Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, June 5, 2014

Senang Jadi DAP, Dia Kalah, Orang Lain Salah



PENULIS tak pernah sangka tahap berlagak DAP ini begitu sekali parah.  Tak boleh terima hakikat yang dia kalah di Teluk Intan, habis merata orang lain dipersalahkan, tidak terkecuali, rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, PAS.
Sepatutnya baguslah begitu, dia tuduh sesama dia, dia maki sesama dia, memang padanlah dengan muka masing-masing pun, dah tahu tidur mimpi lain-lain nak juga kempen bekerjasama kononnya.  Nah, sekarang, ambiklah bahagian kau.

Pun begitu, sebagai manusia yang ada hati perut, jauh disudut hati penulis ni, simpati juga dengan PAS sebab kalau ikut pengorbanan, PAS lagi banyak ‘telanjang’ diri sendiri demi untuk bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan.
Telanjang dalam erti kata, habis sudah segala kudis, parut, kurap, tokak dia tunjukkan demi nak halalkan kerjasama dengan DAP, tapi diakhirnya bila DAP kalah, PAS juga yang dipersalahkan.

Walhalnya, apa saja yang PAS tak buat demi nak kerjasama dengan DAP? Terima homoseksual, terima yahudi, tolak hudud, tolak Islam,  semua PAS buat dah, tolak Nik Aziz masuk longkang saja yang belum lagi.
Itupun bila kalah, DAP selamba dek saja tuduh PAS jadi punca.  Kulat-kulat muka Ketua Penerangan, Mahfuz Omar cari apa bahasa yang sesuai nak balas balik dakwaan DAP.  Nampak mudah tapi sebenarnya susah sebab susunan bahasa tu perlu sesuai atau orang nampaklah yang dua ekoq parti ni sebenarnya tengah berperang.

Mahfuz pulak kena pikul tanggungjawab tu, semua orang tahu dia sekolah tak tinggi – bukan bangunannya, tapi kelulusannya.

Anyway, semua sengketa ini sebetulnya untuk anak-anak muda zaman hari ini menilailah akan hakikat sebenar kerjasama pakatan pembangkang yang konon bersatupadu ni.  Bukan masalah BN ni sempurna sangat, tapi dari segi kestabilan, BN nombor satu, dari segi janji bulan bintang, itu depa nombor satu.

Buktinya di Teluk Intan inilah, DAP dengan PAS telagah tak habis, dah tak segan silu tuduh menuduh bila kalah pilihanraya, yang PKR dengan masalah tersendiri yang hanya wujud dalam parti dia (terutama bila pemilihan berlangsung – huru hara), jadi pelik apa bila puak-puak ni tak berjaya perintah Malaysia. 

Seterusnya MyKmu

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.