Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, September 17, 2014

Menurunkan harga kereta - PR menipu lagi ?


1. Saya baru sahaja menonton sekali lagi youtube yang dibuat oleh Pakatan Haram (PKR-DAP-PAS) dimana Rafizi Ramli memberitahu mengenai menurunkan harga kereta.

2. Menontonn video tersebut, membuatkan saya terkilan dengan sikap suka menipu yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Sememangnya, sudah banyak penipuan yang dibuat mereka, dan kini mereka masih terus menipu.

3. Mungkin mereka ingat rakyat begitu bodoh untuk mempercayai mereka. Tetapi mereka lupa, bahawa rakyat Malaysia tidak bodoh dan tidak mudah tertipu dan terpedaya. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang suka berfikir dan mengutamakan kebenaran.

4. Video menurunkan harga kereta tersebut mempunyai beberapa penipuan yang terlalu besar. Untuk menunjukkan impak tindakan menghapuskan cukai, mereka menipu dari segi harga sebelum dan selepas penghapusan cukai. 

5. Dalam video tersebut, Rafizi memberi 3 contoh harga kereta iaitu kereta Myvi, kereta Honda Civic dan kereta Toyota Camry. Beliau membuat pengiraan mudah dengan menolak peratusan cukai eksais dan cukai jualan dari harga-harga kereta tersebut yang sebenarnya adalah satu cara pengiraan yang salah.

6. Untuk melihat harga-harga kereta ini tanpa cukai, kita hanya perlu merujuk kepada harga yang dijual di kawasan bebas cukai seperti Pulau Langkawi ataupun Pulau Labuan. Tempat-tempat ini adalah bebas cukai, dan tiada sebarang cukai dikenakan terhadap kereta-kereta yang dijual. Saya akan menggunakan harga-harga ini untuk menunjukkan kesilapan yang dibuat oleh Rafizi.

Rajah: Perbezaan harga sebelum dan selepas cukai dengan harga yang disebut oleh Rafizi

7. Kesalahan paling utama Rafizi Ramli adalah apabila beliau mengatakan harga Myvi selepas penghapusan cukai adalah RM 21,140 !!! Mungkin beliau cuba menipu rakyat dengan mengatakan melalui penghapusan cukai, rakyat akan mampu beli kereta tetapi pada hakikatnya tidak. Harga Myvi di Langkawi tanpa sebarang cukai adalah RM 37,942.55 dan harga dengan cukai (di Semenanjung) adalah RM 41,924.30. Perebezaanya adalah lebih kurang RM 4,000.00 . Ini menunjukkan kereta Nasional hanya dikenakan cukai jualan (10%) di semenanjung dan tidak dikenakan cukai eksais (75%) seperti yang disebut Rafizi. Begitu juga dengan kereta Proton. Harga Preve di Langkawi dan Semenanjung hanya berbeza sebanyak RM 3k - 4k sahaja.

8. Oleh itu, walaupun dengan penghapusan cukai oleh PR, harga kereta terendah (Proton dan Produa) adalah lebih kurang masih sama.

9. Bagi kereta Honda Civic (1.8), harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 77,980.00 dan bukannya RM 63,150 seperti yang disebut Rafizi.

10. Bagi kereta Toyota Camry (2.0) pula, harga di Langkawi (tanpa sebarang cukai) adalah RM 97.015.40 dan bukannya RM 71,000 seperti yang disebut Rafizi.

11. Perbezaan yang sedikit bagi kereta-kereta seperti Toyota dan Honda yang dikenakan duit eksais dan cukai jualan ini adalah kerana harga yang dikenakan duti dan cukai bukanlah dari harga jualan, tetapi dari harga asal(kos) yang diistiharkan oleh syarikat kereta.

12. Melihat kepada harga-harga selepas penghapusan cukai, kemampuan rakyat tidak akan berubah. Beban hutang rakyat juga tidak akan berubah. 

13. Sekiranya sebelum penghapusan cukai, kemampuan seseorang adalah membeli kereta yang bernilai RM 40K, selepas penghapusan, kemampuan beliau masih sama iaitu membeli kereta bernilai RM40K. Oleh itu, beliau masih mampu membeli Perodua Myvi sepertimana kemampuan beliau sebelum penghapusan cukai. Sekiranya sebelum ini,beliau terpaksa mengambil loan selama 9 tahun untuk beli Myvi ini, selepas penghapusan cukai,, beliau masih lagi perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk beli kereta yang sama. Tiada perbezaan.

14. Sekiranya, sebelum penghapusan cukai, kemampuan membeli kereta seseorang adalah RM 60k-70k dan beliau perlu mengambil loan selama 9 tahun untuk membeli kereta ini, maka selepas penghapusan cukai, kemampuan beliau masih sama iaitu kereta bernilai RM 60k-70k dan beliau masih memerlukan loan 9 tahun untuk membelinya. Mungkin yang berbeza adalah model kereta. Kalau sebelum ini, beliau boleh beli Preve (yg berharga dalam RM60k-R70K), maka selepas ini, mungkin beliau boleh membeli Toyota Vios (yg berharga lebih kurang sama). Tetapi, Proton Preve mempunya ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang jauh lebih tinggi dari Toyota Vios. Walauapapun, kemampuan dan beban hutangnya masih sama dan tidak berkurang.

15. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini di sini, penghapusan cukai kenderaan ini sebenarnya lebih menguntungkan orang kaya dan tidak menguntungkan golongan miskin. Kemampuan mereka yang berpendapatan rendah masih sama, beban hutang mereka masih sama. Bagi orang kaya, kalau sebelum ini, mereka hanya mampu memandu Mercedes C class, mungkin selepas ini mereka boleh memandu Mercedes E class.

16. Disamping itu, penghapusan cukai ini mengurangkan pendapatan kerajaan (tiada negara di dunia yang tidak mengenakan cukai kenderaan), dan kononnya hasil kerajaan boleh ditebus melalui lelongan AP pula adalah tidak tepat dan salah. Bagi mereka yang berfikir, mereka boleh melihat kesalahan (mungkin disengajakan) dalam pengiraan lelongan AP yg dibuat Rafizi. Tambahan pula, AP ini mungkin tidak laku dan hasil yang dijangkan tidak menjadi kenyataan. Kebanyakan negara mengenakan cukai terhada kenderaan. UK mengenakan 20% VAT, US mengenakan cukai mengikut states, Thailan mengenakan cukai lebih kurang 30%, Australia juga mengenakan cukai atau levi.

17. Apabila pendapatan kerajaan berkurang, perbelanjaan yang lain seperti pemberian subsidi dan perbelanjaan infrastruktur termasuk yang membantu golongan miskin akan terjejas. Akhirnya, kesan terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah semakin buruk. Sudahlah penghapusan cukai lebih menguntungkan golongan kaya dan tidak memberi impak kepada golongan miskin, malah tindakan ini juga bakal menjejaskan pembangunan lain yang boleh membantu golongan yang memerlukan ini.

18. Kepada Pakatan Rakyat, janganlah lagi membodohkan rakyat dengan cara menipu seperti ini. Ingat, Rakyat Malaysia tidak bodoh, dan mereka mampu berfikir untuk menolak penipuan-penipuan anda.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.