Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, June 13, 2017

Nazri Aziz Sengaja Undang Kemarahan Pengundi Sarawak Menjelang PRK Pujuj Apabila Menghina Menteri Pelancongan Sarawak Sebagai 'Setahun Jagung', Cakap Banyak'!!!

Nazri Aziz,

Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Cukup terkenal dengan permulaan kerjaya politiknya sebagai Pengerusi MAS pada usia yang masih muda ketika zaman Mahathir berkuasa. Kemudian meningkat menjadi Menteri.

Sudah berpenggal-penggal menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas. Yang mana kenal dan rapat dengannya akan memanggilnya sebagai Cip atau Chief.

Lantang dan kelihatan sangat berani walaupun pada masa yang sama, bersifat sembrono.

Mungkin pada satu-satu masa dan ketika, sifat-sifatnya dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya menghibur.

Tetapi berjudi dengan 25 kerusi Parlimen yang merupakan deposit tetap BN di Sarawak, bukanlah sesuatu yang boleh dijenakakan. Sarawak merupakan negeri yang paling banyak menyumbangkan kerusi Parlimen kepada BN dan pada masa yang sama, Sarawak merupakan satu-satunya negeri di mana UMNO tidak boleh masuk dan bertapak walaupun PAS, PKR, DAP dan sekarang PAN sudah pun ada pangkalan di Sarawak walaupun yang ada kerusi hanya DAP dan PKR. Baca the saviour.

Nazri adalah pemimpin UMNO. Sedikit sebanyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri memperlekeh-lekehkan salah seorang Menteri Kabinet Sarawak, akan memalitkan persepsi negatif kepada UMNO, khususnya di kalangan pengundi-pengundi di Sarawak.

Isunya hanyalah cukai pelancongan yang enggan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kali pertama usul tersebut dibentangkan adalah pada 4 April 2017. Bentang kali kedua pada 5 April 2017. Tiada perbahasan panjang dan usul tersebut diluluskan 5 April 2017.

Pulau Pinang merupakan negeri terawal yang menguatkuasakan cukai pelancongan atas nama cukai katil, lama sebelum usul dibentangkan di Parlimen.

Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan seharusnya mengeluarkan statistik kedatangan pelancongan domestik dan antarabangsa di setiap negeri termasuklah di Sarawak dan Sabah selain menangani masalah dan implementasi cukai pelancongan ini secara berhati-hati, bukannya sembrono. Zaman Mahathir dengan polisi pemaksaan ke atas pentadbiran negeri-negeri dan layanan tidak adil kepada Sabah dan Sarawak, telah lama berlalu. Dan Nazri juga perlu sedar, Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi yang diiktiraf oleh Perlembagaan. Lagipun, menurut Perkara 161E (2) (C) Perlembagaan Persekutuan, jelas wujud autonomi dan kuasa Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan kewangan termasuklah cukai.

Maka tindakan Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang amat biadap terhadap Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak yang disifatkannya sebagai 'SETAHUN JAGUNG' sambil bermegah-megah dengan senioritinya dalam kepimpinan negara, dianggap amat tidak wajar.

Benar seperti kata Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, kenyataan Nazri itu langsung tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam Barisan Nasional. Tindakan melabelkan Menteri Sarawak itu sebagai setahun jatung dan masih budak adalah satu penghinaan terhadap Datuk Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan negeri bagi menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Sebagai menteri yang sangat senior kononnya, seharusnya sebarang isu yang menyentuh sensitiviti rakyat khususnya, perlu ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau hebahan media dengan cara sensasi.

Dan sekarang, selepas Sarawak, Sabah juga sependapat untuk menolak perlaksanaan cukai pelancongan menerusi pengumuman Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Masidi Manjun.

Menurut Masidi, walaupun faham dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan dalam keadaan yang sukar, namun analisis kos dan faedah perlu dilakukan sebelum melaksanakan cukai sedemikian.

"Pelancongan dianggap penyelamat ekonomi negara ketika negara berdepan kesukaran. Banyak pemain tidak meraih pendapatan tinggi sekarang," katanya.

Sabah sebelum ini menyatakan cukai pelancongan wajar dipertimbangkan, tetapi bukan diimplementasikan pada ketika ini.

"Yang saya hendak tekankan ialah kita dapat 'menjual' Sabah lebih baik daripada orang lain, kerana ini negeri kita dan kita tahu dengan bagaimana hendak 'menjualnya'. Ramai rakyat Sabah akan kehilangan pekerjaan jika industri pelancongan terjejas dan keadaan akan bertambah buruk jika Kerajaan Pusat mengambil keputusan melaksanakan cukai pelancongan," katanya.

Ramai yang menjadikan Nazri sebagai hero apabila mencabar dan menunggu Mahathir di Padang Rengas, kemudian memburu orang tua itu di Kuala Kangsar sebelum makan laksa dan minum cendol bersama-sama. Tetapi dalam kes ini, Nazri dilihat sebagai terlalu biadap dan memperlekeh-lekehkan pihak lain, khususnya di Sarawak dan Sabah.

Barangkali Nazri lupa atau tidak tahu tentang Sarawak for Sarawakians dan Sabah for Sabahans yang sedang popular di kedua-dua negeri tersebut?

Sama seperti dia terperangkap dengan pertanyaan daripada wartawan Malaysiakini tentang berapa jumlah hotel di Miri memandangkan PRK Pujut akan berlangsung dalam masa terdekat, dan dijawab oleh Nazri dengan penuh yakin, "Hanya ada 1"... jawapan yang sudah pasti mengundang gelak tawa tentang kesenioritian tetapi kedangkalan pengetahuan!!!

1 comment :

Anonymous said...

Nazri ni bangang nak mampus..nak bodek tapi tak bertempat. Kena melalak kuat sikit kot untuk dapat dedak lebih sikit...

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.