Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, June 23, 2014

Bapak Ayam Pakai Uniform Makan Hasil Lendir..!



Itu yang dapat ditangkap.! yang terlepas dan masih didalam cermin hinggalah yang mencuri pandang di lorong lorong macam mana? Semua orang tahu bahawa kebanjiran warga asing merupakan penyebab kepada peningkatan gejala sosial didalam negara kita hari ini.

Semua orang juga tahu bahawa ianya merupakan sindiket besar yang lumayan lagi menguntungkan untuk memperdagangkan badan manusia ini..! Itu sebab indsutri ini merupakan industri lama yang dilaporkan wujud sejak zaman kuno lagi..!

Salah satu modus operandi yang digunakan ialah masuk ke dalam negara menggunakan pas pelajar..! Malah diberitakan bahawa para pelacur ini mendapat 'lampu hijau' dari petugas Imigresen di KLIA semasa mereka tiba..! Mereka perlu melalui kaunter yang sama walaupun beratur panjang kerana hanya 'kaunter' tersebut yang bakal merelakan mereka untuk masuk kedalam negara..!

Kalau pihak berkuasa sebuk dan risau akan terdapatnya lorong lorong tikus yang berleluasa di sempadan negara sebaiknya pihak berkuasa juga perlu risau dengan lorong tikus yang wujud, terdedah dan jelas menjalankan operasi mereka apabila melalui kaunter kaunter yang terpilih di KLIA dan lapangan terbang utama yang lain.

Soalnya kalau kita yang bukan imigresen, kastam dan pihak berkuasa lain boleh mengetahu operasi haram ini berlaku baagaimana pula dengan pihak yang terlibat? jika benar bagaimana dengan pihak pihak tertinggi di Jabatan berkenaan memantau pergerakan para pegawai mereka? Takkan la di pintu utama sebagai lokasi strategik atau hot sport yang perlu dijaga boleh bolos, lepas bebas begitu sahaja? Tidakkah itu menunjukkan bahawa negara kita berada didalam keadaan bahaya?

Kalau itu dianggap bahaya yang mampu mengancam negara apakah tindakan mereka? Atau mereka jugak berkongsi hasil 'pelacur' tersebut dengan mengambil 'advance' bagi menjayakan industri yang mereka sendiri suburkan..! Macam tu takde beza la mereka dengan para ibu ibu ayam atau pun bapak ayam..! cuma bapak ayam pakai uniform la..!


HAKIKATNYA :

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).

Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.

Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426).


Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014). 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.