Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 6, 2014

GST di Malaysia – Bagaimana Cukai Barangan dan Perkhidmatan memberi kesan terhadap anda


Berikutan pengumuman Bajet 2014 (dibentangkan pada 25 Oktober 2013), Rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran sama ada kerajaan hari ini akan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Penerangan penuh bagi setiap yang diumumkan dalam bajet, semak Malaysia Budget 2014 review. Selain itu, kami juga menerangkan Bajet Malaysia 2013 dengan cara yang sama. Baca artikel  Malaysia Budget 2013 – How the Budget Can Save You Money kami.

Dikemaskini:  GST 6% telah diumumkan, dengan pemansuhan Akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Baca panduan kami di bawah untuk mengetahui mengenai GST, baca penerangan penuh di bawah tentang sebab ia diperkenalkan dan kesannya terhadap anda!

GST di Malaysia

Eh, bukankah GST sudah sedia ada di Malaysia? Saya nampak dalam beberapa resit…


Agak mengelirukan, tapi terdapat 2 cukai yang sedia ada di dalam sistem cukai Malaysia. Salah satu daripadanya adalah Cukai Jualan (mengikut Akta Cukai Jualan 1972), dan Cukai Perkhidmatan (di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975). Jika digabungkan, kedua-dua cukai ini dirujuk sebagai SST. Cukai Perkhidmatan inilah yang selalu dikelirukan sebagai Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Jangan pula kelirukan Cukai Perhidmatan ini sebagai Caj perkhidmatan! Selalunya, industri yang memberikan anda perkidmatan (seperti hotel, restoran, dan lain lain) biasanya akan mengenakan 10% caj perkidmatan di dalam bil anda. Ini adalah seperti tip mereka, dan bukan bayaran cukai kerajaan.

Cukai Jualan – 10 % ke atas pengeluar/pengilang dan pengimport


Cukai Jualan sebanyak 10% ini diambil daripada semua pengeluar atau pengimport yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM100,000 dan ke atas. Pengilang berlesen mengenakan cukai jualan 10% kepada nilai jualan produk yang dikeluarkan mereka dan mendapatkan cukai daripada pelanggan mereka. Cukai ini kemudiannya diberikan ke Kastam setiap 2 bulan. Terdapat beberapa barangan yang mempunyai kadar Cukai Jualan khas sebanyak 5%, dan aktiviti pembuatan dan import berikut yang dikecualikan daripada cukai jualan (iaitu 0 %):
  • Semua barangan eksport dikecualikan daripada cukai jualan.
  • Haiwan, ikan, makanan laut dan sesetengah barangan makanan keperluan termasuk daging, susu, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, roti dan lain-lain
  • Peralatan perubatan dan pendidikan termasuk peralatan sukan, buku, dan lain-lain
  • Peralatan fotografi dan filem.
  • Motosikal tidak melebihi kapasiti 200cc, basikal untuk kegunaan orang dewasa.
  • Jentera untuk industri tekstil, industri penyediaan makanan, kertas dan industri percetakan, industri pembinaan, industri logam, dan lain-lain
  • Komoditi utama termasuk koko, getah, dan lain-lain
  • Bahan-bahan mineral semulajadi, bahan kimia, dan lain-lain
  • Helikopter, pesawat, kapal dan kapal-kapal lain .

Cukai Perkhidmatan – 6% ke atas penyedia perkhidmatan (dan RM25- 50 / tahun bagi kad kredit)


Cukai perkhidmatan ini dahulunya 5% dan dinaikkan kepada 6 % pada bulan Januari 2011. Cukai ini hanya sah untuk perkara-perkara tertentu dalam industri perkhidmatan termasuk kedai makanan dan minuman dan kedai tembakau. Cukai ini juga dikenakan terhadap perkhidmatan profesional dan perundingan yang disediakan oleh firma profesional atau orang-orang seperti akauntan, peguam, jurutera, arkitek, syarikat insurans, dan lain-lain dan juga diberikan kepada pihak Kastam bagi setiap 2 bulan. Cukai Perkhidmatan 6% inilah yang sering dipanggil GST (Cukai Perkhidmatan Kerajaan). Walaubagaimanapun, dalam konvensyen antarabangsa, GST biasanya bermaksud Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Lebih-lebih lagi dengan penambahan cukai perkhidmatan untuk kad kredit RM50/RM25 setahun yang lebih mengelirukan orang ramai tentang GST dan cukai perkhidmatan.

Apa itu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?


Dikenali sebagai GST atau VAT (valued added tax) di seluruh dunia, GST ini ialah cukai penggunaan yang meluas yang memberi kesan kepada semua pihak dalam sistem cukai, daripada sektor pembuatan hinggalah ke bahagian runcit. GST ini berdasarkan konsep cukai-atas-penambahan-nilai untuk mengelakkan duplikasi cukai.
Ini adalah berbeza dengan kedua-dua cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia yang hanya ditambah pada satu peringkat (Cukai Jualan di peringkat pengilang, dan Cukai Perkhidmatan di peringkat pengguna). Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Malaysia (GST) pada mulanya dicadangkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2011 untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sedia ada, tetapi menerima banyak tentangan daripada orang ramai, sebahagiannya disebabkan oleh implikasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang penting, juga sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan penjelasan keseluruhan penggunaan sistem cukai semasa di Malaysia.

