menimbulkan konflik dan pertumpahan darah. Itukah yang PAS dan PKR mahu? Itukah yang PAS dan PKR mahu perjuangkan?

Kalau mereka turun bermakna mereka hanya layak berpolitik di jalanan 

MERI MARI TENGOK BETAPA TELUSNYA CARA PENGUNDIAN PKR!!


Perghh !! Dasyat betul pemilihan PKR.. Bukan saja telus malah paling berkredibiliti menguruskan pemilihan.. Sepatutnya SPR harus belajar cara cara untuk menguruskan pemilihan dan pengundian dari PKR..

Kalau tak percaya tengok gambar dibawah ni..





Dimaklumkan bahawa pasukan pemantau PACA TS Khalid Ibrahim telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak yang telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.

Ketika pihak PACA Tan Sri Khalid Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka yang berada didalam enggan membukanya dan dalam masa yang sama kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah pintu dibuka, dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dipercayai telah memangkah kertas-kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Apa sudahjadi??? 

Isu Anwar Liwat @ Lawatan Obama - Jawapan Terbaik Najib !


Saya jarang nak puji Najib tapi selepas menonton sidang media Obama+Najib tengahari tadi, saya puji cara Najib jawab soalan berkaitan kes liwat Anwar yang ditimbulkan oleh wartawan Australia.

Soalan yang saya kira soalan maut jika tersalah jawab... namun berjaya ditangani oleh kedua Obama dan Najib.


 


Lihat video di astroawani. Caption terjemahan divideo adalah seperti berikut -

Bagi kes (liwat) melibatkan Anwar, saya mahu tegaskan di sini tindakan undang2 bukan dibuat kerajaan, sebaliknya tindakan dilakukan bekas pekerjanya. Dalam soal menegakkan keadilan, ia tidak mengenal status seseorang. Jadi sekarang kes ini adalah kes mahkamah, bukan hak saya untuk mengulas lanjut mengenai kes ini.

Apa yang dijawab Najib adalah : -

I want to put it on record, it's not about the government against him, it's an action taken by an individual who happens to be his former employee... who's taken up this case against him. Under the eyes of the law, even if you are a small man or a big man, you have equal justice. I think you believe in that principle. So now the matter is before the courts, it's not right for me to comment anything more than that.
 
Satu dunia menonton dan Najib telah mengambil kesempatan terbaik itu untuk menerangkan kedudukan sebenar kes Anwar Liwat.

Dengan tidak memberi sebarang komen negatif terhadap kes itu, Najib juga dilihat sebagai mengiktiraf kebebasan sistem mahkamah negara kita.

TAPI portal Mkini cuma melaporkan bagian jawapan Obama saja dengan tumpuan kepada - “Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,”. Itupun meninggalkan bab Obama menyatakan kenyakinan beliau terhadap usaha Malaysia dan Najib kearah memastikan demokrasi dan hak asasi manusia dipertahankan.

Sementara MalaysianInsider pula langsung tidak laporkan isu ini.


 
 Apa no Obama ek, aku nak Watsup

Apapun kita tunggu laporan pertemuan Obama dengan wakil2 Ngo yang pro Comango dan pro PR pula ...

Saya copy artikel Zamkata mengenai isu sama -

Apabila seorang wartawan Australia bertanya  kepada Presiden Amerika Syarikat  Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang   Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya  maka tentunya Anwar  melompat  dengan kegembiraan.

Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu, kecewa dan marah kerana  pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib sebagai seorang Refomer.

Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitanganya sediri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Jawapan Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer  telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki  lagi  kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh  dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan  antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan  Obama kepada Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu  telah  mencedera parahkan imej Anwar ke taraf  yang sangat rendah.

Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan  pembelaaan  bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya  dahulu, ternyata salah perhetongan  sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama   kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap  rakyat  Amerika yang  meninggalkan sejarah hitam dalam   hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Lawatan  Obama  yang  jelas menampakan kerianganya   selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah  membina semula  kerosakan hubungan antara Malaysiadan Amerika Syarikat yang dirosakan oleh Al Gore. 

KEMPEN DONG ZONG SEMAKIN BERBAHAYA.


