Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, December 25, 2017

Anda Tersalah Hantar Mesej WhatsApp?



PERNAHKAH anda terhantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang sepatutya dituju melalui aplikasi sembang popular WhatsApp?
Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut pula mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui oleh orang lain.

Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp membolehkan anda mampu memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu.

Melalui ciri terbaharu ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan.

Untuk memadamkan mesej tersebut, anda hanya perlu tap selama tiga saat pada sesuatu mesej dan kemudian memilih ikon padam.



Seterusnya, anda boleh memilih paparan pilihan sama ada “Delete For Me” atau “Delete for Everyone”.

“Delete For Me” hanya memadam mesej untuk paparan anda dan daripada peranti anda sahaja.

“Delete For Everyone” pula memadam mesej untuk paparan di penerima mesej anda, sama ada pada grup perbualan berkelompok mahupun secara perseorangan.

Ciri baharu ini boleh digunakan oleh semua jenis kandungan mesej seperti teks, gambar, video, GIF ataupun pesanan suara.

Bagaimanapun, mesej yang dipadam akan digantikan dengan notifikasi mengatakan mesej berkenaan telah dipadam.


Wednesday, December 20, 2017

Dari Miskin Hingga Menjadi Jutawan: Kisah Kejayaan Jan Koum Pengasas Aplikasi WhatsApp




jan koum dan brian action pengasas whatsapp inc

Sumber Foto: buhoweb.com


Siapa sangka seorang pemuda yang hidup susah papa kedana mampu mengubah nasibnya menjadi salah seorang manusia terkaya di muka bumi ini? Kenali pengasas aplikasi perhubungan Jan Koum dan kisah hidup beliau.


Kehidupan Awal di Ukrain


ukraine kyiv 1970s

 Sumber Foto: shutterstock.com

Jan Koum dilahirkan pada 24 February 1976 di Kiev, Ukrain SSR, Soviet Union kepada ibu bapa berbangsa Yahudi sebagai anak tunggal. Beliau menjalani kehidupan sederhana di sebuah bandar kecil yang terbabit dengan pertelingkahan politik.

Mereka turut berdepan dengan rakyat yang mempunyai perasaan kebencian kepada bangsa Yahudi (anti-semitism) di negara tersebut.

Akibat keadaan yang kurang selamat di tanah air, keluarga beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat. Jan bersama ibu dan nenek beliau ke Mountain View, California pada tahun 1992 dan tinggal di sebuah apartment kecil.

Bapa beliau akan bersama mereka kemudian. Walaubagaimanapun, bapa beliau terlantar sakit ketika di Ukrain dan tidak dapat bersama mereka di AS. Akhirnya, bapa beliau meninggal dunia pada tahun 1997.

Jan berusia 16 tahun ketika mula menjejakkan kaki ke AS. Beliau berasa sangat mencabar untuk menyesuaikan diri di sebuah negara baharu. Namun, beliau tiada pilihan lain.


Kehidupan Setelah Berpindah Ke Amerika Syarikat
jan koum di san jose state university



jan koum di san jose state university

Sumber Foto: dayonline.ru

Ketika di AS, mereka hidup atas elaun kebajikan. Kemudian ibu beliau mula mengambil upah menjaga kanak-kanak bagi menyara keluarga manakala beliau sendiri turut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kedai runcit.

Ketika di sekolah menengah, beliau menjadi berminat dengan programming dan mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Beliau belajar sendiri ilmu programming melalui manual yang dibeli dari kedai.

Pada usia 18 tahun beliau sudah berjaya mempunyai skil sebagai seorang jurutera rangkaian komputer.

Beliau kemudian menyambung pelajaran ke San Jose State University. Sebagai pelajar, beliau membuat kerja sampingan di Ernst & Young sebagai penguji keselamatan bagi membayar yuran pengajian.


Perkenalan Dengan Pengasas Bersama WhatsApp, Brian Acton



jan koum dan brian acton pengasa bersama whatsapp 296 

Sumber Foto: dailymail.co.uk


Pada tahun 1997, semasa masih bekerja di syarikat ini, beliau ditugaskan untuk menguji tahap keselamatan sistem pengiklanan sebuah enjin carian iaitu Yahoo. Ketika melakukan tugas ini, beliau berkenalan dengan Brian Acton, salah seorang pekerja terawal di Yahoo.

Selepas beberapa bulan, Jan menyertai Yahoo sebagai jurutera infrastruktur, ketika masih lagi belajar di San Jose State University. Beberapa hari selepas beliau menyertai Yahoo, syarikat tersebut menghadapi masalah kerosakan sistem.

Beliau sedang berada di kelas ketika kerosakan ini berlaku, dan beliau telah dipanggil untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Ketika saat itu, beliau sedar beliau perlu memilih antara universiti atau kerja. Beliau membuat keputusan untuk berhenti belajar dan terus bekerja di Yahoo.

Jan dan Brian sama-sama bekerja di Yahoo selama 9 tahun. Ketika waktu tersebut, mereka bukan sahaja menjadi rakan karib, malah turut mempunyai minat yang sama dalam teknologi media sosial yang sedang berkembang.

Walaubagaimanapun, Yahoo tidak memberi peluang kepada mereka untuk menerokai bidang baru tersebut. Jadi, mereka berhenti kerja pada tahun 2007 bagi mencuba sesuatu yang baru.

Kedua-dua mereka mengambil cuti selama setahun dan mengembara ke Amerika Selatan. Setelah pulang ke AS, kedua-dua mereka masing-masing memohon pekerjaan di Facebook dan Twitter, dan kedua-dua permohonan mereka telah ditolak.


Bermulanya Perjalanan Syarikat Aplikasi WhatsApp Inc.
jan koum mengasaskan whatsapp inc



jan koum mengasaskan whatsapp inc


Pada tahun 2009, Jan membeli sebuah iPhone. Ketika mula menggunakan App Stores, beliau sedar akan potensi yang terdapat di pasaran bagi aplikasi yang boleh digunakan di iPhone.

Kesedaran ini memberi idea kepada beliau untuk menghasilkan aplikasi kos rendah yang memudahkan komunikasi.

Teruja dengan idea tersebut, beliau terus bertemu Brian dan kedua-dua mereka menubuhkan sebuah syarikat baharu iaitu WhatsApp Inc. pada ulang tahun hari lahir Jan pada 24 Februari 2009.

Pejabat pertama WhatsApp merupakan sebuah gudang yang dikongsi bersama dengan sebuah syarikat lain iaitu Evernote. Mereka hanya mempunyai beberapa ruangan kerja yang kecil serta pekerja terpaksa menggunakan blanket dek cuaca sejuk kerana tidak mempunyai pemanas. 

Antara prinsip asas  syarikat mereka adalah mereka tidak akan meletakkan sebarang iklan. Duo itu melancarkan aplikasi whatsapps pada awal tahun 2010. Pada awalnya, aplikasi ini sering kali crash dan mengalami banyak masalah.

Selepas beberapa bulan percubaan yang penuh dengan kekecewaan, Jan hampir-hampir berputus asa namun Brian meyakinkan beliau untuk memberikan sedikit masa lagi.

Pada ketika itu, tidak terdapat banyak aplikasi mesej segera, dan lama kelamaan WhatsApp mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi popular walaupun tiada sebarang pemasaran.


Berjaya Menarik Perhatian CEO Facebook Mark Zuckerberg


mark zuckerberg bertemu jan koum

Sumber Foto: blog.webskitters.com

Populariti yang semakin meningkat membolehkan pengasas syarikat tersebut untuk mendapatkan pelaburan dari luar bagi menambah baik produk mereka. Populariti WhatsApp berjaya menarik perhatian gergasi media sosial seperti Facebook.

Pada tahun 2012, CEO Facebook Mark Zuckerberg telah menelefon Jan dan mereka berjumpa. Mereka bertemu di kedai kopi dan kemudiannya melakukan aktiviti mendaki bersama.

