Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 24, 2016

Gadis Misteri, akaun Bersumpah Puji Guan Eng DAP dan Ambiga

Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng DAP (yang tidak tahu harga pasaran banglo sendiri) telah menuduh kononnya PAS dan Umno berganding bahu, mendesak beliau supaya bercuti sementara siasatan oleh SPRM terhadap isu pembelian banglo dan penjualan tanah Fasa 2 projek Rumah Rakyat di Taman Manggis. Guan Eng mendakwa kononnya ia 'bermotifkan politik'.



Banglo jalan Pinhorn itu No Swimming Pool dan jauh lebih murah daripada harga pasaran 

Guan Eng DAP mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa Ambiga Sreenevasan, bekas pengerusi Majlis Peguam juga telah menyarankan kepada Setiausaha Agung DAP itu untuk mempertimbangkan pilihan yang ada, termasuk mengambil cuti! 


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/apa-salahnya-bercuti-ketika-siasatan-sprm-ambiga-saran-guan-eng#sthash.2IRMVOkB.dpuf

Untuk rekod, S Ambiga Sreenevasan merupakan salah satu peguam yang dilantik oleh kerajaan DAP di dalam kes Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram.
  

http://www.bharian.com.my/node/31767
Pada 15 Mac 2016, Lim Guan Eng DAP juga telah melantik Ambiga Sreenevasan untuk membantu kerajaan DAP dalam isu MBPP dan projek pembinaan di tanah lebih daripada 76 meter (250 kaki) di Pulau Pinang.
http://limguaneng.com/index.php/2016/03/15/prof-gurdial-singh-nijar-al-sadu-singh-and-datuk-ambiga-sreenevasan-appointed-to-assist-the-penang-state-government-and-majlis-bandaraya-pulau-pinangmbpp-to-uphold-the-appeals-board-decision-so-as/

Ironinya, pada tarikh 13 Februari 2016 sebelum perlantikan ini, Ambiga telah mengkritik dan mendedahkan isu projek tanah yang sama! Beliau mendedahkan tentang wujudnya permohonan projek pada tahun 2011 yang diluluskan oleh kerajaan DAP. Dan 
55 blok pembangunan tinggi di tanah bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan DAP pada tahun 2008 - 2015!

Skandal projek tanah bukit ini merupakan satu lagi isu integriti yang menyelubungi Setiausaha Agung DAP tetapi terlepas pandang oleh rakyat. 

Dan setelah mengkritik, Ambiga dapat pula menjadi peguam mewakili kerajaan DAP negeri? Macam mana tu?


Dan sekarang, Ambiga Sreenevasan telah menyarankan Lim Guan Eng DAP mempertimbangkan supaya Lim Guan Eng mengambil cuti. 


Persoalannya, apakah Setiausaha Agung DAP ini akan memecat bekas pengerusi Majlis Peguam itu kerana membuat kenyataan yang hampir sama dengan saranan PAS dan UMNO?


Apakah Ambiga juga telah 'berganding dengan PAS dan UMNO' dalam isu banglo dan tanah Fasa 2 Taman Manggis ini?


Kita pun sudah sedia maklum bahawa sebelum ini, Guan Eng DAP telah memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP negeri. Apakah Ambiga mangsa yang seterusnya atau kerajaan DAP takut untuk melakukannya?

Lim Guan Eng juga telah menggunakan nama Allahyarham Nik Aziz untuk mempertahankan diri sendiri. Kenyataan Guan Eng di bawah ini juga ibarat terpalik ke muka Pembangkang sendiri!
Tambahan pula, sekiranya seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu bercuti setiap kali laporan rasuah dikemukakan kepada SPRM, laporan-laporan yang mengarut dan tidak berasas juga boleh dijadikan senjata politik, dan semua orang akan terpaksa bercuti.
Apakah beliau tidak tahu (selain daripada tidak tahu harga pasaran banglo dan Fasa 2 Taman Manggis) bahawa Pembangkang yang sibuk meminta PM Najib Razak untuk berehat dalam isu 1MDB?

Come on ……. Lim Guan Eng DAP.

Dalam masa yang sama, Akaun Sumpah bekas pemilik banglo Jalan Pinhorn juga telah dipertikai oleh rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. Kita tentu hairan apakah istimewanya Miss P ini hinggakan akaun sumpah beliau disiarkan di dalam blog rasmi Lim Guan Eng DAP?


Sebelum ini, Exco kerajaan DAP negeri yang membuat sidang akhbar dan seperti menjadi wakil kepada Miss P, bekas pemilik banglo No Swimming Pool itu. 



Apakah istimewanya Miss P hinggakan kerajaan DAP negeri yang menjadi wakil beliau?

Akuan Sumpah Miss P ini juga telah mendatangkan keraguan.
Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada KM telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri.
Kita pun tidak faham kenapa Miss P sanggup rugi jutaan ringgit kerana menjual banglo beliau jauh daripada harga pasaran. Dan Miss P juga mengaku 'tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri'. Tetapi apabila kita rujuk web milik kerajaan negeri iaitu InvestPenang, nama dan syarikat Miss P tersenarai di dalamnya. 


Miss P juga gagal untuk menjelaskan kaitan beliau dengan seorang lagi pemilik syarikat yang juga mempunyai saham di dalam KLIDC.

Satu laporan polis telah dibuat tentang Akaun Sumpah yang meragukan ini. 


Nampaknya, isu banglo Terlajak Murah diMiliki Lim Guan Eng dan tanah Fasa 2 Taman Manggis ini menjadi semakin panas. 

Ianya menimbulkan pelbagai keraguan yang mempertikaikan integriti dan nilai C.A.T yang selama ini dilaung-laungkan oleh kroni tegar Lim Kit Siang DAP itu. Setiausaha Agung DAP disarankan untuk menjawab segala keraguan ini.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.