Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 26, 2016

Cina dan India Perlu Keluar Dari Malaysia Kerana Negara Ini Tidak Bagus Untuk mereka!!!

Membaca tulisannya sekali imbas, dan dengan otak singkat pasti akan membuatkan kita menganggap tulisannya itu adalah satu bentuk rasisme yang amat tegar.

"Orang Cina dan India perlu keluar dari negara ini kerana negara ini sudah tidak bagus untuk mereka tinggal di dalamnya."

Tanpa ayat-ayat seterusnya atau faham bahasa sindiran, tulisan Eddie Putra, seorang aktivis masyarakat dan seorang jurugambar, pasti akan disalahfaham dan dia akan dikatakan sebagai seorang pengamal rasisme.

Dalam salah satu postingnya di Facebook yang mendapat banyak reaksi daripada para pengikut dan pembacanya, Eddie mencadangkan agar orang Cina dan India mula mengumpulkan dana untuk membeli 'mana-mana bahagian di dunia ini' bagi membina negara baru kerana mereka tidak seharusnya dilayan dengan teruk di Malaysia.

<"So, wa ingat ar, Cina sama India boleh kasi plan mau cari lain tempat duduk la. Semua orang Cina sama India derma sikit wang, beli mana mana tempat dalam dunia, kasi bina satu negara baru. Ini tempat sudah tarak syok la."
"You guys don't deserve to be treated this bad".
"And kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah. Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow." >

Menurutnya, keharmonian antara kaum di negara ini sudah berlalu seiring dengan zaman. Zaman di mana orang Cina memperkukuhkan ekonomi negara manakala orang Melayu memastikan negara ditadbir dengan sempurna dan orang India, sama ada yang terlibat dengan perniagaan mahupun bekalan tenaga kerja, sudah lama berlalu. 

Mungkin ada benarnya seperti yang dinyatakan oleh Eddie Putra, apatah lagi hubungan antara kaum diburukkan lagi oleh golongan pemburu kuasa yang sedang gila mencari pelbagai alasan agar mereka menang. 

Contoh terbaik adalah di PRN Sarawak sekarang ini. Pada ketika parti-parti politik tempatan Sarawak menggunakan isu-isu pembangunan dan keselesaan penduduk, parti-parti politik dari Semenanjung khususnya DAP mempersoalkan tentang keistimewaan dan kedudukan bangsa Bumiputera. DAP mempersoalkan tentang sesuatu yang telah diterima ramai suatu ketika dahulu dan mahukan satu perubahan besar berlaku di negara ini dengan perubahan tersebut menuntut segala teras yang membentuk negara ini, diruntuhkan dan dihapuskan. 

Dan mereka jugalah yang banyak memperkatakan tentang ketidakadilan kepada orang Cina di negara ini tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri enggan mencari tempat lain selain Malaysia untuk tinggal dan berhabitat.

Perubahan-perubahan yang dituntut, hampir keseluruhannya melibatkan hak-hak Melayu-Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Isu yang tidak pernah dipopularkan sebelum ini, kini menjadi satu rutin yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia, sekaligus menjarakkan hubungan antara kaum dan pengamal agama di Malaysia. 
Seterusnya

Laporan WSJ Mengenai Laporan PAC Pembohongan Terang-Terangan - 1MDB


1Malaysia Development Berhad hari ini menegaskan sebagai ‘pembohongan terang-terangan’ laporan Wall Street Journal mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berhubung dana pelaburan strategik kerajaan.



Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus itu langsung tidak mencadangkan bahawa dana itu telah hilang daripada 1MDB atau terdapat sebarang rujukan kepada siasatan jenayah.



“Sebaliknya, laporan itu mengesyorkan supaya agensi-agensi penguatkuasaan menjalankan siasatan terhadap beberapa bekas pengurusan syarikat,” kata 1MDB.



PAC hari ini mengedarkan laporan itu di Dewan Rakyat.



WSJ menyiarkan tajuk berita di dalam laman webnya mendakwa PAC “mendapati berbilion-bilion dollar telah hilang daripada dana pelaburan negara itu dan mengesyorkan supaya pengurusan kanan berdepan siasatan jenayah.



