Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 8, 2015

[PRK PERMATANG PAUH][GANAS] Kenderaan polis dikepung penyokong PKR pukul 10 Malam Tadi, Timb. Ketua Menteri P.Pinang TERLIBAT

PERMATANG PAUH - Dua buah kenderaan yang dinaiki sepasukan polis termasuk daripada unit pemusnah bom dikepung kira-kira 300 penyokong PKR di hadapan pintu masuk pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kumpulan berkenaan dikatakan melihat dua kenderaan polis itu dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak menghalang dengan menggunakan beberapa buah kenderaan.

Keadaan bertambah tegang apabila penyokong  PKR yang berkonvoi menggunakan motosikal mula berhimpun dihadapan sekolah berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Mereka yang curiga dengan kehadiran anggota polis di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada kepimpinan PKR negeri.

Tidak lama kemudian Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon bersama peguamnya tiba ke lokasi berkenaan bagi mendapatkan penjelasan daripada polis .

Sinar Harian difahamkan,kehadiran pasukan polis berkenaan disebabkan penugasan flushing atau pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan pusat mengundi itu selamat daripada sebarang ancaman.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.