Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 10, 2014

UM gantung pengajian Fahmi dua semester

fahmizainolUM

Bekas presiden persatuan pelajar Fahmi Zainol mendakwa Universiti Malaya  menggantung pengajiannya selama dua semester dan didenda RM600.
Beliau didakwa menganjurkan pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran pihak UM pada Oktober lalu.
Fahmi adalah antara dua daripada lapan pelajar yang menghadiri pendengaran tatertib hari ini, yang digantung pengajian.
Pelajar Safwan Shamsudin digantung pengajian selama satu semester berkuatkuasa serta merta, didenda dan diberi amaran, kata Fahmi di laman Facebooknya.
Empat yang lainnya diberi amaran dan didenda RM150 setiap seorang.

Fahmi menghadapi sembilan pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah Tatatertib UM 1999 berhubung himpunan di UM pada 27 Oktober lalu.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.