Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, February 23, 2016

PM Najib Pegang Tiga Prinsip Kekalkan Beliau Dalam Politik



Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, katanya.
Dalam dewan ini misalnya, Kelab Sahabat N87 yang hadir, sentiasa setia bersama saya selama ini dalam keadaan senang, cemas, tetap bersama saya,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil bersempena ’40 Tahun Najib Razak dalam Politik’ semalam.
Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri daripada bekas ketua pemuda UMNO sezaman dengan Najib.
Datuk Seri Najib menjelaskan beliau juga memegang prinsip tidak pernah bertanding untuk menjatuhkan sesiapa dalam politik.
Rekod saya dalam setiap pertandingan kalau ada kosong baru saya bertanding, dengan ini saya tidak akan jatuhkan sesiapa,” katanya.
Prinsip ketiga pula adalah tidak pernah membeli undi dalam parti.
Allahyarham ayahanda saya yang membina UMNO dan saya takkan menjadi anak yang menghancurkan parti,” tegas beliau.
Perdana Menteri berkata biarpun beliau disifatkan penyabar oleh rakan politiknya, namun mengakui kesabaran beliau ada hadnya terhadap mereka yang cuba mencalar kredibiliti kepimpinannya.
Ya…saya penyabar, saya setuju. Tetapi sabar ada had juga. Jangan fikir saya diam boleh buat sesuka hati, dan jika sudah melebihi had saya akan bertindak tetapi mestilah berdasarkan fakta dan kepentingan kerajaan,” katanya.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.