“Kami menggesa Wall Street Journal untuk segera mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan palsu itu yang, sekali lagi, memperdaya menerusi laporan berat sebelah dan tidak betul mengenai syarikat ini,” kata kenyataan itu.


— BERNAMA

Wednesday, April 20, 2016

Penyuntingan Ayat Tidak Jejas Laporan PAC - Hasan



KUALA LUMPUR: Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.

"Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas. Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata berkata pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.

Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP Tony Pua hari ini yang mengatakan beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.-Bernama

Tun M Kata Laporan Audit PAC Boleh Di Tipu ~ Pernah Buat Ke? Sekarang Semuanya Tidak Baik Baginya....


pacc

It takes a thief to catch a bigger thief – orang putih kata hanya penyamun lebih besar sahaja mampu menangkap penyamun biasa.

Dibawah ini petikan dari sebuah portal propembangkang berkenaan kenyataan Tun Mahathir “-

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau hilang kepercayaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menurutnya, laporan audit tidak boleh mendedahkan segala kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan audit hanyalah berbentuk akaun, orang yang tulis akaun 1MDB itu dia boleh tipu, jadi laporan audit juga tidak berkesan,” katanya.

Mahathir dengan lantang memberi kenyataan dia tidak percaya kepada semua laporan audit dari PAC dan secara terus terang bermaksud semua yang ada dalam PAC tidak boleh dipercayai.

Dalam pada kenyataan ini bermaksud semua laporan boleh ditulis ikut suka hati dan boleh diubah ubah ikut kehendak.

Para ahli panel yang kita kenali dalam PAC selalunya tidak bersetuju antara satu sama lain sudah berpakat agaknya untuk membuat laporan tidak betul. Itulah pada perkiraan Tun Mahathir.

Agaknya Tun bercakap dari pengalaman sendiri, atau pernah melakukannya.

Seperti biasa Tun Mahathir dengan antiknya, mengaku kalah adalah petanda cita-cita sulit tidak dapat diteruskan dan banyak benda tersangkut akan terus lepas begitu sahaja. Maka spin selagi boleh.
Paling peliknya, penyokong ProTun ada sejenis sifat yang tidak dimiliki oleh puak lain di dalam politik.

Sambil mereka tidak dapat memberitahu hal sebenar , tetapi dalam masa sama hal sebenar yang diiberitahu semua mereka anggap tipu belaka. Mereka tidak percaya pada jawapan orang lain, dengan berkata ia jawapan tipu, tetapi apabila diminta jawapan yang sebenar mereka tidak dapat kemukakan.

Tarikh kemasukan wang 1MDB ke dalam akuan peribadi pun mereka tidak dapat kemukakan walaupun beratus kakitangan bank pro mereka boleh membantu mengintainya. Bukan sahaja penyokong Tun, malah penyokong Rafizi pun gagal memperolehnya meskipun Rafizi ada rangkaian untuk berbuat demikian seperti kes BAFIA nya.

Ini kerana transaksi seperti didakwa tidak wujud. Tun Mahathir yang melalui banyak skandal dalam pemerintahannya lepas begitu sahaja, entah pernah diaudit atau tidak. Ada juga  penyokong Tun mencabar supaya Tun didakwa jika banyak skandal, mungkin kerana dia tahu Tun memerintah agak lama sehingga saksi dan kakitangan yang terlibat dalam kes-kes itu semua sudah pencen hilang entah kemana, dokumen sudah lesap dan sebagainya.

Maka beranilah dia mencabar. Apa yang ada kini hanya rekod skandal itu pernah berlaku, kisah disejarahkan dalam buku penulis dan rekod orang-orang tertentu. Ketika Tun Mahathir menyatakan dia tidak percaya pada laporan PAC dan audit, kita juga sedang melihat Tun bertungkus lumus menjawab isu PROTON dan kegagalannya dalam sebuah akhbar professional ProPembangkang.

Setelah 30 tahun, dan 14.5 billion wang rakyat disesah, apakah kita hendak percaya pada ulasan Tun? Kegagalan dalam 5 tahun boleh diterima, tetapi PROTON 30 tahun, dan majoriti tahun itu Tun ada di dalamnya. Ketika wang dana dari cukai rakyat dialihkan kepada PROTON sebagai injection, wang jual kereta dan spare parts kemana pula perginya?

