Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 6, 2015

DARA BUKAN LAH SEGALA GALANYA!!!

FRIDAY, 6 MARsawCH 2015

DARA BUKAN LAH SEGALA-GALANYA!!!

Tersentuh hati ku baca ni.

seorang pemuda telah berkenalan dengan seorang gadis di twitter,bertutup aurat dengan baik.tak banyak bicara dan tak banyak songeh.

Dipendekkan cerita mereka pun di satukan..

pada malam pernikahan pengantin baru isteri pun berbicara:

isteri: boleh saya terus terang?

suami: ya..dah suami isteri kan apa nak
malu malu

isteri: sebenarnya saya dah tiada dara. kesilapan
saya di zaman remaja.. saya jahil. dulu saya dah cuba
nak berterus terang sebelum nikah tapi saya dah jatuh
cinta dengan awak..maaf kan saya...

suami terdiam nampak seakan terkejut.

suami: saya...saya ceraikan awak dengan
talak 1.

Si gadis menitiskan air mata. Memang dia dah agak.

Dia dah rasa akan jadi begini.Dia pasrah segalanya.

Waktu berlalu masa berdetik setahun kemudian pemuda itu berada di WAD.Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ hatinya yang rosak telah digantikan dengan sebahagian hati penderma.Sejak 5 bulan itu lah dia berulang-alik tinggal di hospital untuk sesi terapi dan
rawatan ulangan.

Doktor yang merawat masuk ke bilik nya..

Doktor: Ada khabar  saya ingin sampaikan..

Pemuda: apa ya?

Doktor: penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang semakin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan.

Akhirnya minggu lepas beliau meninggal dunia.

Pemuda: innalillahi wainna ilaihi raaji'un.

Doktor: ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu..

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan lahan
di bacanya...

"Awak..ingat tak baju ni?Ini adalah baju nikah awak.

Awak tahu tak..baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak.Seminggu saya belajar jahit sampai luka luka jari.Tak pandai sangat..tapi Alhamdulillah siap jugak..

Saya sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak ..mungkin kasih saya ni awak tak dapat terima..

Di sebabkan kisah silam saya.Namun jangan lah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang.

Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri walau pun tidak sampai 24jam.

Awak tetap suami dunia akhirat.Maaf bila saya tak sempurna".

Pemuda kehilangan kata kata.Tumpah seribu air mata!!!

"Air mata mata kini tak berguna lagi.Hanya doa yang dapat menyertainya.

Aku terpaku di atas pusara.

Ingin rasanya ku turut serta.

Bersamamu isteriku!

Namun tiada daya dan upaya ku
terhempas di lembah duka dan nestapa!!!"

#belajar lah menerima kekurangan dan
kesalahan orang lain.Tak ada manusia yang
sempurna dan tak pernah melakukan kesalahan.

Tak semesti nya orang yang kita lihat tak penah buat salah di jamin masuk syurga.
Dan orang yang kita lihat sentiasa jahat itu dijamin ke neraka.

"TIDAK ADA YANG SEMPURNA KECUALI ALLAH"


cr : kutukan dewata                                                           

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.