Persatuan putar belit fakta PPPM, cuba politikkan isu kelas bahasa Malaysia

Kempen tandatangan yang dilakukan Dong Zong iaitu Gabungan Persatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, adalah tindakan yang menjijikkan. Ia juga memperlihatkan betapa 'bebalnya' gabungan ini yang tidak dapat melihat kebaikan pada beberapa usaha dalam PPPM.

Dong Zong mendakwa PPPM mempunyai agenda tersirat untuk menghapuskan pendidikan vernakular Cina. Hal ini disandarkan penelahannya yang dipersepsikan sebagai memiliki unsur yang menidakkan fenomena kepelbagaian bahasa dalam sistem pendidikan negara.

Dalam pada itu, Dong Zong mencemuh PPPM sebagai menganjurkan asimilasi kaum, melalui pelaksanaan dasar untuk mewujudkan persekolahan satu aliran sahaja.

Sebenarnya semua tuduhan Dong Zong tak berasas. Ia tidak dibicarakan dalam PPPM. Hanya penelahan Dong Zong yang disarati prasangka dan konsepsi salah itu mengherotkan fahamannya bahawa semua ini wujud sebagai agenda tersembunyi dalam PPPM.

Usaha memperbaiki tahap pengetahuan dan penguasaan bahasa Malaysia untuk murid tahap dua iaitu Darjah Empat sehingga Darjah Enam, dengan menambah masa pembelajaran dari 180 minit ke 270 minit seminggu bukan sahaja ditolak, malah ia diputarbelitkan sehingga menimbulkan tentangan daripada kaum Cina, bahawa ia akan menjejaskan sifat sekolah vernakular Cina.

Kelas pemulihan pelajar lemah

Dalam hal ini, jumlah peningkatan masa yang dihebohkan Dong Zong kepada khalayak ialah 570 minit seminggu. Jumlah ini mencampurkan 270 minit untuk kelas biasa dalam waktu pendidikan, dengan kelas pemulihan maksimum 300 minit yang dilakukan di luar waktu pendidikan.

Kelas pemulihan ini adalah untuk murid tahap dua di sekolah jenis kebangsaan misalnya Darjah Empat, yang didapati lemah dalam bahasa Malaysia. Ia diadakan sebagai langkah pembaikan dan tidak mengambil lebih daripada tiga bulan dalam sesi persekolahan sepanjang tahun.

Pada kebiasaannya, kelas begini antara seorang guru dengan lima murid pada kadar maksimum diadakan minimum 120 minit dan maksimum 300 minit seminggu. Ia sebenarnya membabitkan murid yang langsung tidak boleh membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia.

Tiada penjelasan lanjut

Justeru, bukan sahaja tidak tepat untuk Dong Zong menonjolkan jumlah 570 minit sebagai membabitkan semua murid, ia amat mengelirukan dengan tiada penjelasan baik tentang jumlah maksimum 300 minit yang dikenakan kepada sebilangan murid sahaja.


Niat murni kerajaan memberi pemulihan kepada murid Cina bukan sahaja tidak dihargai, malah diselewengkan sehingga menimbulkan rasa tegang antara kaum Cina dengan kerajaan.

Sehubungan itu, ke mana perginya rasa tanggungjawab Dong Zong kepada kaum Cina selaku pelindung dalam bidang pendidikan? Sepatutnya dua kelas ini diterima untuk kebaikan murid Cina yang lemah dalam bahasa Malaysia, agar tidak keciciran apabila berada di sekolah menengah. Ini kerana bahasa Malaysia bahasa pengantar utama.

Sebaliknya Dong Zong bukan sahaja gagal menghargainya, malah mempolitikkannya dengan meminta parti pembangkang mengecam PPPM. Dalam hal ini, Dong Zong sama sekali tidak tahu kegunaan 270 dan 300 minit seminggu ini, apatah lagi memanfaatkannya untuk kebaikan kaum Cina.

Oleh sebab maklumat yang diherotkan ini, kaum Cina bukan sahaja melenting tetapi menyokong Dong Zong untuk membantah PPPM. Ini dilakukan bukan sahaja dengan menandatangani bantahan PPPM, malah diiringi cemuhan terhadap kerajaan.

Penjelasan mengenai jumlah masa ini, sama ada 270 minit atau 300 minit ini perlu diberi oleh kerajaan kepada kaum Cina agar mereka memahami tujuan baiknya. Sebagai kelompok yang pragmatik, mereka pasti dapat menilai kebaikan usaha ini.