Apakah jawapan Tun hendak kita percaya, jika yang beraudit dan bertulis pun dikata boleh diubah, inikan jawapan dari mulut Tun yang sentiasa berubah-ubah. Tun Mahathir harus berterus terang, mengaku bahawa jika 1MDB ditutup, maka cita- cita Tun bertambah jauh.

Hentikan menggunakan rakyat yang taksub kepada Tun, kerana apabila Tun berjaya, yang gemuk dan senang bukannya rakyat, tetapi yang berada sekeliling Tun sahaja sepertimana sekarang.

Tuesday, April 12, 2016

Jemput Kuasa Luar Jajah Malaysia: Mahathir Difitnah, Tetapi Dia Tidak Berani Saman The Weekend Australian




Berita tentang Mahathir menjemput kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal politik di Malaysia, hebat diperkatakan sepanjang minggu ini. Mahathir pula memilih untuk mendiamkan diri dan menunggu saat yang sesuai untuk mengeluarkan kenyataan terbaru.

Bagaimanapun hari ini, Dr. Mahathir menafikan yang beliau berbuat begitu. Sebaliknya beliau berkata yang beliau  tidak meminta campurtangan asing untuk menjatuhkan Najib. 

Hairan juga kerana Mahathir adalah orang yang paling kalut mendesak Najib untuk menyaman WSJ dan Sarawak Report, tetapi dia sendiri tidak pernah berani menyaman mana-mana media asing walaupun sepanjang 22 tahun pentadbirannya. 

Peluang untuknya membersihkan namanya daripada dicemari label PENGKHIANAT dan PENDERHAKA sudah terbuka luas dengan menyaman akhbar The Weekend Australia kerana menfitnahnya.

Ada berani? 





Barry Wain adalah salah seorang journalist, wartawan dan editor The Asian Wall Street Journal yang merupakan anak syarikat The Wall Street Journal, telah menghasilkan sebuah buku berjudul 'The Malaysian Maverick' di mana tuduhan ke atas Mahathir menggelapkan wang negara berjumlah RM100 bilion, tidak pernah dicabar oleh Mahathir sehinggalah Barry Wain meninggal dunia pada Februari 2013 di Singapura. ( Baca Sini dan Sini )

Barry Wain juga berasal dari Australia.

Cabaran Mahathir ke atas Najib, sekarang berbalik ke batang hidungnya sendiri. Mampukah dia menyaman dan membersihkan dirinya daripada tuduhan menderhaka kepada Malaysia dengan menjemput kuasa-kuasa asing untuk masuk campur dalam hal ehwal negara ini?

Atau pun dia akan terus berputar belit memberikan jawapan-jawapan genius seperti biasa?

Monday, April 11, 2016

Dr Tan Seng Giaw : Lim Guan Eng Tidak Ikut Undang-Undang { VIDEO }




Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menasihati Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengikut lunas undang-undang dalam menghadapi siasatan skandal banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis, memetik blog MyMassa sebagai berkata.

Bagi saya, bila ada siasatan, kita ikut undang-undanglah. Itu sahaja. Jangan cakap lebih banyak,”katanya.

Hanif Yon, rakan twitter penulis pula menggesa Guan Eng memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesuai dengan slogan CAT (Competency, Accountability and Transparency) yang sering diwar-warkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Amalan CAT sebagai tonggak pentadbiran Ketua Menteri Guan Eng yang mentadbir Negeri Pulau Pinang kini pasti memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi menamatkan isu ini,”katanya.

Sementara itu, Azizi Safar mendedahkan DAP Pulau Pinang telah mengedar surat taklimat isu semasa (di bawah) di beberapa tempat berkaitan dengan isu Guan Eng.

Lim Guan Eng atur ‘road-tour’ beri penerangan kepada ahli DAP seluruh Penang berikutan pembongkaran demi pembongkaran skandal melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

DAP Penang shaken… ” Digoncang dan tergoncang…,”katanya dalam Facebook.






Wang Besaar...! Wang Besaarr...!! Dedak Lumayan Buat Mereka Yang Sabotaj Rosmah Mansor....



Malam tadi kecoh berita mengenai insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu majlis penyampaian hadiah Final Badminton Terbuka Malaysia....

