
Banyak perkara kelakar berlaku dalam Pakatan Harapan sehari
dua ini. Beberapa hari lepas, Mat Sabu, Presiden PAN dikatakan layak menjadi
Menteri Pendidikan. Sedangkan beliau hanyalah pemegang SPM Pangkat 3 dan
'drop-out' ITM. Pilihanraya pun sudah lama tidak dimenangi.

Hari ini pula, Wanita PKR mengeluarkan kenyataan bahawa
Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah dan MP Ampang Zuraidah Zakaria
yang dipanggil oleh netizen sebagai Mak Lampir dikatakan mempunyai ciri-ciri
Perdana Menteri atau 'PM material'.
Teruk bebenor Pakatan Harapan sekarang hendak mencalonkan
Perdana Menteri mereka. Mantan Perdana Menteri 22 tahun kata beliau layak
menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Mantan Timbalan beliau pula yang sedang
bercuti di Bamboo River Inn pula mengeluarkam kenyataan, sedarlah diri tu
kepada Mantan Boss beliau.
Lama-lama semua keliru, nama Mak Lampir yang dipetik. Kalau
ditakdirkan Allah berlaku maka sejarah akan menyaksikan seorang penjual buah
berbangsa Indonesia akan menjadi Perdana Menteri wanita pertama. Jadi
billionaire lah Dato Adam Rosly selepas ini.

Baca seterusnya cts
No comments :
Post a Comment