Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, February 14, 2016

Sultan Johor Pandu Sendiri Kerata Api Dari JB ke Segamat


sultan-johor-pandu-keretapi

Sekitar jam 9.45 pagi hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu sendiri kereta api untuk kali kesembilan dari Stesen JB Sentral ke Segamat.
Tuanku dilaporkan berangkat dari Istana Pasir Pelangi dan tiba di Stesen JB Sentral kira-kira jam 9.30 pagi.

Sumber Berita Harian melaporkan, baginda memandu tren sewaan khas bagi perjalanan Johor Bahru-Kuala Lumpur dengan diiringi dua pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Sebelum memulakan perjalanan, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin telah mengetuai bacaan doa sebelum tren berkenaan memulakan perjalanan.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira empat jam itu menelusuri lapan stesen KTMB itu membabitkan tren enam gerabak dengan anggaran jarak sejauh 180 kilometer.

Untuk rekod, Sultan Johor memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 sejak 28 Jun 2010. Disepanjang perjalanan itu juga, baginda turut meninjau keadaan kebersihan dan kemudahan pengangkutan di laluan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.


Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.