Jaguh kebanggaan negara kita Datuk Lee Chong Wei berjaya menjinakkan pemain nombor satu dunia dari China, Cheng Long dengan kemenangan straight set.

Selaku Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Rosmah Mansor diberikan penghornatan untuk menyampaikan hadiah buat pemenang. Ini merupakan sesuatu yang biasa dalam mana mana aturcara program sukan biar pun diperingkat antarabangsa.

Namun begitu, didalam kegamatan dan keghairahan  para penonton yang memenuhi Stadium meraikan kejayaan Chong Wei malam tadi, terdapat segelintir dalam bilangan yang kecil sahaja cuba untuk mensabotaj upacara penyampaian hadiah tersebut.

Juak juak murahan anti Najib yang kenyang setelah disuapkan dengan upah dedak yang lumayan sanggup hadir ke final malam tadi semata mata mahu menunggu upacara penyampaian hadiah.

Menurut sumber, Mereka dikesan masuk stadium agak lewat dan tidak berminat menyaksikan final dan persembahan Chong Wei. Juak juak ini hanya fokus pada "tugasan khas" mereka setelah menerima upah dedak lumayan....

Tugas khas? Iya mudah sahaja.... Tugas mereka adakah mengejek-ngejek dengan pekikan "boo" sekuat-kuatnya apabila Rosmah tampil untuk upacara penyampaian hadiah ! 

Perbuatan yang memang dirancang untuk memalukan Rosmah.... mereka tahu akan ada balaci balaci yang akan membuat rakaman video dan viralkan di media sosial dan rangkaian whatsp group.

Demi dedak lumayan.... manusia sanggup lakukan apa sahaja ! Semoga Datin Seri Rosmah sentiasa tabah dan mendapat perlindungan Allah swt.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.


Laporan PAC Tentang 1MDB

Image result for laporan pac tentang 1mdb

Laporan PAC telah dibacakan. Dan seperti dijangka dari awal lagi, segala 'kesalahan' yang dilakukan oleh Najib kononnya, hanyalah cerita-cerita dongeng yang bersifat jahat, subversif serta mengelirukan.
Setelah sekian lama mempercayai dongengan kehilangan RM42 bilion, dan RM2.6 bilion telah disodok masuk dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Najib Abdul Razak, selain segala hujah adalah berkisar kepada fakta tersebut, hari ini, laporan PAC menunjukkan sebaliknya.
Sebaliknya DANA AWAM di dalam 1MDB langsung tidak hilang. Malah 1MDB sendiri sedang mencatatkan keuntungan walaupun pada masa yang sama, laporan PAC menyatakan keperluan kepada pembaikian serta beberapa saranan untuk melancarkan lagi pengurusan 1MDB.
Jangan terkejut dan jangan hairan apabila golongan yang selama ini mencipta pelbagai cerita Monster tentang 1MDB akan kembali dengan cerita yang lebih PUAKA sifatnya malah akan cuba membuatkan orang lain percaya bahawa keputusan laporan PAC itu adalah hasil daripada 'rasuah dan pembelian' Najib. Dengan kata lain, keseluruhan PAC telah 'dibeli' oleh Najib.
Bagaimana dua auditor antarabangsa, Laporan Ketua Audit Negara dan PAC selepas setahun gagal mengesan sebarang kehilangan atau kecurian atau penyelewengan wang, tidak akan diperkatakan sama sekali. Mereka hanya mahu semua orang percaya bahawa RM42 bilion telah dicuri dan buktinya, adalah 'KATA-KATA MAHATHIR' dan 'TONY PUA'.
Hakikatnya, Laporan PAC hari ini tentang 1MDB membuktikan, TUN MAHATHIR PENIPU BESAR!
Tuduhan dan dakwaannya bahawa RM42 bilion telah hilang dari 1MDB, merupakan satu fitnah jahat yang besar kemungkinan bersandarkan hanya kepada andaian-andaian yang dibuat oleh Sarawak Report yang kemudian dipanjangkan pula oleh Wall Street Journal yang mana maklumat yang dicerna oleh Sarawak Report, datangnya daripada dalang yang mahu menggulingkan Najib dan Kerajaan Malaysia setelah 1MDB banyak mengambil serta merampas kepentingan kroni-kroni tertentu.
Antara yang paling membuatkan kroni marah adalah Lebuhraya Pan Borneo yang dibangunkan tanpa melibatkan konsesi tol oleh 1MDB. Tidak seperti lebuhraya-lebuhraya lain, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo kembali kepada asas pembinaan infrastruktur sebelum Dasar Penswastaan yang dipopularkan dan diperkenalkan oleh Mahathir pada awal pentadbirannya.
Laporan PAC ini belum menoktahkan fitnah dan tohmahan daripada pihak berkenaan. Tidak hairanlah mengapa Tony Pua begitu teruja untuk mendahului Laporan PAC kerana sebagai salah seorang anggota PAC, Tony Pua tahu apa yang terkandung di dalam laporan tersebut. Tony Pua perlu membiaskan laporan tersebut pada persepsi orang ramai. Dia perlu menimbulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa laporan tersebut telah 'dibeli'.
Justeru itulah, dia bersungguh-sungguh sehinggalah dia mulai terancam dengan Akta Rahsia Rasmi apabila laporan tersebut diOSAkan selain amaran tentang kehilangan jawatan politik yang disandangnya, barulah Tony Pua senyap sedikit. Pun begitu dia melepaskan baton kepada Rafizi Ramli pula. Hari ini, Rafizi Ramli berada di lokap Jinjang!!!


