Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 21, 2015

Siapa JEMUAN Sebenar UMNO?

Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin usaha Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib Razak dalam masa terdekat atas alasan bekas PM itu tidak cukup power. “Saya tidak kira Mahathir berjaya untuk menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa untuk berbuat begitu,” begitulah kata Tengku Razaliegh Hamzah.
“Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia sukar menjadi kenyataan,” katanya.

Menurut ahli parlimen Gua Musang itu lagi, jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, ia semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib. Menurutnya Najib telah mengikat orang-orang itu agar menjadi penyokong dengan mengikat mereka dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit.
“Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta… jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut,” ujarnya sambil ketawa.

Jelas Tengku Razaleigh lagi, sebagai membuktikan yang kedudukan Najib masih kuat ialah bila dilihat kepada pertemuan yang diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Najib 8 Mac lalu. Katanya mereka yang hadir itu walaupun bukan seratus peratus orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir juga hadir sama.
————————–
UMNO memang ramai penyangak dan di kalangan 191 Ketua UMNO Bahagian juga majoritinya membawa perangai sama. Kalau nak dikatakan Jemuan/Pelesit/Penyangak/Hantu Raya (mereka yang ada di kepimpinan Bahagian adalah kelompok paling awal layak diangkat sebagai Jemuan dalam UMNO).

Masalah kepada UMNO dan Najib bukan soal JEMUAN sahaja.

Penyangak Dalam PMO

Di dalam PMO sendiri pun ramai penyangak dan pelesit. Apakah PM tak nampak dan tak pernah perhati? Tak pernah dapat laporan bagaimana staff PM sendiri pun kaki sakau dan rembat projek? Tak tahu.

Cuba tanya kepada Dato’ Amhari berapa banyak duit political advertisements yang dia sudah rembat dan asingkan untuk diri sendiri? Berapa banyak duit yang kononnya dibayar kepada Google dan search engine lain untuk dapatkan slot khas sewaktu pilihanraya?

Berapa banyak peruntukan BETTER NATION yang telah dikelepet oleh orang-orang di PMO?

Dracula

Masalah Najib juga adalah hantu raya Mat Saleh yang berkeliaran di PMO dan MoF. Macam-macam nama ada. APCO, McKinsey, PEMANDU ini juga terlibat dengan agenda cekik darah.

Bajet mereka unlimited. Cakap sahaja apa hendak, semua jalan.

Tak rasa mereka juga penyangak yang selama ini makan duit rakyat?

Cerita pasal Ketua Bahagian yang kaki sakau ini biasalah. Dari dulu dah ada. Cuma sekarang ini mereka sudah lebih bijak kumpul harta untuk tujuh keturunan.

Cr :  gelagat anwar

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.