Dengan ini, kaum Cina tidak boleh menyokong Dong Zong dalam hal ini. Jangan turunkan tandatangan untuk membantah PPPM. Sebaliknya, PPPM perlu disokong sepenuhnya oleh semua pihak. PPPM memenuhi semua aspek pendidikan untuk semua pihak.

Teo Kok Seong
Penulis ialah Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia
Berita Harian

Thursday, April 24, 2014

Anak Karpal Ceritakan Detik Detik Kematian Ayahnya... Langsung Tak Salahkan Najib Dan BN


Salah seorang anak mendiang Karpal Singh yang turut sama berada didalam kenderaan Toyota Alphard yang telah meragut nyawa Pengerusi DAP itu sudi berkongsi cerita saat saat kemalangan pada waktu itu....

Setelah dibaca sepenuhnya, memang tak ada langsung kaitan dengan Najib dan juga kerajaan BN sepertimana bangangnya beberapa penjilat penjilat tegar Pakatan yang membuat fitnah mereka!


Baca kisah sebenar dibawah ini;

A week after the tragic crash that took the lives of veteran lawyer and politician Karpal Singh and his personal aide, Micheal Cornelius, his son Ramkarpal recounts the final hours with his father that fateful day. 

This is his story, as told to V. Anbalagan, assistant news editor.

My parents (Karpal and Gurmit) had gone to Pantai Hospital about 8pm on Wednesday (April 16) to visit my brother Gobind (Singh Deo) who was admitted.

They left about 8pm from my father's office in Jalan Pudu Lama together with Micheal Cornelius and driver V. Selvam. The four returned home (in Bukit Ledang, Damansara) about 10pm and had dinner.

Pa, Michael, Selvam, our maid (Selfiana Rengga) and I were to leave that night for Penang. Pa and I were to appear in court the following day to represent a client charged with murder.

The weekend stay in Penang was also for Pa to meet his Bukit Gelugor constituents and prepare the petition of appeal for Anwar's (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sodomy case.

Before we left, Pa told Michael to take him to his garden. We moved into this house six months ago and Pa was in love with his garden.

Going around the garden is not unusual for my dad and he does that occasionally. We then left about 11.30pm.

Pa was seated in the front beside the driver (they were in a Toyota Alphard). Michael sat directly behind dad. I was seated beside Michael. The maid sat alone at the back of the vehicle.

We exited through the Jalan Duta toll around midnight and for the next 20 minutes or so, I spoke to Pa about some cases, including a matter he had attended in the Court of Appeal earlier in the day and political issues gripping the nation.

As usual, he was cracking some witty jokes.

Slowly our conversation faded. I was still wide awake and tried to talk to Pa but he merely grunted his replies.

Michael was fast asleep, and so was the maid.

I tried to close my eyes but could not despite having worked out on the treadmill earlier in the evening.

I informed Selvam that I would take over at the wheel if he wanted to sleep but the driver replied he was fine.

Since I had no one to talk to, I looked outside at the passing vehicles.

Suddenly, Pa woke up and asked Michael to adjust his seating position and place a pillow behind his neck. Michael did that.

Moments later, both were fast asleep again.

Suddenly, I heard a loud crash and was jolted in my seat realised we were in an accident. The left side of our vehicle was ripped off.

I screamed and Selvam swerved the vehicle to the right before it came to a stop.


I then realised there was no sound or movement from Pa and Michael. I reached across the front seat and held on to Pa from behind, who was strapped in his seat, lying motionless. Many things ran through my mind in those few moments. 

Michael was lying outside on the road. The maid was screaming.

Soon motorists stopped to help us but I did not get out of the vehicle as I was still holding onto Pa, hoping against hope that he had just passed out.

It was traumatic. I was holding on to Pa, Michael was lying outside and the maid was hysterical.
The Fire Department and police were at the scene within minutes and rescued the maid who was trapped by cutting through the vehicle roof.  She is still in Ipoh Hospital but is fine.

Selvam and I had only minor injuries.

The ambulance then arrived and only after they had taken the maid away, did I realise that my father and Michael had died at the scene. (Ambulances do not take away bodies.)

