Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, December 22, 2015

Jom Kita Bagi Sokongan Kepada Syarikat Penerbangan Rayani Air....Penerbangan Patuh Syariah Pertama




Rayani Air yang memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan Kota Bharu merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia.

Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.

Rayani Air menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji.


Image result for rayani air


Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, untuk permulaan, syarikat penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil 'langkah kecil' untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan dalam beberapa tahun akan datang.    

"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji)," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi, hari ini.    

Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.    





Rayani Air bermula hari ini

1 comment :

Anonymous said...

Kenapa tak buat satu koc khas utk. wanita; ini adalah satu masalah dlm. kapalterbang; kerana kdg-kdg.kita terpaksa berhimpit di antara kaum lelaki selama BERBELAS jam; apalagi yg. minum ARAK! Sy. penerbangan Islam JANGAN takut berikan keistimewaan sebegini pd. kaum wanita. Dan aku tengok kot paramugari tu agak pendek dan utk. paramugari yg. tak pakai tudung, lehernya terlalu luas - kerana bila depa tunduk menghidang makanan/minuman; akan jadi masalah seksual! Apalagi penerbangan yg. pi Umrah/Haji -kan ramai warga emas Islam mahupun yh. knservativ, yg. takkan suka ni semua! Depa juga da hak; kita bukan NEGARA BARAT/ZIONIS yg. amat BENCIkan tradisi yg. diangap konservativ, apalagi dlm. Islam.

Begitu juga dgn. Rapid KL (yg. seolah TAMAK keuntungan semata) - apa salahnya sediakan satu tren penuh hanya utk. wanita bila waktu SESAK (peak hours - bukan kita minta sepanjang masa) kerana kaum wanita cukup MENDERITA terpaksa BERHIMPIT mcm. SARDIN dgn. kaum lelaki; yg. ada punya MIANG-nak-MAMPOS pula tu; apalagi bila ada wanita MIANG pakai baju LUCAH; maka wanita lain yg. SOPAN mahupun anak-anak gadis kecil, juga turut jadi MANGSA perlakuan seksual-yg.-tidak diingini ini!

Mahupun KTM - KTM tu bila waktu sesak; tak dak lagi dah koc wanita; habis dicerobohi kaum lelaki sebab koc depa pun dah penuh; jadi KTM, tolonglah sediakan satu TREN kas utk. wanita di waktu sesak; bukan hanya beberapa koc! Tapi bila waktu tak sesak pun, peraturan ni tetap diREMEHkan ramai pelancong asing (naik sajalah laluan Batu Caves yg. penuh pelancong Barat - buat tak reti peraturan ni; KURANG AJAQ betul!) dan warga asing mahupun lelaki Malaysia ni tak menghormati peraturan ni - seolah mahu mencabar hak wanita berkaitan KESELAMATAN dan KESELESAAN ini! Kem Wanita tu SENYAP aja psl. ni apasal?!

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.