Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

KEWUJUDAN 'GEORGE SOROS MALAYSIA' PUNCA NILAI RINGGIT 'MERUDUM'?




BELUM apa-apa lagi si pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong dah mengelabah. Belum lagi di tuduh atau di bawa ke Mahkamah, tapi,  hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang beliau memanipulasi nilai mata wang melalui kegiatan 'short-position' untuk mengaut keuntungan. Cara permainan beliau mirip 'penyangak mata wang asing' George Soro dari Amerika Syarikat, kata sumber.

Bagaimana pun hari ini, beliau (Datuk Tong) dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Beliau  tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya dalam satu kenyataan. 'Short-position' ialah istilah kegiatan penjualan kepada pinjaman sesuatu mata wang dengan jangkaan akan jatuh nilainya. Pelabur kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi. Tong dikatakan telah melakukan pinjaman sebanyak RM4.48 Billion dan kemudian membeli USD di Malaysia menggunakan pinjaman tersebut melalui proksi beliau di Hong Kong dan New York.  



Apabila nilai USD semakin meningkat maka beliau akan tukar kembali dalam bentuk RM untuk membayar semula pinjaman RM4.48 Billion tersebut. Tong juga berkata beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya. Katanya, beliau adalah seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Dan beliau juga adalah seorang pelabur nilai. Katanyanya lagi, beliau tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Beliau  memperoleh dan membina Syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi.

 

Beliau mencabar pihak yang berwajib  dengan rekod yang beliau ada dan beliau boleh buktikan semua ini. Sambil itu, katanya, beliau yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Sementara itu, katanya, Bank Negara tidak pernah menghubungi beliau dan sekiranya beliau dipanggil, beliau jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan beliau diperlukan pada bila-bila masa, katanya. Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu 'pembohongan berniat jahat dan fabrikasi' yang 'di luar batas kesopanan manusia'. Sebelum itu, Utusan Malaysia menerusi ruangan Analisis Mingguan hari ini menggesa Tong untuk tampil memberikan penjelasan berhubung tuduhan tersebut. Untuk berlaku adil kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala pertuduhan.  


Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak didapati bersalah, petik daripada akhbar itu. Bersama posting ini, IBM paparkan (seperti diatas) pandangan dari beberapa pemimpin-pemimpin politik yang mahukan kerajaan menyiasat akan kesohenan isu ini kerana ianya melibatkan maruah dan ekonomi negara. sudah tentu rakyat melahirkan kebimbangan mereka sekiranya nilai ringgit terus 'merudum'. Apapun tuduhan itu belum  boleh dibuat terhadap Datuk Tong kerana belum ada asas yang kukuh untuk mengaitkan beliau sebagai dalang di dalam isu ini. Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya. Cr

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.