Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, September 18, 2014

PECACAI PAKATAN TENGAH PEROLOK-OLOKKAN JANJI BN DI PENGKALAN KUBOR, TERLUPA JANJI 24 TAHUN PAS DI KELANTAN!!!

Apabila calon BN Pengkalan Kubor menjanjikan penambahbaikan Pasar Basah Kampung Geting, para pecacai Pakatan Rakyat segera memperolok-olokkan janji tersebut. Kata mereka, janji-janji BN adalah janji-janji palsu. Barisan Nasional kata mereka tidak pernah menunaikan walau satu janji pun di Kelantan.

Malangnya mereka terlupa, pembangunan dan kelengkapan prasarana yang mereka nikmati sekarang, adalah tindakan Barisan Nasional, bukannya Kerajaan Negeri. Bahkan dari tahun 1990 sehingga 2014, Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS, hanya pandai bersyarah, buat kelas agama, berusrah, bertamrin, berkuliyyah dan berkempen politik. Selain daripada itu, PAS Kelantan langsung tidak tahu apa-apa.

Apabila janji dibuat oleh calon BN di Pengkalan Kubor, sepatutnya PAS berasa malu kerana projek berkenaan berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS. Kalau calon BN yang membuat janji dan kemudiannya diselesaikan, sudah pastilah Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Tumpat tidak pernah berbuat apa-apa walaupun cukai dikutip daripada penduduk dan tanah di jajahan ini.

Bukan tidak ada projek yang cuba dibuat, terutama menerusi Husam Musa tetapi kebanyakan projek tersebut berakhir dengan kegagalan dan tidak sahaja keuntungan, modal pangkal pun lesap tidak tahu ke mana hilangnya.

Yang sah, Omar Vardillo yang merupakan rakan kongsi Husam Musa dalam Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan, kaya raya dan telah pun melarikan diri ke negara asing. Manakala Dinar dan Dirham Kelantan, sekadar boleh digantung tetapi tidak mempunyai nilai.

Tidakkah golongan pro-PAS yang sedang memomok-momokkan janji BN di Pengkalan Kubor, berasa malu kerana selama tempoh 24 tahun, takdak sebutir habuk pun janji yang mereka buat dikabulkan atau dikotakan.

Satu janji BN dijadikan viral, bahkan seolah-olah PAS mendapat senjata nuklear yang boleh menghancurkan sebuah negara dalam sekelip mata.

Mereka perlu menjawab perkara-perkara berikut:

24 PEMBOHONGAN PAS Kerajaan Negeri KELANTAN.


Isu tuntutan ROYALTI PETROLEUM oleh kerajaan PAS KELANTAN sebenarnya untuk menanam PERASAAN BENCI rakyat Kelantan kepada Kerajaan pusat. Tujuan sebenar adalah untuk menutup janji-janji palsu dan pembohongan mereka serta kes PENGGADAIAN beratus ribu ekar tanah dimana 1.7 juta ekar sudah digondol untuk pengambilan balak. Antara PEMBOHONGAN :


(a) Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
(b) Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013)
(c) Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013)
(d) Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013)
(e) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor (1990-2013)
(f) Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013)
(g) Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013)
(h) Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-2013)
(i) Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013)
(j) Projek Jambatan Kedua KB-Kg.Cina Di Palekbang (1996-2013)
(k) Projek Pelabuhan Sri Tujoh, Tumpat(1997-2013)
(l) Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013)
(m) Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013)
(n) Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
(o) Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013)
(p) Projek Pelancongan Danau Tok Uban(2006-2013)
(q) Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013)
(l) Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013)
(m) Projek Koridor Depu Gua Musang (2007-2013)
(n) Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013)
(o) Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013)
(p) Bandar Baru Dabong (2008-2013)
(q) Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
(r) Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)

Maksud Ayat :
Antara orang-orang yang benar dan bertakwa di sisi Allah ialah mereka yang menunaikan janji (Surah al-Baqarah : 177) 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.