TAN SENG GIAW ARAHKAN TONY PUA BERHENTI BERBOHONG TENTANG 1MDB!!!




Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw membidas rakan DAPnya, Tony Pua berikutan pelbagai dakwaan Pua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan akhbar New Straits Times (NST), Tan berkata apa jua tuduhan diutarakan Pua perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.

“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” katanya kepada NST semalam.

Dr Tan berkata wujudnya jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran bersandarkan bukti.

“PAC adalah mencari kebenaran. Jika ada sesiapa keluarkan kenyataan, tunjukkan bukti dan kita akan melakukan siasatan,” katanya.

Pua telah membuat pelbagai tuduhan terhadap 1MDB kononnya tidak telus dalam pelbagai urusniaga dengan kehilangan wang, pecah amanah dan penyelewengan. Pua, sebagaimana disebutkan Dr Tan, gagal mengemukakan sebarang bukti.

Ditanya mengenai pembocoran maklumat PAC kepada media asing, Dr Tan berkata Pua berdepan tindakan undang-undang jika dia melakukan kesalahan itu.

“Jika Pua melakukan jenayah, dia perlu didakwa di mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, Dr Tan meminta bukti dikemukakan sebelum sebarang dakwaan dilontarkan terhadap anggota PAC kerana membocorkan maklumat PAC mengenai 1MDB.

Manakala 1MDB pula dalam kenyataan balasnya semalam, menggesa Dr Tan mengamalkan prinsip yang sama terhadap Pua.

“Tindakan Pua mencari populariti ialah mengitar semula segala tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB.

“Dan apabila jawapan diberikan bersama fakta, jelas dapat membuktikan tuduhan dilontar Pua adalah salah sama sekali.

“Tetapi Pua tetap tidak mengendahkan fakta, mengubah topik dan berdiam diri untuk seketika sebelum mengitar semula tuduhan yang sama tanpa asas,” jelas 1MDB.

1MDB turut mendesak Dr Tan untuk mengadakan siasatan terhadap tahap kerahsiaan maklumat pada dokumen PAC yang dibocorkan kepada media asing.- My Nation News


Saturday, April 9, 2016

Tan Yong Chew dedah SD Pang Li Koon bohong




Nanyang Siang Pau melaporkan pemegang saham utama KLIDC, Dr Tan Yong Chew akui Phang Li Koon adalah pekerja dan partnernya selama lebih 20 tahun dan kini menguruskan perniagaannya di Pulau Pinang.

Ini bercanggah dengan SD Pang Li Koon. 






Dengan ini seolah-olah mengesahkan Pang Li Koon ada urusan dengan KLIDC,  bukan tiada kepentingan dalam KLIDC. SD tersebut adalah penipuan (Baca snapshot 2016)

Phang memang ada kepentingan:





TV3 semalam melaporkan:




Perkara ini dilaporkan di Bulletin TV3 semalam, 8 April di http://www.tonton.com.my/tvShow?titleId=56fe2a472115733d710042a8 .