Mereka terus berhubung dan melakukan beberapa lagi pendakian bersama. Keduanya berkongsi minat yang sama, iaitu menghubungkan dunia.

Dalam masa beberapa bulan selepas WhatsApp stabil, pangkalan pengguna aplikasi ini semakin berkembang, dan pada Februari 2013, mereka mempunyai 200 juta pengguna aktif.

Pada Februari 2014, Mark menjemput Jan untuk makan malam dan membuat penawaran untuk mengambilalih WhatsApp. Jan mengambil masa untuk berfikir selama beberapa hari.


Pembelian/Pengambilalihan WhatsApp Inc. Oleh Facebook
facebook membeli whatsapp inc


facebook membeli whatsapp inc


Sumber Foto: edition.cnn.com

Pada Hari Valentine, Jan datang semula bertemu Mark, mengganggu dating Mark dan isteri beliau Priscilla. Mereka berbincang tentang terma pengambilalihan di situ juga.

Pada malam sebelum menandatangani perjanjian berkenaan, Jan berjaga sehingga lewat malam untuk meneliti segalanya berkenaan kertas kerja bersama team pelabur dari Sequoia yang menyumbang wang bagi siri A WhatsApp.

Memandu pulang pada pukul 2.30 pagi, tayar kereta beliau meletup pada kelajuan 120 km/h dan hampir-hampir mati. Simboliknya, keesokan harinya beliau menandatangani kertas kerja pengambilalihan oleh Facebook pada pintu pejabat lama beliau.

Pejabat tersebut hanya beberapa blok dari ibu pejabat WhatsApp sekarang di Mountain View.

Facebook membeli aplikasi WhatsApp dengan bayaran sebanyak US$ 19 bilion. Pada bulan sama pembelian, saham beliau dalam WhatsApp tiba-tiba melonjak kepada US$6.8 bilion. Pendapatan bersih beliau terus meningkat bersama peningkat nilai stok Facebook.

Selepas pengambilalihan, Jan menyertai Lembaga Pengarah Facebook dan bersetuju dengan pembayaran gaji pokok sebanyak US$1, namun dengan stok option bernilai bilion US$.


Merupakan Seorang Yang Sangat Dermawan & Low Profile
jan koum seorang yang low profile dan dermawan


jan koum seorang yang low profile dan dermawan

Sumber Foto: dld-conference.com

Beliau terus menerajui WhatsApp selepas pembelian. Beberapa bulan selepas penjualan WhatsApp, Jan menjadi sangat dermawan. Beliau secara senyap menderma sebanyak US$556 juta kepada Silicon Valley Community Foundation.

Beliau juga menderma sebanyak US$1 juta kepada yayasan yang bertanggungjawab terhadap sistem sumber operasi terbuka (open-source OS) iaitu FreeBSD. Bagi beliau, FreeBSD sebelum ini telah sedikit sebanyak membantu beliau untuk keluar dari kemiskinan. Beliau merupakan penggunaan OS tersebut.

Walaupun kini kaya raya, Jan tetap low-profile sepanjang karier beliau. Menurut beliau, penjualan WhatsApp kepada Facebook hanya mengubah 10% hidup beliau, dan beliau masih tinggal di rumah yang sama, berkawan dengan kawan-kawan yang sama. Tidak banyak perbezaan.

Ketika WhatsApp dijual, ia memiliki lebih kurang 450 juta pengguna aktif. Kini, WhatsApp menjadi aplikasi mesej percuma paling popular dengan pangkalan pengguna sebanyak 1.2 bilion.


Kehidupan Peribadi


 jan koum dan kekasihnya

Sumber Foto: moejackson.com

Pada tahun 1996, beliau telah dikenakan perintah larangan oleh mahkamah daripada mendekati bekas kekasih beliau. Beliau dituduh telah menyerang secara lisan dan fizikal, serta turut mengancam bekas kekasih beliau. Baru-baru ini, beliau meluahkan perasaan kesal kerana berkelakuan sedemikian.

Ibu beliau meninggal dunia akibat barah pada tahun 2000.

Rujukan:





Saturday, December 16, 2017

ANTARA PERJUDIAN FOREX MAHATHIR DAN TINDAKAN BANK PUSAT MENSTABILKAN NILAI RINGGIT


Image result for mahathir soros penyangak matawang


Adalah bangang membandingkan kerugian berjudi dalam Forex yang disembunyikan, dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit supaya tidak jatuh teruk.

Yang berjudi dalam forex itu kerja penyangak. Mereka mahu buat keuntungan segera dan secara tidak bermoral.

Tun Mahathir sendiri menggelar mereka yang menjadi spekulator matawang adalah penyangak.

Yang mempertahankan nilai ringgit adalah kerja untuk negara. Ia bertujuan untuk menstabilkan ekonomi dan kewangan negara. Ini dilakukan oleh hampir semua Bank Pusat Negara.

Jauh beza antara tindakan penyangak matawang dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit.

Yang penyangak guna rizab bank negara dalam kuantiti yang besar untuk jual beli matawang asing dalam masa yang singkat. Inilah yang disiasat oleh RCI.

Ini dilakukan untuk membolehkan broker buat komisyen banyak dan Bank Negara membuat keuntungan dengan cara berisiko tinggi.

Dengan kata lain Bank Negara ketika itu berjudi. Ia tidak ada kena mengena dengan mempertahankan atau menstabilkan nilai ringgit.

Yang menjadi skandal pada masa Mahathir ialah Bank Negara telah melakukan transaksi jual beli matawang asing dalam masa yang singkat dengan kuantiti yang banyak.

Menurut broker terbabit ada ketika transaksi cecah bilion ringgit dalam masa satu hari. Ini jelas satu tindakan perjudian bukan tindakan mempertahankan nilai ringgit.

Ini berbeza dengan tindakan mempertahankan nilai ringgit. Ia hanya dibuat dari semasa ke semasa apabila keadaan memerlukan dan dilakukan secara berhemah.

Misalnya apabila berlaku lambakan ringgit sehingga menyebabkan nilai jatuh, kita akan guna rizab asing kita untuk beli ringgit. Ini bertujuan supaya nilai matawang negara kekal stabil.

Benar untuk mempertahankan nilai ringgit, kita perlu beli matawang asing. Tapi pembelian itu perlu disimpan. Kita hanya akan jual bila tiba masa hendak mempertahankan nilai ringgit.


Sebaliknya skandal forex mendedahkan Bank Pusat jual beli matawang asing setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Ini tidak ada kena mengena dengan fungsi bank pusat untuk stabilkan nilai ringgit.

MyKmu

Mahathir Reka Cerita Karut Lagi Mengenai Bank Negara





(PRU14) – Masa sudah tidak jadi Perdana Menteri boleh tahu semua benda, masa jadi PM duit hilang bawah hidung dia sebanyak RM31.5 billion boleh pula dia kata “tidak tahu”.

Kali ini datang lagi cerita karut dan persepsi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad mengenai Bank Negara. Dulu kata 1MDB berhutang sampai RM42 billion, kemudian tukar angka jadi 27 billion dan bila 1MDB sudah selesai bayar hutang, Mahathir terus diam tidak bercakap apa apa lagi.

Kali ini Mahathir mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) hilang lebih banyak wang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun.

Mahathir dakwa BNM hilang AS$39.621 bilion iaitu kira-kira RM161 bilion di bawah Najib. Bagaimanapun, Mahathir ketika membuat tuduhan itu mengaku bahawa pada zamannya RM31 bilion juga hilang apabila bank pusat negara itu kerugian dalam urus niaga mata wang asing (Forex). Kalau dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Mahathir kata “tak tahu”.

Jika benar tuduhan Mahathir bahawa Bank Negara hilang begitu banyak wang entah ke mana, sudah lama kerajaan Malaysia akan ditegur melalui satu kenyataan rasmi oleh agensi penarafan kredit antarabangsa, Bank Dunia dan IMF.