The only consolation was that both probably did not feel the impact of the crash because they were asleep. I think they were killed instantly.P

Passing motorists as well as the cops and firemen were very understanding and compassionate during those brief but difficult moments. They held me as I stood there sobbing.

Before the police took Pa’s and Michael’s bodies away, I called my younger brother Mankarpal and broke the news to him. I went to the hospital in the police vehicle.

Ramkarpal is third among Karpal's five children. The 38-year-old bachelor worked in his father's law firm, Karpal and Co, in Pudu, Kuala Lumpur.

He told The Malaysian Insider that he is still trying to get over events of that day.

"It's not easy. I am having a mental block. It is difficult to work but I will have to pull myself together and carry on his work," he said.

The accident occurred at KM301.6 of the North-South Expressway near Kampar, Perak, early Thursday morning. – April 24, 2014


PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GELUGOR - PAS TAWAR CALON PEMUDA?



Ringkasan Data Pengundi:

1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 Bukit Gelugor adalah
82, 042 org dgn pecahan:

a. Melayu - 11,880 org (14.48%)
b. Cina - 61,112 org (74.49%)
c. India - 8,660 org (10.56%)
d. Lain2 - 390 org (0.48% )

2. Perbezaan Majoriti:

a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.

b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi

c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.

3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.

4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.
Dewan Pemuda PAS Pusat dengarnya sudah mula mencatur langkah untuk menawarkan calon dari kumpulan mereka. PAS dah cakap sesama sendiri siapa layak menggantikan kerusi tersebut.

Apakah DAP dan PKR akan mendiamkan diri? PAS boleh menggunakan alasan di Selangor mereka dah beri muka, takkan tidak boleh PAS tambah satu lagi kerusi di Parlimen yang pada PAS boleh menang?credit

Friday, April 18, 2014

PAS, babi dan komunis


Menuju ke Mei 1hb konon nak tumbangkan kerajaan, Dewan Perhimpunan CIna Melaka mengadakan Forum Rakyat di Sekolah Pay Fong Melaka pada April 11hb yang dihadiri oleh ahli PR dan 8 NGO cina.

Tajuknya Masih Relevan Lagi Dengan Ubah. Apa yang menarik adalah kehadiran Persatuan Sahabat Karib Melaka atau lebih terus terang dikatakan bekas ahli Komunis.

DI Penang, Lim Guan Eng tergila-gila mempromosi Mei 1hb hingga boleh PBT keluarkan kebenaran hebahkan illegal assembly:

Sementara itu, PAS Melaka telah menziarahi PAP Singapura:


Nak belajar bangunkan negara Islam dengan PAP ke?

Sebaliknya, PAS Melaka memprotes pemindahan pusat penyembelihan babi di Melaka: Sepatutnya pusat itu perlu ditutup dan dipindahkan. 
 
Dalam Majlis Perundingan Babi Antara Pas PKR dan Dap, PAS yang dihadiri oleh Ustaz Pas Julasappiah Kasim dan disokong Pesuruhjaya PAS negeri Adly Zahari. Baca SINI.
\

Tinggal makan babi saja PAS belum buat untuk dapat undi cina.
Dah sebut DAP dan babi, ini adalah jawapan kepada permainan fitnah RBA:


UNIT AMAL DAH TAHU MENDIANG AKAN TERBUNUH? KONSPIRASI KER?


Ada percanggah berita dalam kes kemalangan karpal singh...

Karpal dikatakan kemalangan sekitar jam 1-1.30 pagi pada 17 april, itu laporan dalam semua akhbar dan portal online...

Berita itu di scoop oleh media sekitar jam 3-4 pagi pada 17 april...

Anda boleh tengok tarikh dan pukul berapa berita yang pertama keluar dari malaysiakini, malaysian insider dan astro awani mengenai kemalangan karpal...





Tapi apa yang pelik, macam mana blog unit amal boleh siarkan berita beberapa jam lebih awal dari portal-portal berita yang lain?

Sila lihat tarikh dan pukul berapa blog unit amal keluarkan berita kemalangan karpal...

Jangan Jadi Anwar Ibrahim Kedua, kata Zul Nordin Kepada Menantu Pak Lah

zulnordin


Tweet ini dipercayai merujuk kepada “tweet” KJ semalam yang mempertikaikan Perdana Menteri kerana memilih Zul Nordin sebagai calon BN dalam pilihan raya umum lalu.

