Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, June 9, 2017





Pengarah Centre To Combat Corruption and Cronisym (C4), Cynthia Gabriel, sebuah NGO pro pembangkang baru-baru ini telah menerima anugerah daripada National Endownment For Democrasy (NED) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Jika dahulu C4 menerima bantuan daripada NED secara tersembunyi, kebelakangan ini usaha ini dilakukan secara terbuka. Baguslah pertubuhan NED ini. Sudahlah diberinya peruntukan, ditambah dengan anugerah lagi.

Kita teruja dengan kebaikan yang dilakukan okeh NED kepada C4. CTS teringat dalam satu skrip P Ramlee dalam filem Madu Tiga, "baik ... baik ada makna tu." Diharap untuk tahun mendatang, NED akan beri lebih wang untuk C4, NGO yang diketuai oleh Cynthia.

Pada tahun 2015, C4 mendapat geran dari NED sebanyak USD35,000, manakala pada 2016 meningkat pula kepada USD50,000. Kedua-dua ini jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia adalah sejumlah RM362,783.39.

Tahun 2017 berapa pula NED akan berikan pada C4 untuk melawan korupsi dan kronisme? Tiada pula dinyatakan di laman sesawang NED. Patutlah pembangkang begitu istiqamah menentang pengujudan akta sumber dana pilihanraya.

Untuk rekod, NED merupakan organisasi bukan bersumberkan keuntungan yang diasaskan oleh Amerika Syarikat untuk 'mempromosikan demokrasi di seluruh rantau'. Ianya dibiaya oleh kongres Amerika Syarikat. Demokrasilah sangat Amerika Syarikat tu kan?  



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.