Kalau hilang duit tersebut dalam tempoh 5 tahun lepas, pada waktu terjadinya “kehilangan” itu, sudah ada berita mengenainya kerana saiz rizab negara  diumumkan oleh BNM pada setiap tiga bulan dan trend naik-turun rizab ini diperhatikan oleh komuniti kewangan (pegawai bank, ahli ekonomi, broker saham, pedagang pertukaran asing dan institusi pengawalseliaan kewangan antarabangsa).

Sebarang trend yang mencurigakan yang begitu jelas semasa rizab hilang akan menyebabkan ulasan dan artikel dikeluarkan oleh industri kewangan.

Tidak masuk akal kalau BNM hilang wang sebanyak itu kerana pada 20 Oktober lepas, rizab antarabangsa BNM diumumkan meningkat kepada AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion) pada tarikh 13 Oktober 2017, berbanding AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) yang direkodkan pada 29 September 2017.

Jika benar BNM hilang sebanyak RM161 bilion dalam masa yang amat singkat sudah tentu negara menghadapi masalah ekonomi yang teruk dan ramai orang akan kehilangan pekerjaan serta banyak projek serta langkah kerajaan akan tersekat. Seperti zaman Mahathir pada sekitar 90-an, ketika skandal Forex berlaku, Malaysia terjerumus dalam kegawatan ekonomi sehingga banyak kilang ditutup dan pekerja menjadi penggangur.

Selain itu, wang RM160 bilion yang dituduh itu sebenarnya digunakan untuk pertahankan ringgit bukan digunakan untuk saja-saja cari keuntungan dalam urus niaga Forex. Pada 2014, harga minyak dunia mula jatuh daripada AS$112 setong kepada AS$64 setong menyebabkan mata wang Ringgit Malaysia jatuh.

Lebih 63 mata wang jatuh. Setakat Julai 2015, pasaran ekuiti sudah hilang AS$3 bilion, bon korporat dan kerajaan pula hilang RM206.8 bilion. Najib kemudian melakukan sesuatu yang bijaksana iaitu BNM beli semula ringgit yang dijual menggunakan rizab mata wang asing.

Itu sebabnya dalam hal sedemikian Najib yang juga Menteri Kewangan amat mementingkan membina rizab yang kukuh supaya dapat mempertahankan ringgit apabila ia mengalami tekanan. Mahathir hanya mahu samakan Najib dengan dirinya supaya nampak sama-sama bersalah padahal hanya beliau yang bersalah dalam skandal Forex itu.

Kini pihak polis sudah mula menyiasat Mahathir dalam skandal itu seperti yang disyorkan oleh ahli panel RCI Forex.

Dalam RCI kata “tak tahu”, kemudian tahu pula berapa banyak wang hilang ketika Najib jadi Perdana Menteri tetapi buat tuduhan tidak ikut fakta. Mahathir sudah “semakin gila” hari demi hari selepas berguru dengan Lim Kit Siang dan DAP.

Banyak benda tidak betul dicakapnya hanya untuk mengambil kuasa semata mata. Seluruh rakyat Malaysia tahu anak siapa dan kroni siapa paling kaya semasa Mahathir menjadi PM selama 22 tahun.


Sudah sudahlah buat cerita karut, selesaikan dulu mesyuarat cawangan. Itu yang lebih utama sebelum hendak rampas Putrajaya atau apa pun.


Saturday, December 9, 2017

Boikot Kepada Semua Produk Yang Menyumbang Kepada Israel



Foto Boikot Produk Israel.


Ya! Saya sokong tindakan boikot sebagai salah satu cara meluahkan rasa tidak setuju terutama terhadap polisi dan tindakan sesebuah organisasi. Namun, tindakan boikot hendaklah berpaksikan kebenaran dan fakta. Kita perlu istiqamah memboikot produk negara haram Israel kerana itu sahaja cara paling mudah untuk menyatakan sokongan kita kepada Palestin. Namun agak sukar untuk memboikot produk Israel, tambahan pula banyak ciptaan mereka yang kita guna hari-hari seperti Google, Waze dan lain-lain.

Royalty Fees 5%

Manakala dikatakan salah satu faktor yang “menghalalkan” kempen boikot jenama McDonald’s adalah kerana McDonald’s di Malaysia khususnya memberi sumbangan Royalty Fees sebanyak 5% kepada McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.

Kenapa perlu bayar Royalty Fees tersebut?

Melalui sistem perniagaan francais, yang mana francaisi perlu membayar royalti (kadang-kadang dikenali sebagai system fees atau service fees, bergantung kepada jenama sesebuah francais) kepada francaisor kerana menggunapakai sistem perniagaan mereka. Dalam sistem perniagaan McDonald’s, Royalty Fees ini dibayar oleh pengusaha dan pemilik (dikenali sebagai francaisi) cawangan McDonald’s di seluruh dunia.

Adakah McDonald’s sahaja yang menggunakan sistem pembayaran royalti ini?

Tidak! Kebanyakan perniagaan berasaskan francais menggunakan sistem pembayaran royalti ini, cuma mungkin kadar peratusannya berbeza.

Jadi, McDonald’s di Malaysia (dan Kelantan) membayar Royalti Fees?

Ya! McDonald’s di Kelantan membayar royalti fees kepada McDonald’s Corporation. Begitu juga cawangan McDonald’s seluruh Malaysia, McDonald’s di Indonesia, McDonald Singapura, McDonald’s di Arab Saudi, McDonald’s di Israel dan SEMUA cawangan McDonald’s di dunia.

Royalty Fees Disalurkan Kepada McDonald’s Israel?

TIDAK! McDonald’s di Israel BUKAN dimiliki oleh McDonald’s Corporation dan BUKAN juga anak syarikat McDonald’s Corporation. McDonald’s di Israel dipunyai 100% oleh syarikat tempatan (francaisi), dibawah nama syarikat Aloniel Limited. Pemilik Syarikat tersebut bernama Dr. Omri Padan dan beliau adalah warganegara Israel. Ini bermakna, McDonald’s di Israel membayar royalti KEPADA McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, SAMA keadaannya seperti McDonald’s di Kota Bharu (francaisi) membayar royalti kepada McDonald’s Corporation. Oleh itu, sebarang hasil royalti di Malaysia (terutama bagi syarikat yang dimiliki oleh francaisi di Malaysia) akan disalurkan kepada McDonald’s Corporation disebabkan hubungan dan sistem perniagaan FRANCAISI-FRANCAISOR tersebut. Namun, pembayaran royalti berhenti setakat itu sahaja. McDonald’s di Malaysia TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Israel kerana McDonald’s di Israel adalah francaisi dan tiada kena mengena dengan McDonald’s Corporation. Jadi, hasil jualan (termasuk hasil royalti), tidak sampai ke negara Israel. 

Sepertimana juga dengan McDonald’s di Kelantan TIDAK membayar royalti kepada McDonald’s di Kuala Terengganu (disebabkan seseorang francaisi tidak membayar royalti kepada francaisi yang lain).

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's_Israel

http://www.mcdonalds.co.il/About_McDonalds

McDonald’s Corporation Sebagai Rakan Korporat Jewish United Fund (JUF)?

Cerita ini keluar setelah sebuah print screen ucapan "terima kasih" daripada JUF terhadap McDonald’s Corporation di atas sumbangan syarikat korporat tersebut tersebar luas. Print screen tersebut boleh dilihat disini : http://www.inminds.co.uk/mcdonalss-juf.jpg

Wallahu’alam, mungkin palsu, mungkin tidak.
Namun, menurut laporan kewangan tahunan (yang telah di audit oleh auditor bebas) di laman web JUF, di sini:

http://www.juf.org/uploadedFiles/JUF...e_partners.pdf, McDonald’s TIDAK disenaraikan sebagai penyumbang utama atau rakan korporat terhadap pertubuhan JUF. Jika dilihat dari sudut weightage of evidence, bukti yang terkandung di dalam laporan tahunan tersebut lebih menyakinkan jika dibandingkan dengan sekadar screenshot atau print screen yang sebelumnya.