IMG-20140417-WA0061

Pada awalnya ia sekadar berpunca daripada tindakan KJ yang marah dengan Tweet  Zul Nordin yang menyatakan “ketika kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud, Allah mematikan Karpal Singh, penentang hudud”.

Khairy yang terkenal dengan pemikiran liberal moden membalas tweet tersebut dengan menyuruh Zul Nordin “diam”.

Apabila disokong oleh beberapa orang, Khairy pergi lebih jauh dengan mempertikaikan tindakan Perdana Menteri memilih calon secara terbuka dalam laman Twitter. Dalam “tweet” itu,  beliau menyatakan tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Mohd Najib dalam pemilihan Zul Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum yang lalu.

Mykmu dalam artikel Kematian Karpal Singh: Apa salah Zul Nordin Untuk Khairy Masuk Campur? mempertahankan pandangan Zulkifli Nordin mengenai kematian Karpal Singh yang disanggah oleh Khairy Jamaluddin.

Dalam masa yang sama Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah Kamarudin telah berjanji untuk meneruskan perjuangan Karpal dan mendoakan beliau “Rest in Peace”. [Sayang Ahli Parlimen Ampang Terhadap Karpal Melebihi Majlis Fatwa.]

Prof Madya Dr Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) dilaporkan berkata:

"Merasa kegembiraan dengan kematian mereka yang memusuhi Islam (atau undang-undang Islam), apatah lagi dengan permusuhan dan penentangan yang terancang adalah warid di dalam sunnah. Menyamakan ini dengan penghormatan nabi keatas jenazah yahudi adalah suatu qiyas yang tidak tepat sama sekali. Yahudi tersebut adalah seorang yang tidak memerangi Islam, bahkan beliau merupakan seorang warganegara di dalam negara Islam Madinah. Dua perbezaan yang tidak boleh disamakan sama sekali. Apatah lagi untuk menyamakan beliau dgn Abu Talib. Subhanallah, di mana persamaannya?"

Tuesday, April 15, 2014

APA JADI PAS SELEPAS INI??????



Pas ternyata sudah tersepit antara kepuraan selama ini dalam perjuangan politik Hudud, ahli dan rakan pakatan.

Hudud hanya dijadikan bahan politik untuk menarik kepercayaan palsu ahli Pas agar membenci UMNO dan menolak UMNO, malah mengkafirkan UMNO kerana dikatakan menolak Hudud.

Pandangan saya tidak salah UMNO menolak Hudud Pas kerana Hudud Pas adalah hokum politik yng ditarikan dan UMNO berkeras kerana Hudud itu dipolitikkan untuk mengaut kemenangan dalam PRU.

Kini puak-puak, macai-macai, barua-barua Pas amat tersepit beruk mah yeh untuk berbahas dan berdebat di kedai-kedai kopi kampong-kampung apabila pihak UMNO dengan senyum sinis menyum menyindir dan mencabar Pas untuk membawa usul ke Parlimen dan UMNO sedia menyokongnya. Dikalangan mereka kini menyapu punggong dan beredar dari kedai kopi dan ada diantara mereka malu untuk keluar ke sana.

Dap dan Pkr melalui kepimpinan masing-masing menyatakan dengan tegas dan keras bahawa mereka menolak sama sekali Hudud sekiranya Pas membawa usul ke Parlimen, selari dengan pegangan Karpal Singh.

Benar akhirnya desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin dan Zulkifli Nordin bahawa Pas perlu keluar dari Pakatan Haram dan jalan terbaik adalah bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan secara jujur demi Agama, Bangsa dan Negara.

Bayangkan jika Hudud dibawa ke Parlimen, UMNO yang mempunyai 88 ahli Parlimen manakala Pas hanya 21 ahli Parlimen tidak cukup kuorum untuk meluluskan usul tersebut. Bagi meluluskan usul Hudud ia memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah 222 ahli Parlimen, iaitu 148 orang ahli Parlimen.

Apakah langkah Pas untuk mendapatkan sokongan dua pertiga????


Kini yang jelas, Pas kelihatan seperti beruk yang diikat di sebatang pokok kelapa, hanya layak disuruh memanjat untuk memetik buah kelapa. Hasilnya tuan beruk yang kaya. 

