Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 8, 2016

Laporan Akhir Audit 1MDB Bukan Lagi Dokumen OSA - Hasan





 Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, Laporan Akhir Pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbeza seperti Laporan Akhir Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun.


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini mengesahkan Laporan Akhir Pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan dokumen rahsia sebaik sahaja laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan di Parlimen.


Beliau berkata, laporan berkenan berbeza seperti Laporan Akhir Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun.


“Pada Mesyuarat hari ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan selepas Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB tidak lagi menjadi dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” kata Hasan dalam satu kenyataan, hari ini.


Hasan berkata, PAC ingin menjelaskan wujud kekeliruan berhubung laporan berkenaan yang diklasifikasikan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas pembentangan laporan berkenaan Jumaat lalu.


“PAC ingin menegaskan Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi sehingga Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen.”


Laporan ketua audit negara (LKAN) katanya akan dibentangkan ke Parlimen setiap tahun terlebih dahulu seterusnya menjadikan ia sebagai dokumen awam.


Beliau berkata, ketua audit negara kemudian membentangkan LKAN kepada PAC, kemudian jawatankuasa itu memilih beberapa topik dalam LKAN untuk dibincangkan secara mendalam melalui mesyuarat prosiding.


“Laporan topik yang dibincangkan PAC itu kemudian dibentangkan kepada Parlimen sebagai dokumen awam.


“Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dibentangkan terus kepada PAC selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 5 Mac 2015 yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB.”


Beliau berkata, keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB adalah hak ketua audit negara yang mempunyai kuasa perundangan bagi menjaga kredibiliti dan kerahsiaan Jabatan Audit Negara bagi mengelakkan ia dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab sehingga memberikan persepsi negatif terhadap Jabatan Audit Negara dan PAC.”


Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat tidak perlu berasa bimbang dan harus yakin dengan syor serta rumusan laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB yang dibentangkan ke Dewan Rakyat nanti kerana ia dirumuskan oleh ahliahli PAC terdiri daripada parti Barisan Nasional dan pembangkang.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.