Mungkin kita perlu lebih teliti tentang sesuatu fakta terutama di era media sosial seperti sekarang. Setuju atau tidak adalah hak masing-masing. Yang paling penting, orang awam terutama kanak-kanak, kaum wanita serta orang tua yang menjadi mangsa korban di Palestin, Burma, Syria dan dimana sahaja perlu dibela tanpa mengira agama bangsa dan negara.

Wallahu'alam


Senarai Produk Boikot Israel/USA

boikot1

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper. Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips. Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem. Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca. Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik. Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette.  Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik. Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine. Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM.  Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson. Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan computer. Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila. Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins.  Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex.  Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.


Friday, December 8, 2017

TABAYYUN vs TASABBUT




Dalam satu Forum Fiqh oleh empat orang mufti negeri, dimana antara yang menarik adalah mengenai perbezaan antara perkataan “Tabayyanu (selidiki)” dan “Tathabbatu (sahkan)”.

Dalam dunia maklumat terbuka luas, apatah lagi pertembungan ideologi yang sengit dan godaan dunia berbagai, banyak berlaku fitnah terancang maupun tak terancang, tersebar luas dalam masyarakat, tanpa sekatan. Ia bertujuan mempengaruhi manusia, ke arah mencapai objektif kesumat yang diimpikan oleh hawa nafsu dan kepentingan dunia.

Jika zaman dulu banyak maklumat ditapis oleh media, sebelum sampai kepada kita. Hari ini, apabila semua manusia ada media di tangan masing-masing, maka yang tinggal untuk menapis berita hanyalah kebersihan jiwa, ikatan hati dan prinsip “Tabayyun”.

Kerana itu prinsip Tabayyun, sangat penting dihayati oleh kita, berdasarkan firman Allah swt :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini), dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Sebab turun ayat adalah mengenai suatu kaum Muslimin hendak menyambut amil Zakat dari Nabi saw dengan mengadakan majlis tarian pedang. Lalu berita tiba ke Madinah, menyatakan mereka enggan bayar Zakat, dan bersiap dengan pedang untuk memerangi amil Zakat yang datang ke kampung mereka.

Oleh itu “orang fasik” di dalam ayat tidak semestinya seorang pembohong atau penjahat. Ia boleh berlaku pada semua orang termasuk orang yang saleh. Ia boleh lahir dari niat jahat atau tanpa niat. Maka ia melibatkan semua orang.

Kerana itu Allah swt menyebut perkataan “Tabayyun” (selidiki berita), dan bukan “Tathabbatu” (sahkan berita).

“Tathabbatu (تثبت)” bermakna “sahkan” sesuatu berita. Ini tidak memadai. Tadi, Mufti Wilayah Persekutuan berkata pernah orang menyebarkan foto beliau masuk rumahnya pada hari Jumaat jam 1.15 pm (waktu jemaah sedang Solat Jumaat). Ini boleh memberi tanggapan kepada masyarakat, beliau tidak ponteng solat Jumaat pada saat itu”.

Adapun perkataan “Tabayyanu (تبين) bermakna “selidiki dan pastikan”, ia bermakna memahami juga nawaya (niat-niat) maklumat itu sendiri. Berkemungkinan Mufti di saat itu baru sampai dari pemusafiran atau takwil-takwil (penjelasan-penjelasan) lain.

Jika Umat Islam umum diseru mengamalkan prinsip “Tabayyun”, maka seruan kepada para Duat (pendakwah) di jalan Allah adalah lebih-lebih lagi. Ini adalah kerana mereka adalah contoh teladan penghayatan Islam kepada masyarakat. Duat mesti mempunyai unsur kebal, tapisan maklumatnya tebal, tidak mudah mengiyakan sebarang tuduhan dan memiliki pertimbangan yang seimbang hasil dari prinsip “Tabayyun” yang tertanam kukuh di dalam lubuk jiwanya.

Moga Allah swt merahmati para Mufti negeri-negeri, memberi TaufiqNya kepada mereka untuk memandu Umat Islam dengan ilmu, pengalaman dan hikmat yang mereka miliki. Ameen.


Us. Abdul Halim Abdullah
INTERNATIONAL FIQH CONFERENCE

Masjid Tg Ampuan Jemaah
Bukit Jelutong, Shah Alam.




Saturday, December 2, 2017

ARKIB: APA ITU DEKLARASI SETAPAK 1967



Hasil carian imej untuk deklarasi setapak



“Apa yang engkau tahu tentang DAP?”

“DAP adalah sebuah parti serpihan PAP (Singapura). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 1965, DAP ditubuhkan di Malaysia. Parti ini ada kaitan dengan idealisme komunis yang dibawa dari tanah besar China. Buktinya majoriti ahli DAP adalah kaum Cina.”

Ini adalah antara dialog tipikal yang biasa kedengaran apabila orang-orang Melayu bercakap tentang DAP atau Parti Tindakan Demokratik yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1966.

Dalam dialog ringkas tersebut, terdapat dua perkara penting:
Fakta asas atau maklumat yang paling umum tentang parti DAP sudah salah, yang masih menunjukkan bahawa wujud satu persepsi negatif terhadap DAP telah ditanam dan dibentuk ke dalam pemikiran masyarakat Melayu khususnya oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Pengetahuan umum masyarakat Malaysia, termasuk orang Melayu, yang masih banyak menerima maklumat daripada propaganda yang menyamar sebagi berita dalam media massa kawalan UMNO-BN serta menerima hujah kedai kopi untuk memahami politik.

Memetik ungkapan terkenal perintis laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg “By giving people the power to share, we’re making the world more transparent.” (Terjemahan: Dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk berkongsi, kita menjadikan dunia lebih telus)

DAP sebagai sebuah parti politik yang sah mahu terlibat dalam dunia serba telus ini. Kewujudannya adalah berprinsipkan demokrasi sosial yang mementingkan keadilan dan hak serta peluang saksama untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.

Setahun selepas penubuhannya, DAP mengumumkan Deklarasi Setapak 1967 yang menggariskan prinsip perjuangannya yang mengimpikan Malaysia milik kita bersama yang berteraskan keadilan sosial dalam masyarakat majmuk.


Hasil carian imej untuk deklarasi setapak


Mengapa perlu wujud Deklarasi Setapak


Deklarasi Setapak dibuat sewaktu Perang Vietnam berada di kemuncaknya. Parti Komunis Malaya yang telah diusir ke dalam hutan sejak 1960 mendapat semangat baru dengan bantuan Parti Komunis China yang sedang kegilaan Revolusi Kebudayaan di bumi China.

Penyokong-penyokong komunis pada masa itu mengkritik DAP kerana DAP menolak komunisme, dengan menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menetapkan sistem negara yang berasaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Suasana politik Malaysia pada 1967 begitu panas dengan isu-isu politik termasuk soal perkauman yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada tahun 1967 juga, sasterawan Abdullah Hussain menulis sebuah novel bertajuk Interlok.

Ini merupakan satu sejarah penting yang dirakam dalam waktu yang begitu meruncing pada ketika itu. DAP mengambil langkah cepat dan tepat untuk menjelaskan pendirian mereka dalam arus politik perdana di Malaysia.

DAP bukanlah sebuah parti yang bersimpati kepada komunisme, tidak berkongsi idea atau ideologi dengan mana-mana parti komunis dan menolak sebarang usaha yang memperjuangkan kewujudan sebuah negara komunis atau republik.

Dengan Deklarasi Setapak 1967, DAP dengan jelas menjarak dan memisahkan perjuangan politik mereka dengan apa jua elemen komunis yang pro kepada kegiatan subversif atau yang menggunakan kekerasan.

