Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, February 19, 2017

Siapa Dalangnya Dalam Skandal MAS-Bank Negara?


Malaysiakini dalam tajuk beritanya menulis Skandal MAS-Bank Negara, siapa dalangnya?




Tan Seri Tajuddin Ramli, bekas Pengarah Urusan syarikat penerbangan nasionl, Malaysia Airlines (MAS) telah menyaman balas kerajaan Malaysia, Danaharta dan pelbagai syarikat dan individu menuntut gantirugi sebanyak RM13.46 bilion. Sebelum ini beliau telah disaman oleh Danaharta sebanyak RM569 juta. Saman balas Tajuddin ini adalah yang terbesar dalam rekod.

Kenapa Tajuddin menyaman balas? Seperti yang didakwa oleh Tajuddin di dalam Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 kerajaan telah memungkiri peruntukan yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu perjanjian sulit yang dipanggil overriding agreement yang ditandatangani di belakang tabir di antara beliau dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang masing-masing pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32 peratus saham MAS oleh Tajuddin dari Bank Negara Malaysia.
Menurut Tajuddin, beliau membeli saham terbabit pada harga yang cukup tinggi atas desakan kerajaan dan tujuannya "to enable Bank Negara to recoup some ot its foreign exchange losses." (NST 7 Julai 2006). Tetapi akibat krisis ekonomi 1997, MAS dan syarikat-syarikat lain milik Tajuddin mengalami kerugian. Tajuddin menghadapi masalah untuk melunaskan hutang. Akhirnya, Tajuddin terpaksa menjual balik 32 peratus saham MAS yang dipegang kepada kerajaan pada harga RM1.8 bilion, iaitu, RM8.00 sesaham
Intisari overriding agreement itu ialah dengannya Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang sahamnya telah dibeli oleh Tajuddin atas arahan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Atas jaminan ini Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar harga pembelian itu bernilai RM1.8 bilion.mewakili premium sebanyak RM4.32 atau 117 peratus daripada harga pasaran pada RM3.68 sesaham apabila perjanjian itu telah ditandatangani pada 20 Disember 2000.
Akibatnya, Tajuddin menjadi peminjam perseorangan yang terbesar di Malaysia. Tetapi janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Bila kerajaan membeli balik 32 peratus saham MAS itu daripada Tajuddin dalam tahun 2001, beliau dibiarkan menanggung pelbagai liabiliti sehingga beliau disaman oleh Danaharta dan terpaksa menjual syarikat miliki beliau pada forced-sale price.
Akhbar New Straits Times (7 Julai 2006) menyifatkan pendedahan ini sebagai;"...likely to send tremors through the corridors of business and politics." Akhbar internet Sun2Surf pada 6 Julai pula menyifatkan pendedahan Tajuddin sebagai satu bombshell .
Pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang menuduh Tun Daim telah berbohong:"Daim had deceived parliament and the nation when he allegedly made false claims in the Dewan Rakyat on March 21, 2001 over the RM1.8 billion buy-back of MAS shares by the Government. that Daim as finance minister at that time, claimed that no special considerations were given to Tajuddin in buying back the MAS shares from Naluri."(NST, 7 Julai 2006).
Nampaknya, kes ini merupakan satu skandal melibatkan pemimpin atasan dan kerajaan yang ada perlu mengambil tindakan yang wajar.

Mahathir dan Daim mereka penjualan MAS kepada Tajudin untuk menjana ‘keuntungan di atas kertas’ bagi mengimbangi kerugian yang telah dilakukan oleh Bank Negara.

Pada asasnya, semua laporan ini menjelaskan bahawa kerajaan mengalami kerugian yang dianggarkan RM10 bilion dengan ‘menjual’ MAS kepada Tajudin Ramli dan kemudian ‘membeli semula’. Dan sebab untuk jualan palsu ini adalah untuk membuat ‘keuntungan di atas kertas’ bagi menampung kerugian besar yang dialami Bank Negara sebanyak RM30 bilion (atau AS $ 10 bilion).
Bank Negara secara teknikalnya telah muflis tetapi kerajaan tidak boleh mendedahkan perkara ini. Jadi mereka mencipta ‘perakaunan kreatif’ untuk menunjukkan bahawa bencana itu tidak sebesar apa yang orang katakan dan bahawa ia sebenarnya adalah ‘kerugian kecil di atas kertas”. Pendek kata, kerajaan umpama “merompak Peter untuk membayar Paul”, atau menggali lubang untuk menutup lubang yang lain, meninggalkan lubang yang lebih besar di belakangnya.
Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini dalam kedua-dua bahan berita di bawah (Govt yet to apply to strike out Tajudin’s RM13.46b suit dan MAS settles suits against Tajudin Ramli). Lanjutan dari itu anda boleh membaca laporan khas The Sun Daily-6 Julai 2006, Tajudin alleges secret deal with DrM and Daim.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.