Bagaimana GST Mempengaruhi Harga Jualan di Malaysia?


Dari sudut sistem cukai semasa, Cukai Jualan 10% (bagi pembuatan dan import) dan Cukai Perkhidmatan 6% (bagi industri perkhidmatan F & B dan profesional) yang dikumpul oleh satu pihak (biasanya penjual) dan disampaikan kepada pihak berkuasa cukai. Sebagai contoh, dalam 6% Cukai Perkhidmatan sebelumnya, apabila anda membeli secawan kopi dari Starbucks berharga RM15, anda membayar RM15.90 (termasuk Cukai Perkhidmatan semasa 6%). Starbucks akan menyimpan RM15 dan RM0.90 kepada pihak berkuasa cukai.

Dari sudut GST (6% GST dalam pengiraan ini), akan berlaku seperti di bawah:


1. Coffee Bean membeli biji kopi dari pemborong untuk membuat secawan kopi berharga RM10 (RM10 + 6% GST). Pemborong menyimpan RM10 dan RM0.60 daripada Coffee Bean diberikan kepada pihak berkuasa cukai.
2. Anda membeli secawan kopi dari Coffee Bean yang mudah disediakan, dan membayar RM15.90 (RM15 + 6% GST). Coffee Bean kini menyimpan RM15 dan RM0.30 diberikan kepada pihak berkuasa cukai ( RM0.90 – RM0.60 ). Mengapa Coffee Bean hanya memberikan RM0.30 kepada pihak berkuasa cukai, ini kerana mereka telah ‘dibayar’ dengan RM0.60 cukai awal pada RM10 pertama, dan hanya RM0.30 cukai yang tinggal akan dibayar pada RM5 “nilai – bertambah ” . Contoh grafik adalah seperti di bawah ini.
infographic_GST2_size2jc

Mengapa menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST ) kepada GST?


Kerajaan berhasrat menggantikan cukai SST dengan cukai GST pada kadar yang neutral. Ini bermakna bahawa apabila GST ini diperkenalkan, mereka tidak mengharapkan untuk mengutip cukai yang lebih tinggi atau kurang daripada cukai sekarang. Jadi kenapa ada GST ni?
Unit GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia memberikan sebab berikut : ‘GST ialah kaedah pengutipan cukai yang lebih teratur’. Pakar ekonomi pula percaya bahawa kerajaan telah mengambil langkah tepat dengan menyatakan GST sebagai sumber pendapatan baru dengan asas cukai yang luas sebagai satu cara untuk mempelbagaikan sumber hasil cukai.
Jadi, jika Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% dimansuhkan, adakah ini bermakna GST akan diperkenalkan pada kadar 16%?

Ia mungkin kelihatan seperti pengiraan mudah, tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak semua perkara adalah tertakluk kepada 10% Cukai Jualan (sebahagiannya 5% dan 0%) , dan begitu juga dengan Akta Cukai Perkhidmatan 6% (dan jarang sekali satu item dikenakan kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan, kerana satu cukai fokus kepada pembuatan dan industri import, dan satu lagi cukai untuk industri perkhidmatan ). Kadar cukai GST 16%( tanpa pengecualian) pasti akan menyebabkan harga melambung naik di seluruh peringkat!
Jadi, untuk mencari kadar yang lebih neutral, cukai GST di antara 4-7% telah dicadangkan, dan beberapa pengecualian cukai diberikan kepada barangan asas. Kadar akhir yang diumumkan pada 25 Oktober 2013 adalah 6% GST, dengan perkara-perkara berikut diberi nilai 0% (dan dengan itu dikecualikan): – Perkara-perkara penting seperti : Beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain – Pengangkutan awam (LRT, KTM, Bas) – Jual dan Sewa hartanah – Penggunaan elektrik sehingga 200kWh (kira-kira RM50) sebulan.

Bagaimana pelaksanaan GST akan memberi kesan terhadap diri saya?


Seperti yang dinyatakan, penggantian Cukai Jualan dan Perkhidmatan dengan GST bertujuan untuk menjadi pendapatan neutral bagi tabung kerajaan, jadi secara teori, ini memberikan kesan minimum kepada harga agregat barangan dan perkhidmatan yang kita nikmati setiap hari. Sebagai contoh, mari kita lihat 3 senario di bawah : (1) barangan dikenakan Cukai Perkhidmatan, (2) barangan dikenakan Cukai Jualan, dan (3) barangan yang tidak mempunyai Cukai perkhidmatan atau Jualan:



infographic_GST3_size3jc


Walau bagaimanapun, perkara yang membimbangkan adalah untuk memastikan bahawa peniaga tidak mengambil kesempatan daripada pengenalan cukai GST ini sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.
Untuk tujuan ini, Akta Anti-Pencatuan telah dibentangkan untuk membolehkan penguatkuasaan terhadap amalan tersebut. Secara teori, sifat cukai pelbagai peringkat GST perlu membenarkan jabatan Kastam untuk mendapatkan maklumat agregat harga jauh lebih tepat, pemantauan yang tersirat ini harus bertindak sebagai penghalang kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab (kita tunggu dan lihat sahaja nanti)!

Bagaimanakah GST memberi kesan kepada SME di Malaysia?


Dengan golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.
Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?
Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?


Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).
Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.
Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil. 

Seterusnya

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.