Antara yang disebut dengan cukup jelas:

“Kami menyarankan semula bahawa DAP sanggup dipimpin oleh perspektif dan hasrat Malaysia yang tulen. Kami tidak boleh membiarkan diri kami dibias dari haluan asal sama ada oleh reaksioner dan kumpulan haluan kiri, atau pun oleh sayap kiri yang anti-Malaysia dan yang didorong oleh orang asing. Kami juga tidak boleh membiarkan diri kami dimanipulasikan oleh kedua-dua kumpulan yang tersebut.”

Latar belakang kelahiran deklarasi

Selepas pemecatan Singapura dari Malaysia (setelah Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ditekan oleh kumpulan ultra Melayu dalam UMNO), parti PAP secara automatik menjadi sebuah parti negara asing. Pada ketika itu, ahli-ahli dan aktivis parti harus memilih sama ada mahu menjadi warga Singapura atau Malaysia.

Sebilangan tokoh-tokoh politik muda pada masa itu yang bergiat di Semenanjung seperti C.V. Devan Nair, Dr. Chen Man Hin, Lim Kit Siang, Goh Hock Guan, John Fernandez, Mohd Nor Jetty dan Daeng Ibrahim telah memilih untuk berjuang di Malaysia pasca 1965.

Hanya Devan Nair yang dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama pada 1966 kemudian memilih untuk kembali aktif di Singapura. Bagi tokoh-tokoh lain, mereka memilih dan mengutamakan negara berbanding parti. Ini menjadi simbol sebagai demokrat tulen dengan semangat patriotisme.

Mereka menubuhkan DAP bukan untuk menyambung perjuangan PAP. Yang diambil sebagai prinsip adalah dasar-dasar demokrasi yang menolak perkauman serta mengajak perpaduan tanpa memisah-misahkan rakyat mengikut warna kulit.

Mengapa tokoh-tokoh DAP tidak memilih UMNO, MCA atau MIC, atau di barisan kiri seperti Parti Rakyat atau Parti Buruh?

Jawapannya cukup mudah iaitu, parti-parti yang membentuk gabungan pemerintah Perikatan itu adalah parti yang berasaskan kaum. Maka, itu tidak selari dengan agenda integrasi nasional. Begitu juga parti-parti kiri yang terlalu mirip kepada agenda komunisme, terutamanya Parti Buruh yang ditubuhkan pada awal 1950-an sudah diresapi elemen komunis sejak pertengahan 1960-an.

Maka munculah DAP yang mana dimensinya adalah parti berbilang kaum yang berteraskan ideologi demokrasi sosial, atau pada masa itu menggunakan istilah sosialisme demokratik, iaitu agenda sosialis yang bersifat sederhana yang memilih jalan Parlimen sebagai penentu kuasa rakyat, dan bukan melalui revolusi atau keganasan.

Apa beza DAP dan PAP

Jelasnya, memang wujud rentetan peristiwa sejarah DAP yang mempunyai kaitan dengan PAP di Singapura tetapi ia tidak mempunyai kesinambungan dari aspek perjuangannya.

Dasar PAP Singapura tidak diterima di Malaysia tetapi dasar DAP bersesuaian dengan politik dan Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak, sudah tentu Pendaftar Pertubuhan tidak akan meluluskan penubuhan DAP di Malaysia.

Inilah titik pemisah di antara PAP dan DAP. Malah, orientasi politik PAP untuk mengekalkan kuasa lebih menyamai orientasi politik UMNO di mana kedua-dua parti ini mewujud dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan politik.

Kalau dibandingkan hari ini, dari segi kawalan politik dan kongkongan kebebasan bersuara, UMNO-BN adalah lebih rapat dengan PAP berbanding DAP yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak demokrasi dalam erti kata yang sebenar.

Nuansa di antara PAP dan DAP ini harus dapat dibezakan oleh mereka yang matang dalam melihat makna di sebalik peristiwa yang telah berlaku. Menelan bulat-bulat “berita” yang sebenarnya propaganda pemerintah hanya akan melumpuhkan minda rakyat.


Amanah dalam Deklarasi Setapak


Dasar-dasar asas DAP telah ditekan dalam Deklarasi Setapak 1967, antaranya:

“Jika kami hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum, maka perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya hegemoni perkauman oleh mana-mana komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali, atas dasar keinginan dan boleh dilakukan.”

Paling utama dalam pembinaan semua negara ialah merapatkan jurang perbezaan di antara yang kaya dan miskin. Ketidakadilan sosial akan menjadi senjata pemusnah umat, iaitu kemiskinan yang berlaku kerana tempias korupsi, salah guna kuasa, penyelewengan, kronisme, menjual agama dan maruah bangsa serta merosakkan keamanan melalui perkauman dan politik ekstrem.

“DAP akan terus memperjuangkan penerimaan, penyebaran, dan pembangunan bahasa kebangsaan, kami tidak akan menerima polisi bahasa dan pendidikan yang beranggapan bahawa kedudukan dan penyebaran bahasa kebangsaan hanya akan terjamin selepas budaya dua kaum utama di negara ini – iaitu kaum Cina dan India — dimusnahkan sama sekali.”


Secara jelas, DAP bukan sekadar mempertahankan status Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, malah DAP turut tidak mahu bahasa-bahasa lain diketepikan, sama ada sebagai bahasa pengucapan atau pembelajaran.

Sejak dahulu hingga sekarang, DAP terus berjuang untuk mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, walau pun pertistiwa-peristiwa tertentu dan tekanan-tekanan politik telah menyebabkan kelembapan dalam menterjemahkan dasar itu sebagai amalan.

Dengan maksud, walau pun masih ramai kalangan pemimpin dan ahli DAP dilihat kurang mahir berbahasa Malaysia, usaha gigih untuk mengamalkannya tidak pernah diabaikan. Dan usaha ini tentunya akan berjaya dengan sokongan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Secara ringkasnya, kesemua dasar-dasar DAP ini merupakan aspirasi rakyat yang diamanahkan kepada DAP. Sebagai sebuah parti politik yang universal dasarnya, inilah amanah yang wajib dipegang dan dilaksanakan.

Malah, sejak kebelakangan ini, sudah muncul dialog yang lain pula di kalangan orang Melayu.

“DAP bukan parti perkauman. Walau pun majoriti ahlinya masih dari satu kaum, mereka tidak memperjuangkan untuk satu kaum. Ia adalah parti demokratik bukan perkauman yang berjuang untuk semua kaum.

“Lihat sahaja pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP. Tidak ada Melayu yang dipinggirkan. Semua kaum dibela. Sedangkan UMNO jelas parti untuk satu kaum sahaja. Dan orang Melayu rakyat biasa hanya melopong melihat keluarga dan kroni pemimpin besar meraih kekayaan negara dan wang rakyat.” – Roketkini.com

Bahagian Kedua: Ekonomi dan pendidikan


“Bro, deklarasi tu apa?”

“Erm, lebih kurang perisytiharan la, tau?”

“Oh, kalau aku kata aku isytiharkan…maknanya aku mendeklarasikan sesuatu la?”

“Ya, tapi…tak juga, kurang tepat dan kurang sesuai. Deklarasi ni lebih kurang satu pernyataan yang jelas, tepat, padu tapi secara ringkas…dalam bentuk kesimpulan la, faham?”

“Habis tu, isytihar tu apa pulak?”

“Isytihar tu lebih membawa makna pegumuman atau pemakluman, biasanya dibuat secara formal dan protokol, ia lebih ringkas dari deklarasi. Kalau nak umum hari perayaan, kita dengar mereka kata perisytiharan atau deklarasi?”

“Oh…macam tu”

Hanya mimpi DAP?

Selepas manuskrip Deklarasi Setapak ini dilawat kembali untuk melihat isi dan harapannya, maka munculah soalan seperti di atas. Adalah penting soalan yang dirasakan ‘bodoh’ oleh yang bertanya tentang perkataan, istilah dan konsep itu ditanyakan kembali. Bagi yang ditanya, ia baik untuk mengingatkan kembali tentang apa mereka perkatakan.