Beliau akui: 


Saturday, 9 April 2016

Taman Manggis turning into ‘high risk investment’

The controversy surrounding Taman Mang­gis has become a thorny problem for businesses seeking loans, reports Nanyang Siang Pau.

Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) major shareholder Datuk Dr Tan Yong Chew said that since the controversy was highlighted daily in the press, the 0.45ha plot of land has become a “high risk investment” in the eyes of bankers.

And as such, loan applications were being rejected.

According to the article, when Dr Tan became one of the shareholders of KLIDC, he wanted to replicate the success of the company’s dental healthcare centre at Jalan Yap Kwan Seng.

He said that the Penang government had expressed interest in promoting health tourism and there was news of an open tender for the Taman Manggis land.

Little did Dr Tan know that he would end up in this problematic situation after tendering for the piece of land. He is neither able to move forward with his plans nor turn back.

The self-proclaimed businessman believes that health tourism has great potential, and 70% of the opportunities lie in Penang. This was his biggest motivation in tendering for the land.

However, this development project has since been linked to a number of controversies and sparked debates.

The daily contacted Dr Tan via a special arrangement. This is the first time he is speaking publicly on the issue.
 
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/09/taman-manggis-turning-into-high-risk-investment/
Itu sedikit laporan The Star yang nampaknya enggan melaporkan perkembangan baru ini seolah-olah menutut salahaku Guan Eng.

TV3 turut mendedahkan KLIDC telah tubuhkan syarikat lain untuk uruskan project tersebut. Kaitan antara penjualan rumah Jalan Pinhorn dengan tender Taman Manggis bertambah jelas.
 
Sebelum ini Naib Pengerusi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Jasmin Noordin dedahkan:

A Penang Umno leader wants police to investigate the link between a former city councillor and businesswoman Phang Li Koon, the previous owner of a bungalow sold to Chief Minister Lim Guan Eng.

State Umno Youth vice-chairman Jasmin Noordin said Tan Chiew Choon, a former councillor with the Penang Island City Council is currently a senior manager with a foreign employment agency co-owned by Phang.

“We want police to investigate the Tan and Phang connection.

“Phang holds a 20 per cent share with Windbond Management & Consultant Sdn Bhd.

“The remaining 80 per cent share is held by a Tang Yong Chew, who in turn holds a 70 per cent share in Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC),” he said outside of the Pattani Road police station here today.

Jasmin did not elaborate on Tan and Phang’s links, saying instead he preferred to leave it to the police to investigate. He lodged a report at 9am.
 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/04/01/probe-ex-city-councillor-and-phang-link-says-penang-umno/ 

Pakatun Bagaikan Dirasuk Polong dan Puaka, Penipuan 42 Billion Kini Bertukar Menjadi 50 Billion Pula!!!



Selepas fitnah RM42 bilion digagalkan oleh Laporan PAC, terkini kumpulan yang dibiayai oleh tauke-tauke konglomerat yang sebelum ini mendapat pelbagai keistimewaan terutama pada zaman pentadbiran Mahathir, kini fitnah dipanjangkan lagi dengan angka RM50 bilion pula.

Data-data dan fakta-fakta bahawa 1MDB sedang merealisasikan pembayaran hutang-hutangnya, langsung tidak terpakai bagi puak ini. Lebih puak-puak ini pula begitu percaya bahawa wang yang dinyatakan itu adalah WANG RAKYAT!!!

Barangkali kerana sudah terlalu lama penggunaan wang rakyat digunakan untuk bail-out syarikat pada zaman Mahathir, terutama wang yang disedut daripada PETRONAS, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya, maka fantasi tersebut terus terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Mereka juga tidak dapat membezakan antara PINJAMAN MUDAH KERAJAAN kepada syarikat dengan BAIL-OUT kerana Mahathir tidak pernah berani bercakap tentang amalan BAIL-OUT yang berleluasa pada zaman pentadbirannya.


Menurut sumber, kegagalan menggunakan data-data daripada Xavier Justo setelah lelaki tersebut ditangkap, didakwa dan dihukum penjara oleh pihak berkuasa Thailand, membuatkan kumpulan-kumpulan tertentu di Malaysia jadi tidak tentu arah sehingga terpaksa menegakkan benang basah sekalipun hujah-hujah mereka telah dipatahkan oleh bukti-bukti yang lebih nyata.

