Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, November 20, 2015

Presiden AS Barrack Obama Tiba Di Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang kira-kira jam 3.16 petang tadi.

Obama yang tiba dengan menggunakan pesawat Air Force One dijangka berada di Malaysia selama tiga hari yang dijadualkan menghadiri sesi dialog di Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Taylor selain mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Najib Razak serta menghadiri Sidang kemuncak ASEAN 2015.

Bagi melicinkan perjalanan Obama beberapa jalan utama telah ditutup yang menyebabkan kesesakan luarbiasa berlaku apabila Lebihraya Persekutuan daripada Subang menghala ke Kuala Lumpur ditutup sejak 4 petang tadi.

Lebuhraya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC) selesai, menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur.









No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.