Rupa-rupanya masih wujud lagi rasa malu untuk bertanya di kalangan masyarakat kita, bimbang soalannya dianggap sebagai soalan bodoh. Ya, memang sifat kebodohan itu lebih baik disimpan daripada dipertontonkan di khalayak, namun jika ingin tahu, maka perlu ketepikan sifat ‘bodoh’ untuk mengelak dari mendapat kebodohan percuma.

Kerana sifat ingin tahulah maka generasi baru pasca Merdeka perlu melawat kembali isi kandungan Deklarasi Setapak yang berlaku pada 1967.

Kita ingin tahu sejauh mana DAP sebagai parti demokrasi sosial bermimpi dan mahu mengejar mimpi-mimpinya melalui asas perjuangan yang digariskan oleh deklarasi tersebut. Adakah mimpi itu menyimpang dari aspirasi rakyat Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan? Atau adakah mimpi itu hanya racau DAP untuk semata-mata memeluk kuasa?

Dalam Deklarasi Setapak ini ditekankan tentang apa yang kurang, apa yang silap dan bagaimana seharusnya kelemahan dan kesilapan ini diperbetulkan agar dasar kita berada dalam landasan yang tepat demi mengejar mimpi yang sempurna. Oleh kerana ingin tahu, maka kita selak kembali tinta sejarah.

Teringat pula dengan lirik lagu kumpulan karya Peter Pan dari Indonesia, nyanyian Ariel (yang malangnya kini digelar Ariel Peterporn):

…Biarlah kubertanya pada bintang-bintang

Tentang arti kita….Dalam mimpi yang sempurna

Petikan lirik lagu Mimpi yang Sempurna



Reformasi ekonomi untuk meruntuh tembok perkauman

Ciri-ciri utama sebuah negara yang makmur adalah dengan wujudnya agihan ekonomi yang adil dan ditunjangi dengan matlamat pendidikan yang bagus, jelas dan praktis. Dalam mengagih sumber kekayaan negara kepada rakyatnya, negara memerlukan satu dasar dan mekanisme yang baik untuk menyalurkan kembali sumber dan hasil perusahaan negara.

Dengan kewujudan Dasar Ekonomi Baru 1971 ciptaan kerajaan Barisan Nasional (yang diperkenalkan selepas Deklarasi Setapak 1967), seolah-olah sengaja memperolokkan pandangan yang telah dibuat dalam Deklarasi Setapak, contohnya:

Seperti Malaysia, lain-lain negara sedang membangun juga menghadapi masalah jurang sosial, ekonomi dan budaya di antara kawasan bandar dan luar bandar mereka. Bagaimana pun, masalah di Malaysia menjadi lebih serius kerana pembahagian kelas di negara kita sering wujud bersama-sama dengan pembahagian perkauman.

Ini menunjukkan bahawa pada sekitar tahun 1960-an lagi, sudah ada bijak pandai kita yang telah menjangkakan akan berlakunya penyimpangan dasar kerajaan dalam melaksanakan agenda nasional khususnya dalam aspek ekonomi dan sosial.

Sejak berakhirnya zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, jurang ekonomi dan amalan dasar yang salah telah mula berlaku dan ia semakin menyimpang dari landasan sebenar seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan janji yang terisi di dalam Pengisytiharan Kemerdekaan yang dibuat oleh Tunku pada 1957.

Di mulut ahli-ahli Barisan Nasional (dan sebelum itu Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC) berbuih bercakap soal integrasi nasional, malah pada 1970 diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang bercita-cita mahu membentuk satu identiti bangsa yang baru dan satu, kononnya. Namun semua ini hanyalah retorik, malah ia adalah satu proses menerapkan hegemoni perkauman dan ketidakadilan sosial dan ekonomi.

Usaha itu sudah dihidu lebih awal lagi dalam Deklarasi Setapak:

(1) Kaum petani di kawasan luar bandar kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu, manakala golongan pertengahan di bandar dan kelas-kelas profesional kebanyakannya terdiri daripada kaum bukan Melayu.



(2) Fakta ini telah secara berkesannya dipergunakan pada masa-masa lalu dan masih lagi dipergunakan pada masa kini oleh ahli-ahli politik yang berfikiran perkauman dengan memainkan sentimen Melayu yang dikongkong oleh perasaan tidak selamat dan mundur demi meneruskan dominasi politik mereka yang telah dilakukan atas nama Melayu.



Tapi sebenarnya dilakukan untuk kelas sosial minoriti yang mereka wakili — satu kelas sosial yang keji, memikirkan kepentingan diri sendiri — iaitu kelas “kamrad-feudal”, dan rakan-rakan mereka, termasuklah pucuk pimpinan Perikatan.

Perenggan (1) telah menjelaskan realiti demografi sosio-ekonomi masayarakat zaman itu. Dan seterusnya pada perenggan (2) menunjukkan bahawa ia cukup konsisten dengan idea Perikatan yang memanipulasi senario ini dengan dasar pecah perintahnya mengikut kaum.

Jadi, apa yang DAP tawarkan sebagai langkah merawat kembali penyakit sistem yang korup ini? Ubatnya telah dijelaskan dengan bahasa paling mudah yang boleh difahami oleh semua rakyat walau pun berlainan latar belakang budaya dan pendidikan, iaitu;

Sekali lagi, berkaitan dengan pembangunan ekonomi kawasan luar bandar, tugas utama seharusnya untuk mempertingkatkan pendapatan per kapita para petani Melayu, cara yang dipilih hendaklah merupakan reformasi tanah yang radikal demi menghapuskan penindasan kejam oleh pemilik tanah dan orang tengah.

Kata kunci di sini ialah ‘reformasi tanah’. Ia idea yang telah difikirkan pada sekitar tahun 1960-an lagi. DAP telah sedikit-sebanyak mendahului zaman dengan idea reformasi.

Kita dapat melihat dengan jelas pada hari ini bagaimana pimpinan UMNO dan BN mengambil kesempatan itu dengan dan bersengkongkol bersama taikun-taikun Cina, Melayu dan India dengan ‘merompak’ tanah-tanah rakyat dengan cara yang sah di sisi undang-undang (yang mereka gubal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di mana mereka juga menguasai majoriti).

Contoh paling ketara ialah di Tasik Utara, Johor dan Baling, Kedah sekitar tahun 1970-an di mana rakyat bangkit bersama para mahasiswa prihatin. Kita dapat lihat bagaimana sistem dimanipulasi oleh elit politik BN untuk merampas tanah dan menindas hak rakyat.

Mereformasikan sistem hak milik, kaedah dan dasar pembangunan tanah, sama ada untuk perumahan, pertanian, bandar baru atau perindustrian pasti akan dapat membantu masalah perampasan dan pemerasan terhadap pemilik tanah dan sebagainya.

Jika reformasi ini berjaya dilaksanakan, sudah pasti pendapatan, kualiti hidup, kesihatan dan pendidikan masyarakat luar bandar akan lebih baik dan meningkat. Semua ini boleh dicapai kerana mereka berupaya untuk memajukan tanahnya tanpa ada gangguan politik dalam kegiatan ekonomi mereka.

Mengajar manusia menjadi bijak dan tahu berdikari bukanlah menjadi agenda BN. Pimpinan mereka mahu rakyat sentiasa bergantung kepada kuasa politik yang sedia ada.

Reformasi pendidikan untuk menghapuskan kejahilan

Dengan adanya dasar yang baik dalam aspek ekonomi, aspek pendidikan yang baik merupakan pra-syarat bagi melahirkan manusia yang waras dan bermoral. Masalah moral bukan sekadar isu agama, budaya atau status kaya-miskin, sebaliknya ia adalah masalah pengetahuan, iaitu pendidikan yang baik dan lengkap.

Kurang berpelajaran adalah punca kejahilan, dan kejahilan akan membawa segala macam penyakit moral. Oleh itu, satu dasar pendidikan yang jelas dan praktis harus menjadi agenda rakyat.

