Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, July 27, 2015

PADAH IBU MUDA BERANAK TIGA GILA.MAIN WECHAT, DIUGUT BUNUH LELAKI KALAU ENGGAN BERHUBUNGAN SEKS DI HOTEL!!!


Sunday, July 26, 2015

PENGGUNA media sosial khususnya wanita masa kini lebih gemar menghabiskan masa dengan memuat naik status dan pelbagai paparan aktiviti termasuk gambar ke akaun laman sosial masing-masing. 

Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar bahaya yang datang menyusul sekiranya kita terlalu seronok mendedahkan aktiviti seharian serta butir peribadi ke alam maya. 

Pengakuan ibu muda kepada ​tiga ​orang anak yang masih kecil, Erma (bukan nama sebenar) benar-benar membuka mata tentang bahaya penggunaan media sosial yang tidak terkawal. 

Erma, 32, merupakan seorang pekerja sektor perkhidmatan yang menetap dan bekerja di ​Petaling Jaya. 

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, Erma mengakui gemar menghabiskan masa yang terluang di ruang media sosial, tidak kira di Facebook, atau Twitter.

Teruja dengan aplikasi media sosial WeChat yang pada masa itu menjadi kegilaan remaja dan golongan yang gemar bersosial, Erma tidak mahu ketinggalan untuk turut mencuba aplikasi tersebut. 

Pada mulanya ia hanya untuk suka-suka. Tekan sahaja butan Search Nearby (carian berdekatan), pasti berderet individu tersedia untuk ditambah sebagai kenalan. 
Menurut Erma, perkenalannya dengan ​Rosman (bukan nama sebenar) bermula sejak tiga bulan ibu kepada ​tiga anak ini menggunakan aplikasi tersebut.

“Saya berkenalan dengannya (​Rosman) ketika saya masih baru menggunakan aplikasi WeChat. ​Rosman meminta saya meluluskan permintaannya untuk menjadi salah seorang daripada kenalan saya,” katanya.

Tambah Erma lagi, segala-galanya tentang ​Rosman termasuk gambar yang digunakan di profilnya adalah palsu.

​Lelaki itu tidak pernah mendedahkan gambarnya yang sebenar sehinggalah pertemuan antara mereka dirancang.​

​Ujar Erma lagi, selama perkenalannya dengan jejaka WeChat itu, R​osman menggunakan gambar seorang lelaki yang agak tampan hanya untuk mengumpan wanita untuk dijerat kemudian harinya.

Kata Erma, walaupun Rosman tersenarai sebagai salah seorang kenalan dalam aplikasi tersebut, Erma tidak pernah memulakan perbualan dengan lelaki tersebut.

“Saya tidak pernah tegur dia, biasanya dia tegur saya. Itu pun jarang sekali saya balas kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga.

“Saya memang ada reply (balas) mesej dia beberapa kali, tetapi ia hanya perbualan biasa, yang lama kelamaan bertukar dan berbaur lucah,” luahnya kepada penulis.

Jelas Erma lagi, perbualan antara kedua mereka tidak lagi berlangsung apabila Rosman berubah. Kerap kali Rosman menghantar pesanan menerusi Wechat untuk mengajaknya mengadakan hubungan seks di hotel-hotel mewah dan hotel bajet.

“Saya tidak layan (berbalas mesej) dia sejak dia mula minta yang bukan-bukan dari saya. Sejak itu dia mula mengugut saya dan anak-anak saya. Katanya, jika saya tidak layan dia, dia akan cari anak-anak saya dan akan bunuh kami,” ujarnya lagi.

Mengakui situasi mula memuncak, Erma yang semakin buntu akhirnya berterus terang dengan suami.

“Dia kenal anak-anak saya menerusi gambar yang dimuat naik oleh saya sendiri ke akaun WeChat saya. Bila saya kerap diugut, suami cadangkan saya buat laporan polis.

“Saya ikut cakap suami dan terus buat laporan. Kebetulan saya ada sepupu yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman, dia membantu kami untuk menangkap Rosman,” katanya lagi.

Rancangan memerangkap Eddy dimulakan sebaik sahaja sepupu Erma, ​Amir (bukan nama sebenar) menyamar sebagai Erma dan mula membalas teks yang dihantar Rosman.

“Amir yang menyamar sebagai saya,merancang pertemuan antara kami. Sebelum berjumpa, dia (Rosman) meminta saya masukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya atas alasan untuk membayar pendaftaran masuk ke hotel tersebut.

“Mujur​ Amir bijak mencari alasan. Kata ​Amir ​bagi pihak saya​, kos tersebut akan dibayar sebaik sahaja kami berdua mendaftar masuk ke hotel tersebut. 

“​Rosman​ m​ahu saya ke salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur di mana kami akan berjumpa di kafe hotel sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut,” katanya. 

Erma dan suami bersama beberapa anggota polis ke hotel tersebut seperti yang dirancang. Dari jauh kelihatan seorang lelaki bersusuk tubuh gempal sedang duduk santai di kafe, seolah-olah menunggu seseorang lagaknya. 

Erma diarahkan Amir untuk berjumpa dengan lelaki tersebut untuk memastikan bahawa dia adalah suspek yang bakal ditahan Amir. 

“Walaupun rasa tidak selesa, saya tetap berjumpa dengan Rosman. Kami bertanyakan nama masing-masing sebelum saya diminta duduk oleh Rosman.

“Selepas beberapa minit berbual kosong, Rosman mengajak saya untuk check in (mendaftar masuk) ke hotel. Ketika kami bangun dari tempat duduk masing-masing, Rosman ditahan polis,” katanya lagi kepada penulis.

Rosman ditahan beberapa hari oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut, bagaimanapun menurut Erma, dia dibebaskan atas jaminan polis.

Sejak itu, Erma tidak menerima gangguan dari ​Rosman lagi. Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.