Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 19, 2016

Fairus Kini Bergelar YM Tunku



PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang, Datuk Seri Mohammad Fairus Khairuddin kini bergelar Yang Mulia Tunku Datuk Seri Panglima dengan mendakwa dirinya berasal daripada keturunan kerabat diraja Kedah.

Berdasarkan perkembangan itu, beliau dilihat menjadi individu yang sarat dengan pelbagai gelaran dan darjah kebesaran dalam masa singkat.

Menerusi akaun Facebook, Mohammad Fairus secara terbuka menggunakan nama 'YM Tunku DS Mohammad Fairus'.



Mohammad Fairus pada majlis pemasyuran sebagai kerabat Kedah.

Hasil carian di Internet pula mendapati Mohammad Fairus 'dimasyurkan' mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja kesultanan Kedah pada 8 Ogos 2015.

Istiadat pemasyuran berkenaan diadakaan serentak dengan Majlis Istiadat Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara (PSSGN).

Menerusi laman web rasmi PSSGN, dinyatakan bahawa susur galur Mohammad Khairuddin dengan kerabat diraja Kedah adalah melalui bapanya yang menggunakan gelaran 'Tunku Khairuddin Ibni Tengku Che Kama' dari keturunan Almarhum Tuanku Sultan Sir Abdul Hamid Halim Syah Ibni Almarhum Tuanku Ahmad Tajuddin Mukarramsyah iaitu Sultan Kedah yang ke-25.

Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai TKM1 Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2009 dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.

Mohammad fairus bersama pimpinan kanan PSSGN.
Beliau kemudiaannya mengumumkan menyertai Umno pada 2010.

Selepas dua tahun dikatakan menyambung pengajian di luar negara, Mohammad Fairus mula menggunakan gelaran doktor falsafah pada pangkal namanya pada Ogos 2011 diikuti dengan anugerah 'datuk' pada Julai 2012, sekali gus bermakna beliau telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD. Bagaimanapun tempoh sebenar beliau mengikut pengajian itu tidak diketahui.

Beberapa bulan kemudian iaitu sekitar September 2012, terdapat laporan media arus perdana mula menggunakan gelaran 'datuk seri' pada pangkal nama Mohammad Fairus.

Dua tahun selepas itu iaitu sekitar Julai 2014, Mohammad Fairus mula menggunakan gelaran 'profesor' iaitu gelaran akademik yang paling tinggi.
mStar Online kini sedang berusaha untuk mendapatkan komen Mohammad Fairus berkaitan pencapaiannya sehingga memperoleh pelbagai gelaran dalam bidang akademik, darjah kebesaran diraja serta negeri.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.