Ini turut dititipkan dalam Deklarasi Setapak:

Kami mengesahkan pendapat bahawa polisi pendidikan Kerajaan Perikatan mempunyai kesan negatif yang membatalkan jaminan perlembagaan ke atas kebebasan penggunaan lain-lain bahasa di negara ini, dan kami menganggapnya sebagai salah satu dari objektif kami untuk menyelaraskan kembali jaminan perlembagaan dengan polisi pendidikan.

Isu asas dalam konteks pendidikan ini ialah bagaimana menerusi citra dan semangat yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, daulah seharusnya boleh membuka ruang yang luas untuk anak watan mempelajari dan memahami sesuatu, sesuai dengan ruang sosial mereka, iaitu bahasa pertuturan seharian.

Secara konsepnya, Bahasa Melayu telah diterima sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa wujud apa-apa pertikaian lagi. Tetapi dilema masyarakat kita ialah kerajaan telah menggunakan hal ini sebagai satu perisai untuk menghalalkan kecuaian mereka dalam membangunkan sistem pendidikan yang adil dan saksama kepada semua bahasa-bahasa lain seperti Inggeris, Cina, Tamil dan bahasa-bahasa pribumi Sarawak dan Sabah.

Dalam konteks politik Perikatan dan BN, bahasa telah digunakan sebagai alat untuk memisahkan semangat perpaduan antara kaum. Mereka menggunakan perbezaan bahasa dan budaya ini sebagai alasan untuk menghalalkan tidak-tanduk politik mereka.

Sungguh pun pelajar-pelajar kita bijak dan mampu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, belum mereka tidak bersifat rasis. Buktinya cukup banyak untuk disenaraikan, termasuk suara-suara perkauman yang dituturkan oleh orang-orang profesional sewaktu perhimpunan agung UMNO.

Justeru, adakah kita harus menyalahkan bulat-bulat para pelajar ini? Sudah jelas, ada kepincangan dalam pelaksanaan dasar pendidikan kita. Hal ini harus diperhalusi dan diubati jika kita mahu masyarakat keluar dari kejahilan dan berpindah masuk ke alam celik dan waras.

Pilihan buat kita

Kerja membangunkan tamadun dan kemanusiaan bukanlah suatu usaha yang mudah apatah lagi untuk direbuti. Peranannya hanya mampu dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan yakin dengan idea dan harapan.

Memilih antara mana-mana parti untuk dijadikan kerajaan bukan lagi soal kepartian semata-mata, sebaliknya ia menjadi kewajipan bagi setiap insan yang tidak mahu dirinya dianiaya baik secara sedar mahu pun secara tersembunyi.

Kita tidak akan pernah merasa cukup selagi kita jahil. Semua parti terutamanya UMNO boleh saja beretorika dengan ungkapan seperti ini tetapi apa yang telah UMNO-BN buat setelah diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah selama 54 tahun ini?

Mengapa masih ramai pemimpin politik menjadi semakin rasis dan semakin ekstrem pandangan agama? Apakah abad ke-21 ini tidak mampu untuk menarik keluar masyarakat daripada perangkap perkauman?

Ya, memang banyak bangunan dan jalan raya dibina oleh UMNO-BN, namun itu memang tanggungjawab mana-mana kerajaan di dunia ini.

Yang perlu ditanya dan dijawab adalah sampai bila air mata rakyat mengalir melimpah melihat hak dan kebebasan diri, keluarga dan masyarakat terus dirompak oleh pimpinan UMNO-BN.

“Aku tak pernah dengar pemimpin DAP, baik Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Dr. Chen Man Hin atau siapa-siapa yang ada bercakap tentang idealisme bangsa kita,” keluh seorang kawan.

“Maksud kau apa? Aku tak faham, idealisme yang macam mana tu?” aku bertanya kembali.

“Macam Mahathir, dia ada bercakap tentang negara maju, wawasan 2020. Anwar ada bercakap tentang masyarakat madani, masyarakat sivil dan sekarang Najib bercakap pasal konsep 1Malaysia. Dari DAP aku cuma dengar Malaysian Malaysia aje, isi dan matlamatnya apa?” yang bertanya tadi, menyoal semula.

Amat jelas ungkapan saudara kita ini, persepsi ramai tentang DAP terbina dari ‘mimpi-mimpi’ ciptaan UMNO. Aku diam sejenak, memandang kembali ke bola matanya yang memang ingin tahu.

“Berfikir secara idealisme atau berfikir tentang sesuatu yang ideal, belum tentu dapat dilakukan secara betul,” spontan jawapan aku, bagai tersedar dari bermenung.

“Maksud kau?” soalnya kembali kepada aku.

“Tiada mimpi yang tak sempurna. Semua orang nak atau bercita-cita untuk sesuatu yang ideal. Ada yang sengaja mahu jadi dan dilihat idealis, cakap pun mahu retorik yang ideal, biasalah tu, tak ada salah pun.

“Tapi politik bukan semata-mata soal idea, cita-cita yang sempurna atau gaya kerja, pelaksanaannya pun bukan soal ideal atau tak, tapi soal perlu atau tidak pelaksanaan itu dilihat atau digambarkan secara ideal atau sebaliknya ”.

Aku cuba menerangkan sambil menguji kefahaman aku sendiri. Inilah ruang perbincangan yang boleh menjadi baju uji untuk mengenal isi dalam bahasa yang aku sendiri fahami.

“Oh, maksud kau, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata, macam tu ?” cepat-cepat dia cuba menangkap maksud kata-kata aku.

“Itu anggapan kau, aku tak kisah. Tapi politik ni juga soal proses, soal pembinaan watak, soal pembudayaan, soal membentuk persepsi, kita ni suka sangat dengan slogan, tak salah, tapi lama-kelamaan, politik kita jadi politik slogan aje,” aku memendekkan perbualan.

Mahu dilihat ideal yang sudah pun ideal

Dalam konteks kenegaraan, kewarganegaraan dan politik sekali pun, bukan sahaja kita mahu sedar bahawa entiti kita ini adalah unik dan indah, sebaliknya kita juga mahu ia dilihat sedemikian juga. Maksudnya kita mahu imej dan identiti keunikan atau keindahan itu dapat dilihat dan dipamerkan kepada warga dunia.

Keinginan ini adalah lumrah, malah tiada dosa jika mempunyai perasaan sedemikian. Dalam ungkapan Deklarasi Setapak 1967 turut dinyatakan dengan jelas keinginan itu, bunyinya:

Sementara kita melihat di sekeliling dunia, terutama sekali di sekitar rantau Asia, kita akan memahami dan berterima kasih kerana negara kita merupakan negara yang kecil secara bandingan, dengan populasi lebih kurang 9 juta orang sahaja.

Menyedari entiti kita secara objektif sudah tentu akan mengundang perasaan ingin bersaing antara jiran-jiran kita.

Maka dalam konteks yang baru ini, DAP berharap kerajaan Singapura dan Malaysia akhirnya akan menyedari bahawa adalah lebih bijak supaya menghentikan perkelahiran sesama mereka, dan membina perhubungan baru yang berasaskan sikap saling mempercayai, berkeyakinan dan bekerjasama untuk memastikan bahawa pembangunan demokratik ekonomi, kemakmuran, pertahanan dan kewujudan mereka akan sama-sama terus terjamin.

Realiti sejarah yang dirakam pada 1967 ini tidak akan dapat memadam keinginan parti DAP bersama-sama dengan parti-parti yang lain. Barangkali, bunyi cita-cita ideal DAP ini tidaklah seindah slogan yang molek-molek berbanding parti-parti lain. Namun, jauh di kalbu ahli-ahli DAP, telah cuba memahami dan berterima kasih atas hasrat kecil yang murni ini.