Mereka sendiri tidak pernah menampilkan sebarang fakta, sebaliknya sekadar percaya dan hear-say selain mengguna semula maklumat daripada Sarawak Report dan Wall Street Journal. Menariknya, Sarawak Report dan Wall Street Journal pula mendapat maklumat daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia.

Kini, RM50 bilion akan digunakan sebagai hujah baru untuk memperlekeh-lekehkan 1MDB. Apa-apa sahaja yang diterangkan tentang 1MDB tidak akan diterima, sebaliknya akan dikelabui dengan fakta-fakta rekaan mereka, sepertimana yang kita dapat lihat sepanjang 18 bulan ini sehinggakan kebenaran tertutup dan kebatilan diterima sebagai kebenaran.



Laporan PAC hanyalah salah satu daripada kebenaran yang terserlah seperti pengakuan daripada Kerajaan Arab Saudi bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak, yang merupakan 'tradisi' lama yang diperakui oleh Muhyiddin Yassin sendiri dalam satu rakaman suara yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menariknya ada pula yang tidak dapat menerima kenyataan dan terpaksa berselindung di sebalik AGAMA dengan 'berceramah' agar sesiapa sahaja yang tidak menyertai mereka, agar takut dengan Allah Taala dan hukuman-Nya. Sedangkan mereka sendiri tidak takut langsung dengan ancaman serta hukuman Allah Taala bagi golongan penfitnah dan menyampaikan fitnah.


Setidak-tidaknya, pembelaan ke atas 1MDB mempunyai bukti, data dan fakta-fakta yang telah disahkan oleh pelbagai pihak, sedangkan penuduh dan penfitnah 1MDB pula sekadar percaya kepada kata-kata Mahathir, sedangkan Mahathir sendiri tidak pernah berani bercakap sebanyak manakah wang rakyat dibelanjakan menerusi PETRONAS, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya sepanjang 22 tahun pentadbirannya yang tidak pernah dipulangkan semula!!! 



Apa pulak 'tai chi' Guan Eng selepas bos KLIDC mengaku Miss Phang rakan kongsinya



Menjelang perdebatan  antara Pengarah Komunikasi Stratagik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, satu pendedahan 'meletup' disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau pada Jumaat.

Selepas pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew mengakui pemilik asal banglo 'murah' yang dijual kepada Guan Eng, Phang Li Khang merupakan bekas kakitangan dan kini rakan niaganya, kita sama-sama menunggu apakah reaksi Lim Guan Eng selepas pendedahan ini.

“Kami mempunyai hubungan kerja lebih daripada 20 tahun bermula sebagai pekerja dan kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan," Kata Tang.

Menurut Tang, beliau memberikan Phang Li Koon 30 peratus saham manakala beliau memegang baki 70 peratus saham bagi syarikat tersebut di Pulau Pinang.

Tang berkata, Phang adalah individu yang menjaga perniagaan beliau di Pulau Pinang.

Ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Guan Eng yang selama ini mendakwa perempuan tersebut tidak mempunyai sebarang urus niaga dengan kerajaan negeri.

KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juta pada 2012, yang kemudiannya didakwa mahu menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.

Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan. (Baca Sini.) Manakala Kerajaan negeri pula berulangkali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.

Tang Yong Chew yang merupakan pemegang saham majoriti KLIDC mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.

Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.

“Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, tandatangan perjanjian jualan-beli saham yang didedahkan baru-baru ini, telah membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usahasama itu habis begitu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC.

Rahman Dahlan yang merupakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berdebat dengan Guan Eng mengenai isu Taman Manggis dalam masa terdekat.

Rahman berkata debat tersebut membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sejam selepas itu kemudiannya memberi reaksi.




Sementara itu, Guan Eng turut memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang diamanahkan menguruskan debat itu nanti.

Terlebih dahulu, Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Abdul Rahman sekalipun akan diadakan secara terbuka dan disiarkan dalam televisyen.

Bagaimanapun difahamkan pihak Guan Eng tidak mahu debat tersebut menyentuh isu banglo murah yang dibelinya.

Butiran terperinci mengenai debat itu masih dirunding antara pegawai Rahman dan pegawai Guan Eng



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.