Monday, April 14, 2014

SINGKAPAN SEJARAH PERANGAI PELIK JUAK DAP!!!


Di atas ni gambar tipu… Kat bawah ni gambar sebenar…



Jika dilihat sekali imbas gambar kat atas tu, nampak macam REAL kan?

Tapi hakikatnya gambar ini hanyalah gambar palsu… Ha ha ha ha… Kononnya ahli DAP, Jeffrey Wong Su En menerima anugerah ‘Sir’ oleh Queen Elizabeth… Ha ha ha… Akhirnya gambar ini tersebar hingga ke London…

Apa-apa pun tahniah kepada Sir Jeffrey Wong Su En, kerana mempunyai angan-angan setinggi langit tetapi akhirnya jatuh berdebuk macam nangka busuk…


Akibatnya, pihak Kerajaan British mengecam Sir Jeffrey Wong Su En kerana cuba memalukan Queen Elizabeth…

Mungkin lepas ni DAP akan meroyan mengatakan UMNO yang mereka gambar superimpose ini dan cuba memfitnah Sir Jeffrey Wong Su En…


Ha ha ha ha… Siapa dia Jeffrey Wong Su En yang nak sangat UMNO fitnah tu? Pengerusi DAP? Setiausaha Agung DAP?


Di bawah ini  disiarkan laporan gambar palsu ini oleh Telegraph.co.uk…


Oh ya perlu diingatkan akhbar ini bukan akhbar BN ye? Jadi harap tiadalah puak-puak penjilat jubur DAP mengatakan fitnah UMNO… He he he he…

P/S: Anugerah kehormat Sir bukan semurah anugerah Datuk kat Malaysia ni…

MALAYSIAN POLITICIAN FAKED PICTURES OF KNIGHTHOOD FROM THE QUEEN 
A Malaysian politician is facing the sack for superimposing his head on to a picture of the Queen giving out honours in an attempt to claim he had been knighted. 
Barney Henderson Kuala LumpurPublished: 10:00PM BST 08 Jul 2010
Jeffrey Wong Su En has been accused of insulting the Commonwealth with his false claims. The fake photograph featuring Jeffrey Wong Su En and the Queen. Jeffrey Wong Su En has been accused of insulting the Commonwealth with his false claims. “Sir” Wong issued a press release detailing his award and became an overnight celebrity in Malaysia, where society has become obsessed by people with titles.
In the doctored picture issued by Mr Wong, he stands proud as Her Majesty pins the Knight Grand Cross to his breast. However, his name does not appear in the Queen’s birthday honours list. “We can confirm that we have no record of any honour having been conferred at any time by the British Government on Jeffery Wong Su En,” said a spokesperson from the British High Commission in Kuala Lumpur.
An analysis of Mr Wong’s photograph of him holding a certificate shows a crest at the top of the certificate claiming to be from Buckingham Palace, with a red seal. In fact, warrants for such honours are administered by the Central Chancery of the Orders of Knighthood, which is based at St James’s Palace. Mr Wong’s certificate bears no resemblance to the Royal warrants used for such honours.
The collar worn by Mr Wong is not the pure gold collar of the British Empire worn at knighthood investitures. Finally, the knighthood investiture ceremonies for the 2010 birthday honours list have not yet taken place. Mr Wong, who is the deputy publicity chief for the Democratic Action Party, a Malaysian opposition party in Sabah, northern Borneo, claims the honour was in recognition of his contribution to aid organisation, Médecins Sans Frontières. 
Rival politicians in the state immediately demanded an explanation.
Mr Wong, a self-proclaimed traditional Chinese medicine practitioner who also insists on the title “Dr”, attempted to clarify the matter, defiantly claiming his “knighthood” was conferred by Papua New Guinea in conjunction with the Queen’s 84th birthday celebrations. “This is a personal matter. It has nothing to do with the public, and it is becoming politicised,” he said, stating he is in the process of getting the relevant documents from the Papua New Guinea government.
Mr Wong has been questioned by police but was later released. However, he is facing expulsion from his party. Chin Teck Ming, supreme councillor of a rival party stated that if the claim is indeed false, Mr Wong had insulted a foreign monarch and members of the Commonwealth countries and tarnished the image of Malaysia.

Seterusnya

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.