Bagaimana idealisme melalui proses politik – pengalaman DAP

Ketika di zaman awal negara ini dibina atas dasar-dasar bersama demi mengisi harga sebuah kemerdekaan, bibit-bibit penyelewengan semakin lama semakin terjadi dengan ketara, ia dilakukan oleh Perikatan selaku gabungan parti yang paling berkuasa.

Jika kita memahami apakah sebab utama Dato Onn Jaafar begitu bimbang dengan slogan ‘Hidup Melayu’ yang dibawa oleh UMNO, barangkali hal ini dapat memberi sedikit gambaran tentang tahap kesediaan bangsa kita untuk berdiri di atas kaki sendiri ketika itu.

Idea Dato’ Onn Jaafar ini barangkali sudah cukup ideal baginya demi membekalkan warga kita dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum mampu mengurus negara sendiri. Namun, hal ini sudah menjadi sejarah dan majoriti rakyat pada masa itu mahukan tanahair kita segera mencapai kemerdekaan.

Dan secara kebetulan juga, dalam Deklarasi Setapak ini ada diungkapkan:

Fakta kedua yang kita mesti hadapi adalah bahawa payung pertahanan Britain yang telah kita nikmati secara penuh yakin selama ini, kini bearada dalam proses pengecutan, dan sedang menuju ke tahap pengunduran secara total. Satu fakta yang ngeri adalah pada pertengahan tahun 1970-an nanti, Britain akan mengundurkan tenteranya secara total dari Malaysia dan Singapura.

Ini mendedahkan bahawa, kerja-kerja untuk mengisi ruang kemerdekaan masih bergerak perlahan, zaman itu ancaman komunis masih tinggi, ketegangan antara Malaysia dan Indonesia termasuk Singapura masih longgar dan tidak stabil.

Ini ditambah pula dengan kadar celik huruf dikalangan masyarakat kita yang masih lagi rendah, taraf pendidikan juga belum menyeluruh kepada rakyat dan agihan ekonomi juga masih terpisah-pisah dari kelas ekonomi. Dan, ketika itu jugalah kita harus berdikari tanpa naungan empayar British lagi, yang mana ketika itu mereka boleh bertindak sebagai ‘guides’.

Namun, seperti juga dilema yang dialami oleh Dato Onn di zaman 1940-50an dahulu, ketika itu ombak penentangan terhadap Inggeris sudah menjadi politik kebencian, maka rasional pun luput dari waras akal kita. Dan majoriti kita mahukan British keluar, dan keluarlah mereka.

Kebimbangan ini dirasionalkan apabila, selepas British keluar, negara kita dipimpin oleh segelintir golongan manusia elit yang terdiri dari golongan atasan sahaja. Risiko penyelewengan menjadi bertambah tinggi.

Ahli Parlimen Perikatan yang tidak berjawatan telah melaung-laungkan kata-kata yang anti-Britain di Parlimen, manakala kerajaan Perikatan sendiri dengan jelasnya telah bertindak tanpa berfikir secara mendalam, dan menolak keutamaan yang dinikmati oleh negara-negara Komanwel.

Namun dalam realiti ini juga, mainan politik hipokrit sudah mula disemai ke dalam budaya politik kita.

Kebodohan kerajaan Perikatan ini telah membawa akibat yang buruk, yang dicerminkan di dalam Kertas Putih Pertahanan Britain baru-baru ini. Kita terpaksa menyaksikan satu adegan yang memalukan di mana dua orang pemimpin kerajaan Perikatan telah bertandang ke London untuk merayu kepada orang yang baru dihina dan disumpah oleh mereka supaya diteruskan kehadiran tentera Britain di negara ini.

Sungguh pun selepas itu kita berjaya mengharungi Konfrontasi dengan Indonesia, mengharungi ancaman subversif gerila komunis yang ketika itu juga kerajaan turut mengaitkan DAP dengan perjuangan komunis dan di samping itu juga negara kita meneruskan agenda pembangunan negara. Ya, dalam tempoh itu kita berjaya mengharungi.

Namun akibat buruknya tetap ada iaitu peninggalan akta drakonian penjajahan British yang diperkenalkan semasa zaman darurat dahulu terus dikekal dan digunakan oleh kerajaan Perikatan dan kini Barisan Nasional. Inilah sisa-sisa politik gelap yang telah menyelubungi kita hingga zaman pemerintahan Najib Razak.

Inilah antara babak-babak awal pengalaman DAP dalam menggapai cita-cita yang ideal untuk bangsa Malaysia. Idealisme dan demokrasi yang kita impikan ini, telah melalui liku-liku realistik dan yang sangat mencabar, bukan sahaja tahap kesabaran kita tetapi kematangan kita.

Idealisme mendewasa bersama rakyat

Jati diri, identiti, entiti atau apa jua perkataan buat bangsa kita, kini kita semua sudah sampai di satu titik persimpangan. Pilihan yang terbaik harus dibuat, bangsa kita telah dihantui dengan pelbagai stigma dan pemesongan mahupun penggelapan fakta, ada yang datang dari luar malah tidak kurang juga yang datang atau dicipta oleh segelintir elit-elit politik kita terhadap bangsanya sendiri.

Politik Perikatan selama ini adalah politik pembahagian dan perpecahan kaum. Kami menganggap ini sebagai tugas utama rakyat Malaysia yang mengharapkkan kewujudan Malaysia diteruskan untuk menentang politik pembahagian dan perpecahan dengan politik integrasi di semua peringkat yang kreatif dan dinamik – politik, ekonomi dan budaya.

Bangsa ini adalah bangsa yang berketurunan Melayu, bangsa berketurunan Cina, bangsa berketurunan India dan bangsa-bangsa peribumi Sabah dan Sarawak. Sungguh pun bangsa kita masih kecil berbanding bangsa dengan tamadun yang lebih besar, kita tidak akan berpaling dari menjadi dewasa dan matang dalam membangunkan negara, tamadun dan nusa.

Tidak semestinya selalu benar bahawa negara-negara kecil tidak dapat berdikari dalam perebutan kuasa antarabangsa, sama ada dalam bidang ketenteraan mahu pun politik. Ada beberapa buah negara kecil telah menjadi terkenal di dalam sejarah dunia dengan membuktikan bahawa walau pun saiz geografikal dan populasi mereka terhad, tetapi mereka masih berupaya untuk terus hidup dan maju.



Peluang yang telah diberikan oleh rakyat pada pilihanraya 2008 yang lalu, seperti di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak telah membuktikan bahawa kita mampu berubah, kita mampu maju tanpa hidup dengan budaya rasuah dan salahguna kuasa.

Kaum-kaum di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini boleh hidup berdikari dan mampu bersaing di atas lantai yang sama rata tanpa mengorbankan prinsip-prinsip yang telah tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kejayaan mereka itu adalah hasil daripada tiga syarat utama untuk kehidupan; pertama, perasaan perpaduan, identiti dan kerukunan nasional yang kuat; kedua, rakyat yang berkemahiran dan berdedikasi; dan ketiga, disiplin sosial dan ekonomi.



Ini telah dicatatkan pada tahun 1967 lagi, dan baru hari inilah ia berjaya ditunjuk dan diterjemahkan bentuk dan ideanya. Tanpa dukungan dan kepercayaan rakyat Malaysia, tidak mungkin tinta sejarah yang tercatat itu mampu dibuktikan.



Inilah tugas suci yang kreatif dan membina dalam pembinaan negara yang kami dalam DAP berdedikasi untuk memikulnya.

Oleh itu, pada pilihanraya yang akan datang ini, Pakatan Rakyat merayu kepada seluruh rakyat agar teguh, berani dan tampil melakukan perubahan, perubahan inilah yang akan melahirkan satu bangsa yang kita idamkan iaitu Bangsa Malaysia.

Jika Dato Onn masih hidup, pasti beliau akan terpegun melihat bagaimana idealisme ini telah melalui satu proses pengalaman yang cukup panjang dan memeritkan. Dan belum terlambat untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum termasuk Melayu merealisasikan cita-cita murni ini. –

Roketkini.com


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.