Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 11, 2014

Apa Kah Disebabkan Kriminal Meningkat Di Pulau Pinang-Maka Semua Balai Polis Di negeri Di Tutup?


Tulisan Lim Kit Siang pada blognya, mencadangkan agar ESSCOM ditutup sahaja, ekoran penculikan seorang rakyat China dan seorang rakyat Filipina di Singamata Resort, Semporna minggu lalu. Pemimpin veteran DAP itu turut mempersoalkan perbelanjaan RM300 juta untuk ESSCOM gagal membendung penculikan.

Kit Siang lupa, bahawa Esszone meliputi kepanjangan 1,773.7km tiga kali ganda berbanding perbatasan Malaysia Thailand (646.5km). Esszone meliputi 10 daerah daripada kudat hinggalah ke Tawau. Dengan kepanjangan itu, bukan mudah melakukan pemantuan dan penjagaan. Tiada siapa yang mahu penculikan berlaku, namun berbagai faktor menyebabkan keadaan itu berlaku. Akal manusia berbagai ragam. Ada yang melihat, bahawa kerja penculikan adalah suatu kerja yang menguntungkan. Perkara ini terbukti, apabila warga Taiwan yang diculik pada November 2013 dikatakan keluarga mangsa telah membayar sejumlah wang tebusan demi pembesaannya. Kini berlaku lagi, bahawa dikatakan bahawa penculik telah menghubungi keluarga penculikan minggu lalu, tentu untuk tujuan wang tebusan. Kebocoran berita seumpama ini, apatah lagi diakui oleh pihak polis, akan membawa satu pengertian, bahawa apabila kelak, mangsa culik itu dibebaskan, tentunya atas sebab wang tebusan sudah dibayar.

Semalam, dalam blognya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menempelak Lim Kit Siang, dengan mengandaikan bahawa Pemimpin DAP itu, cuba memberi penyelesaian tetapi sebenarnya bukan penyelesaian. Salleh bertanya, apakah kerana kadar jenayah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat, maka memberhentikan semua anggota polis yang bertugas di dua Wilayah itu? Sudah tentu tidak, akan tetapi usaha mengatasinya di pertingakat melalui berbagai kaedah dan cara.

Seterusnya Salleh menyarankan kepada pemimpin DAP itu, hentilah pendekatan politik yang senantiasa mengecam kerajaan, seolah-olah tiada usaha kerajaan yang baik, melainkan buruk belaka.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.