Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 10, 2016

Pakatan Harapan Ibarat Nabi– Suhaizan Kayat



AIDC  - PAN muncul membuat dakwaan karut apabila menyamakan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti DAP itu ibarat nabi-nabi Allah S.W.T menentang golongan kufur satu waktu dahulu.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat berkata, nabi-nabi menentang Firaun, Namrud dan Abu Jahal, manakala Pakatan Harapan yang didominasi DAP pula menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Nabi Musa lawan Firaun, Nabi Ibrahim lawan Namrud, Nabi Muhamad lawan Abu Jahal dan Abu Lahab dan Pakatan Harapan lawan UMNO-BN.
Bukan zamannya Pakatan Harapan lawan Firaun atau Namrud atau Abu Jahal atau Abu Lahab,” dakwanya dalam akaun Facebook beliau baru-baru ini.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS dalam pada itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Dakwa beliau, keluarga mereka pernah terseksa teruk di bawah pemerintahan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak menjadi isu untuk ketiga-tiga mereka kini menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan UMNO.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.